Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru!

Fuh!… pejam celik pejam celik, tahun 2008 sudah sampai kepada penghujungnya.  Tahun 2008, menyaksikan perkembangan yang agak menarik bagi industri perniagaan internet tempatan. Terdapat banyak produk-produk baru telah dikeluarkan oleh usahawan internet tempatan sekaligus menampilkan lebih banyak lagi individu-individu baru yang berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan di internet.

Panduan clickbank, rahsia newbie, rahsia 10k, niagakit, pancutkan isteri, ecover jualan, kuasa lelong, rahsia ebay, video usahawan,  affiliate A+, rahsia tarikh lahir,  sistem kedai online,  mentor jutawan, panduan seo, rahsia zangocash, panduan minisite, sistem rahsia, web jualan evolusi, jutawan blog, rahsia kambing, ebook produk fizikal dan banyaaaaak lagi produk-produk yang menarik dan bermutu telah dikeluarkan oleh usahawan internet tempatan sepanjang tahun 2008.  Tahun 2009? Dijangkakan, lebih banyak lagi produk-produk yang terbaik dari usahawan internet tempatan akan dikeluarkan.

Selain itu, tahun 2008 juga membawakan khabar gembira kepada rakyat malaysia apabila pihak clickbank telah sudi membuka kembali pendaftaran keahliannya kepada rakyat malaysia. Begitu juga dengan pihak paypal, kini rakyat malaysia sudah boleh mengeluarkan wang mereka dari akaun paypal secara terus menerusi kad debit di malaysia. Rakyat malaysia kini tidak perlu lagi bersusah payah menyamar sebagai rakyat asing untuk mengeluarkan wang mereka di paypal. Kedua-kedua perkara ini telah menyebabkan peluang menjana pendapatan di internet untuk rakyat malaysia terbuka dengan lebih luas lagi. Oleh itu, adalah sangat-sangat rugi jika anda masih  tunggu dan lihat serta mencipta pelbagai alasan untuk tidak memulakan perniagaan internet anda sendiri.

Tahun 2008 juga telah mencatatkan kenangan manis yang tersendiri kepada pihak wangcyber apabila official  gathering  wangcyber yang pertama telah berjaya diadakan. Gathering tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang ahli WC yang sememangnya amat “teman tapi mesra”, tidak kira sama ada di dunia cyber mahupun di dunia sebenar. Insyallah, pada tahun 2009 akan ada sekali lagi gathering wangcyber dengan sambutan yang lebih meriah dan grand.. :)

Selain itu, pada tahun 2008 juga, telah menyaksikan pengabungan pihak IMC (Internet Millionaire Centre) yang dikelolakan oleh saudara Gobala Krishnan kedalam WangCyber sebagai sebuah sub forum. Pengabungan ini adalah untuk menguatkan lagi jalinan kerjasama diantara satu sama lain usahawan-usahawan internet malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Itulah antara beberapa sorotan peristiwa 2008 yang sempat diimbas, semoga tahun 2009 akan membawa lebih banyak kemakmuran dan kemeriahan di dalam industri perniagaan internet di malaysia.

Selamat maju jaya, selamat tahun baru dan selamat menyambut maal hijrah.

Wassalam.

Bookmark and Share


This entry was posted on Sunday, December 28th, 2008 and is filed under tips, umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

9 Responses to “Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru!”

  1. Zamri Mohamad on December 28th, 2008 at 4:59 pm

    Salam alaikum

    Selamat Tahun Baru Hijrah!

    Moga 2009 ini menjadi tahun paling cemerlang untuk industri diangkat sebagai satu elemen perkembangan negara!

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.kursusperniagaan.com

  2. samdaddycool on December 28th, 2008 at 10:10 pm

    Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009

  3. Zairi Zaidi on December 29th, 2008 at 12:05 am

    Tak ajak pun pegi gathering… :(

  4. Azizwan™ on December 29th, 2008 at 6:59 pm

    Salam maal hijrah (1430H) dan selamat tahun baru 2009 utk semua ahli WC.

    semoga setiap penghijrahan yg kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan dr Allah S.W.T. InsyaAllah..

    dan semoga WC terus maju di tahun 2009 nanti..

    - – -
    Mohd. Azizwan
    my blog ~ http://azizwan.com

  5. izbatris on December 30th, 2008 at 5:32 am

    salam maal hijrah, semoga cita-cita tahun lepas sudah tertunai, kalo belum, mari kita usahakan dari detik ini hingga tercapai!

  6. Aqif on December 30th, 2008 at 5:34 am

    ade gathering ke??
    aiseh men..terlepas..
    xpe2 tahun 2009 mesti pergi!
    =)

  7. Anwar Yassin on January 3rd, 2009 at 11:41 pm

    perkembangan pesat IM tempatan meyaksikan beberapa anjakan yang baik. Diharapkan momentum kepada anjakan paradigma ini bertambah semasa kita meniti tahun 2009 ini. Tahniah dan syabas juga kepada warga WC ! :)

  8. bboysjb on January 4th, 2009 at 6:04 am

    kepada semua ahli WC aku just nak ucapkan,Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009. Semoga tahun ni membawa keberkatan dan murah rezeki kepada aku. Trimas. Mudah2an semua cita2 kita tercapai.

  9. ilhamputra on January 7th, 2009 at 1:20 pm

    Selamat Tahun Baru Hijrah.Moga Tahun 2009 ini lebih murah rezeki dah bertambah maju.

Leave a Reply