WC… Tahukah anda?
Fakta #1:
Untuk membuat pengiklanan banner di forum wangcyber selama setahun.. bayaran yang dikenakan ialah RM1092, tetapi bagi ahli WC300 , kos pengiklanan banner selama setahun hanyalah RM364 sahaja (RM1 sehari). Kos yang amat teramat murah untuk membuat iklan bagi tujuan branding.
Fakta #2:
Dari 10 orang ahli wangcyber.. 5 orang daripadanya telah berjaya membuat duit di internet, 3 orang pula sedang dalam proses pembelajaran, 1 orang sering gagal dan 1 orang lagi, langsung tidak percaya diri beliau sebenarnya mampu membuat duit di internet. (Berdasarkan survey di sini)
Fakta #3:
Kos pengurusan wangcyber.com setahun ialah RM16,000 (RM1,335 sebulan). Jika, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu menguruskan wangcyber.com lagi, wang tersebut boleh saya gunakan untuk membayar ansuran bulanan bagi sebuah Honda Accord 2.0 VTi untuk tempoh bayaran selama 9 tahun.

Fakta #4
Ruangan forum yang paling banyak dilawati oleh pelawat-pelawat serta ahli WC pada setiap masa, ialah ruangan WTS : Pengiklanan & Pemasaran . Manakala, iklan yang paling ramai dibaca di dalam sejarah WC ialah iklan Hot! — The Premier How-to Stock Trading via Maybank2u : Trading for Profit$ yang dimulakan oleh saudara don.abd.hay (mana bro don sekarang nie yer?)
Fakta #5
Topik perbincangan yang paling-paling-paling popular dan mendapat views yang paling tinggi di forum WC ( > 53,000 views), ialah topik mengenai Program Google Adsense



fakta2 yang menarik
WOW!! BOLEH sara hidup KERETA Separa mewah tu kalau close wangcyber…jeng jeng !!! kalau tak closed boleh sara BMW kot ? ehehehe
ho ho! saya suka komen shahraduan… ammiiiinnn!
Leh gak angkat rumah teres dua tingkat untuk tempoh 20-30 tahun. Hoho..
fakta ke-6 (sengaja di tambah):
wangcyber telah mengajar banyak insan biasa berjaya dalam bisnes internet.Daripada ilmu yang 0 menjadi bertambah dari sehari ke sehari.Makin mantap WC
Hanya pandangan
kalau close wangcyber.. ramai anak-anak Malaysia terputus ‘cari makan’ hehehe
Shuth tahniahlah sebab mempertahankan WangCyber ni, betul kata Noorizam Shah 2
“kalau close wangcyber.. ramai anak-anak Malaysia terputus ‘cari makan’ hehehe”
Dalam maksudnya, ingat Shuth pahala yang dah dapat tu BANYAK!, sebab byk tolong orang
wow, kalau simpan 10 bulan kos tu dah leh kahwin dah tu
teringat maskahwin yang hilang..oh!
Pendapat saya, entri ini bukanlah untuk menunjukkan cemerlangnya WC. Tapi, ini menunjukkan WC bakal maju lagi setapak ke hadapan dan memerlukan lebih banyak lagi sokongan.
Realitinya, ramai yang sudah berjaya, tapi adakah mungkin mereka telah menyumbang kepada WC? Wallahualam. Tepuk dada, tanya sendiri.
P.S; Bro admin, butang Donate dah tak ada kat sini? kenapa ya?