WC Premium |
Ahli Biasa |
|
| Ruangan Storan "Private Messsage" (PM) | 1500 Mesej |
50 Mesej |
| Ruangan Forum Eksklusif | Ya |
Tidak |
| Yuran Membuka Topik Iklan (Topic Ads) | PERCUMA |
USD2 / RM6 |
| Yuran Menjadikan Topik Iklan "Sticky" | USD1 / RM3 seminggu |
USD3 / RM9 seminggu |
| Yuran Iklan Banner di Forum (Banner Ads) | USD2.30 / RM7 seminggu |
USD7/ RM21 seminggu |
| Yuran Advertorial di Blog (Advertorial) | USD5 / RM15 |
USD17 / RM50 |
Ingin saya tegaskan disini, WC Premium adalah sebuah keahlian eksklusif yang diwujudkan khas untuk ahli-ahli WangCyber.com sahaja. Ia bukanlah..
| Skim Cepat Kaya | Pelaburan Forex | ||
| Program Randomizer | Program Reseller |
||
| Program HYIP | Program Internet MLM | ||
| Pelaburan Internet | Program Affiliate |
Tiada janji manis yang akan membuatkan anda menjadi kaya dalam masa sekelip mata selepas anda menyertai keahlian ini. Ini bukanlah keahlian "cepat kaya". Tiada perkara seperti itu disini.
Baiklah, biar saya berterus-terang dengan anda, keahlian WC Premium ini sebenarnya bukanlah untuk semua orang. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap website komuniti dan forum selama lebih 8 tahun, selalunya, terdapat 3 sebab utama mengapa seseorang itu menyertai sesebuah website komunit / forum.
1. Untuk Tujuan Bersosial (Sosialize)
Zaman sudah berubah, dunia dah maju. Aktiviti sosial dalam masyarakat kini bukanlah lagi hanya sekadar di dunia nyata, kini, orang ramai juga boleh bersosial di internet. Malahan, mengikut satu kajian yang dijalankan di US, generasi muda hari ini, lebih banyak bersosial di internet berbanding di dunia nyata. Salah satu medium untuk bersosial di internet, adalah FORUM. Di dalam forum, mereka berkawan dan menemui sahabat-sahabat baru, dimana, mereka saling bertukar-tukar pendapat, bertengkar dan tidak ketinggalan juga berkongsi keseronokan dan juga kesedihan di dalam hidup mereka. Jika anda hanya ingin bersosial, mencari lebih ramai kawan dan menjadi glamour. Terus-terang saya katakan, keahlian WC Premium adalah kurang sesuai untuk anda. Namun begitu, jika anda sukakan website WangCyber.com ini kerana memberikan anda lebih ramai kawan dan keseronokan, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli WC Premium sebagai tanda sokongan anda kepada website komuniti ini.
2. Untuk Tujuan Menambah Ilmu (Knowledge Sharing & Improvement)
Kebanyakan individu menyertai forum adalah kerana ingin menambah ilmu, mengetahui berita-berita semasa serta ilmu-ilmu terkini mengenai bidang yang mereka minati. Di dalam forum WangCyber.com sendiri, terdapat banyak ilmu-ilmu berkenaan perniagaan internet dan teknik-teknik buat duit yang boleh diperolehi secara percuma. Namun begitu, jika anda mendaftar sebagai ahli WC Premium, anda berpeluang untuk memperolehi lebih banyak lagi "insider secret" ahli-ahli wangcyber berjaya. Jika anda menyertai forum atas tujuan ini, anda mungkin boleh mempertimbangkan keahlian WC Premium sebagai satu sumber ilmu yang eksklusif untuk diri anda. Malah, anda juga mungkin akan mendapat diskaun yang hebat bagi produk-produk keluaran IM tempatan.
3. Untuk Tujuan Komersial (Commercialize Purpose)
Sesetengah individu pula, menjadikan forum sebagai tempat untuk mereka "mencari wang". Di dalam forum lah mereka membina "network", "kredibiliti" serta menjual dan mempromosikan produk perniagaan mereka. Jika ini menjadi salah satu matlamat anda berforum di WC, keahlian WC Premium memang amat sesuai untuk anda. Ini kerana, anda akan mendapat diskaun yang hebat apabila ingin mengiklankan produk anda, disamping kotak PM yang lebih besar untuk menampung kemasukkan order yang banyak apabila anda berurusniaga di forum.
Pada mulanya, saya terfikir untuk mengenakan yuran secara bulanan, tetapi jika saya di tempat anda, saya sendiri rasa ia adalah sesuatu yang agak membebankan. Kemudian, saya terfikir untuk mengenakan bayaran keahlian secara tahunan, namun begitu, sekali lagi saya terfikir, pastinya sudah banyak perkara yang perlu anda tanggung secara tahunan, dari insuran kereta, cukai pintu, cukai pendapatan, perbelanjaan hari raya, hinggalah kepada perbelanjaan membeli peralatan sekolah untuk anak-anak setiap tahun. Jadi, saya tidak mahu menambahkan lagi "bebanan bil tahunan" anda.
Jadi, kaedah terbaik, adalah dengan mewujudkan keahlian seumur hidup. Ya! hanya dengan RM97, anda akan memperolehi manfaat eksklusif sebagai ahli WC Premium untuk selama-lamanya, ianya hanya untuk sekali bayaran sahaja! Bukan Bulanan ataupun Tahunan.... Hanya sekali bayaran.. iaitu
Sebagai tanda ucapan terima kasih dan ucapan "welcome to da' club" , apabila anda mendaftar sebagai ahli WC Premium. Anda juga akan diberikan satu rakaman video eksklusif, iaitu "Talk Dr. Irfan Khairi" yang bertajuk "Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Di Malaysia". Di dalam video ini, Dr. Irfan Khairi memberikan tips dan strategi, bagaimana anda boleh menjadi jutawan dengan hanya membina perniagaan internet anda di pasaran Malaysia.

Sekian, semoga keahlian WC Premium ini dapat memberikan anda lebih banyak manfaat dan kelebihan untuk membantu usaha anda menjana pendapatan di internet.
Salam Usahawan dan Semoga Berjaya!
Yang Benar,


Mohd Suhaimy a.k.a shuth
WangCyber.com Founder
P.S: WangCyber.com dijangka akan terus kekal wujud sekurang-kurangnya untuk 7 tahun lagi. Berdasarkan jangkaan itu, jika dihitung yuran keahlian yang anda bayar hari ini untuk mendapat "status eksklusif" di wangcyber.com sebenarnya, hanyalah bernilai RM1.15 sebulan. Lagi awal anda menyertainya, lagi murahlah yuran bulanan anda (kiraan secara purata). Daftar segera disini.
WangCyber.com,
Extreme D Enterprise, M-3-19 Plaza Damas,
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 012-3655 625 | Fax : 03 - 6201 1664