RahsiaNewbie… panduan ringkas tapi hebat!
Sewaktu saya memulakan perniagaan internet dahulu, tidak banyak perkara yang saya tahu, yang saya tahu hanyalah, buat produk, buat website dan cuba menjualnya. Alhamdulilah, ianya berjaya. Tetapi itu adalah 3 tahun yang lalu. Pada waktu itu, tiada lagi istilah JV, OTO mahupun Blog untuk tujuan perniagaan. Kini, caranya mungkin sedikit berbeza.
Hari ini, saudara AmmarZahar telah membukukan usaha-usaha, yang telah beliau lakukan untuk berjaya di dalam bidang perniagaan internet. Sekarang, saya kira saudara Ammar bukanlah lagi seorang newbie walaupun beliau baru sahaja menceburi bidang ini 2-3 bulan yang lalu.
Sesetengah orang memang mudah untuk berjaya dan sesetengah yang lain pula mengambil masa yang sedikit lama. Mengapa? Bagi saya ia sebenarnya terletak pada “mindsetting” seseorang, bagaimana mereka berfikir, akan banyak mempengaruhi bagaimana mereka bertindak.
Pemikiran yang positif dan selalu bersangka baik, akan mewujukan tindakan yang positif dan akhirnya akan mendapat “balasan” yang positif. Bak kata orang.. What u give, u get back! .
Manakala pemikiran yang negatif (seperti menganggap Otai IM adalah sombong), akan mewujudkan tindakan yang negatif (menghantar email dengan ayat-ayat yang sombong) , dan akhirnya akan mendapat “balasan” yang negatif (email tidak dilayan & dibalas).
Oh yer! Di dalam produk RahsiaNewbie ini, saudara Ammar ada tunjukkan sekali kandungan email yang beliau hantar kepada IM-IM lain untuk JV bersama beliau. Ayat-ayat yang beliau gunakan amat tersusun dan menarik, tidak hairanlah jika ramai IM yang selesa berJV dengan beliau, walaupun beliau seorang newbie.
Untuk berjaya di dalam perniagaan internet sebenarnya adalah tidak sukar, apa yang penting hanyalah “mindsetting” yang betul dan juga sedikit pengetahuan-pengetahuan asas.
Bagaimana membentuk mindsetting yang betul? Itu anda perlu lakukan sendiri.. tiada siapa yang dapat betulkan “mindsetting” anda kecuali diri anda sendiri.
Apakah pengetahuan-pengetahuan asas yang diperlukan? Itu, saudara Ammar Zahar ada tunjukkan di dalam ebook RahsiaNewbie beliau.. malah ada juga sedikit teknik yang “advanced” ditunjukkan.
Saya kira, produk ini adalah sebuah produk yang baik untuk membantu mereka yang masih lagi tercari-cari bagaimana hendak berjaya di dalam perniagaan internet. Isi kandungannya sangat padat. Ayatnya pula ringkas, mudah difahami dan seronok dibaca. Harganya juga agak murah.. RM42 sahaja!
Jangan lupa untuk mendapatkannya. Klik disini untuk mendapatkannya.




mesti beli nie
memang disyorkan kepada newbie sbg foundation
Saya dah baca, sempoi . Bahasa senang faham. Tapi kalo ada carta pelan tindakan lagi bagus . Sebab saya tak pasti nak mula dari mana. Apa first step nya.
Apa komen orang lain yang dah membeli… bagi lah komen sikit ….Harga pun dah RM50 sekarang nie… dulu RM42 jer..
saya dah beli,amat tapi dengan harga rm80 banyak bonus diberikan.panduan yang sangat mudah bagi newbie seperti saya.menerangkan 5 teknik untuk mula.rasanya memang berbaloi beli.
sy da blik gak…mmg hebat..berbaloi bli..
hmm .. mana boleh saya dapat buku ni? kat mph ada tak?