Produk-produk Terbaru IM

Sepanjang minggu lepas, banyak sungguh produk-produk baru yang dilancarkan di dalam industri IM sama ada produk tempatan mahupun antarabangsa. Dibawah adalah beberapa produk yang telah dilancarkan baru-baru ini.


1) Super Affiliate Blogger - Gobala Krishnan

Gobala krishnan, yang pernah melancarkan produk “Chapter M” dan juga “Wordpress Adsense System” sebelum ini, telah melancarkan produk terbarunya ” Super Affiliate Blogger”. Produk ini lebih menumpukan kepada teknik bagaimana menjadi seorang affiliate yang berjaya dengan menggunakan blog wordpress. Harga promosi adalah USD97 yang akan berakhir pada hari ini.

http://www.easywordpress.com/superaffiliate/






2) Jana Wang Adsense 2.0 - Munawar

Saudara munawar baru sahaja melancarkan versi terbaru ebook JWA beliau hari ini (27.05.08). Dikatakan, ebook ini menawarkan Strategi Dan Teknik Terkini yang lengkap Bagaimana Menjana Pendapatan melalui Google Adsense, ianya dijual dengan harga RM100.

http://www.jana-wang-adsense.com/






3) Internet Marketing Cure - Scott Boulch

Jika dulu Scott Boulch pernah mengemparkan industri perniagaan internet dengan laporan kontroversinya yang berjudul “The Death Of Google Adsense”, kini beliau kembali dengan laporan terbarunya yang berjudul “The Internet Marketing Cure”.

Seperti biasa, laporannya yang terbaru ini juga penuh dengan kenyataan provokasi dan cuba mewujudkan kontroversi (tapi nampak seperti kurang berjaya). Antara provokasi yang cuba diwujudkan adalah mengenai golongan “Guru” vs “Doru”. Iaitu, golongan orang yang buat duit secara senyap VS golongan orang buat duit secara “bising”.

For me.. tak kisahlah senyap @ bising.. yang penting masing-masing buat duit. Kenapa nak iri hati, yer tak? Masing2 ada cara tersendiri..

http://www.internetmarketingcure.com



4) Stompernet Membership

Stompernet, sebuah website keahlian Internet marketing yang paling elite saya kira, kini membuka semula keahliannya. Ilmu serta info yang dikongsikan di dalam keahlian tersebut memang “gempakz!”.. so tidak hairanlah jika harganya juga agak “gempakz!”.

Disebabkan itu, saya rasa ianya hanya sesuai untuk golongan yang betul-betul ingin serius dalam internet marketing dan banyak modal (duit).

http://www.stompernet.net/goingnatural3/

Ada sebarang komen mengenai produk-produk diatas?

This entry was posted on Tuesday, May 27th, 2008 and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

25 Responses to “Produk-produk Terbaru IM”

  1. abdfatah on May 27th, 2008 at 10:33 am

    memang berbaloi untuk mendapatkannya… dapatkannya dengan segera dengan penuh minatnya… kalo tak minat jangan dapatkannya…

  2. Dead on May 29th, 2008 at 7:57 pm

    Dapat jgn tak dapat!…

    http://duniasuram.blogspot.com

  3. madno on June 1st, 2008 at 7:19 am

    xyah dapatkan…
    mhal btul…..

  4. Hafiz Abd Mutalib on June 1st, 2008 at 3:45 pm

    kawe punno try gok, insyallah berjaya

  5. kamali on June 13th, 2008 at 5:37 am

    E-Book Munawar saya anggap terlalu mahal, ie. RM100. bagi saya, sebagai muslim, jika ada niat untuk membantu terutama kepada bangsa seugama dalam mengembangkan apa jua ilmu pengetahuan, maka sepatutnya Munawar tak ” mencekik darah ” !. Jika dinilai e-book beliau, walaupun sekali ada teknik terbaru yang diketengahkan supaya pendapatan dapat dijana dari Adsense berkenaan, namun beliau perlu ingat bahawa sebahagian besar ilmu atau persembahan yang ada dalam e-booknya sememangnya telah ada penulis lain menyentuhnya dan Munawar cuma buat pertambahan apa yang patut saja, Jadi, ianya bukanlah 100% idea yang original dari A-Z sehinga orang lain tak pernah mengetahui tentang Adsense ini. sebagai renungan, Si Penulis lain pastinya akan letakkan harga lebih RM100 jika adanya pengembangan terbaru Adsense nanti ( sebab isi kandungannya pasti terkini daripada Munawar ). Tapi adakah patut ? Sebaliknya jika sipenulis baru itu meletakkan pula harga dibawah RM100 adakah e-booknya dikatakan tidak bagus dan tidak mengatasi E-book Munawar ? Come on Man, ilmu tersebut sentiasa akan berkembang pantas, silap-silap 2-3 bulan lagi ada ilmu adsense terbaru !!! So, jangan fikir E-Book yang dihasilkan itu adalah ” Final ” dan kita anggap ianya terbaik dan kita adalah penulis terbaik hinggakan harga pun diletakkan semahal itu. RM50 tak untung ke, Munawar ? Yang belinya pun kebanyakannya orang Melayu & Islam juga… ! Banyak buku lain yang lebih menjana pendapatan tanpa adsense ini pun harganya tak semahal diletakkan Munawar. Adakah Munawar penulis profesional yang dah lama bertapak dalam arena penulisan hingga namanya dah dikenali ? Tak tahulah, tapi jika saya, Munawar ni cuma appear 2-3 bulan sejak kebelakangan ni saja yakni baru nak cuba-cuba. SO fikirkanlah. Maaf, saya tak dapat membelinya selagi harga tak diturunkan ( macam juga Tun Mahathir terpaksa keluar UMNO sehinggalah Pak lah letak jawatan ). Saya bangga dengan IM melayu dan sentiasa mengikuti perkembangan. Terimakasih.

  6. kamali on June 13th, 2008 at 11:33 pm

    ( Sambungan lalu 13/6/08 )

    Ha ! Sebagi bukti kata-kata saya :

    1) Lihat saja harga yang ditetapkan oleh Labanon cuma RM47 tapi penulisannya amat bermutu.
    2) Mawardee yang akan hasilkan Click Bank juga letak harga bawah RM50
    3) Begitu juga dengan Shamsuriyadi & Labanon dengan Adsense mereka semunya bermutu tapi tetap bawah RM50.
    Fikir-fikirkanlah .. !

  7. kamali on June 14th, 2008 at 12:03 am

    ( Lagi sambungan 13/6/08 )

    1) Lihat saja harga yang ditetapkan oleh Labanon cuma RM47 untuk e-book 10K beliau tapi penulisannya amat bermutu.
    2) Tidak lupajuga dengan Naem untuk produk PPC beliau yang mana saya kira penulisan yang ” Original ” dan begitu menjana pendapatan tapi harganya tetap bawah RM100.

    So, apa yang teramat specialnya e-book Munawar ni sehingga harganya RM100 ? Mereka yang lain-lain pun, jika nak menyokong / support perniagaan Munawar sekalipun biarlah berpatut-patut & tak membuta tuli sokong walaupun tahu harganya RM100. Gunalah akal sikit ! Ni pakai hentam sokong . Sepatutnya nasihat-nasihatlah sikit barulah si Munawar yang baru nak cuba-cuba berniaga tu tahu sikit harga yang munasabah bagi e-booknya. Bukan apa jika fenomena ini berterusan nanti orang semakin muak dengan “testimonial” mereka-mereka yang meyokong penjualan orang lain tanpa penilaian keseluruhan iaitu baik isi kandungan mahupun harganya. Nampak macam ” hari ini aku tolong hang promosi e-book hang, nanti bila giliran e-book aku pulak RM150 hang pulak sokong aku habis-habisan “. Inilah fenomenanya ! So, bagi yang berfikir, saya syorkan kita kena boikot pembelian buku Munawar ni dulu sampai dia turun harga yang munasabah. Ini supaya IM lain juga boleh belajar dari pengajaran ini. Tak guna bagi orang lain kaya sebaliknya dia tak fikir tentang kita pun. Apalah sangat tentang e-book tersebut yang saya nampak promosinya saja yang berlebihan & tak kena tempat. Saya cabar komen saya ini dapat disiarkan & Munawar menjawapnya supaya orang lain dapat menilai apakah harga RM100 tersebut benar-banar munasabah atau tidak. Janganlah memperbodohkan atau mengambil kesempatan terhadap newbie atau orang lain semata-mata mereka ini berkobar-kobar untuk mendalami sebarang ilmu internet.

  8. kamali on June 14th, 2008 at 12:19 am

    ( Lagi sambungan 14/6/08 - TERAKHIR )

    Saya percaya Munawar atau penyokong membabi butanya pasti akan berkata begini :

    ” Harga jualan hak penjual dan hak aku. Kalau hang nak e-book aku tu hang beli, tapi kalau hang rasa mahal dan rasa e-book aku tak bermutu, maka hang tak tak payah beli ! Aku tak paksa hang pun… ”

    Memang betul… ! Tapi adakah fenomena ini satu fenomena yang sihat ? Jika inilah cara IM berniaga, memang sah le mereka semua yang bersekutu ini lebih kepada nak cari untung saja. Sebab saya pasti yang membeli tu adalah mereka yang :

    1) Tak tahu menilai pun cuma agak terpengaruh dek testimonial hebat yang meracun fikiran orang lain.
    2) Budak-budak yang tahu minta duit emakbapak mereka aje hanya semata-mata nak tahu apa kandungan e-book tu tapi tak fikir harganya sebab emakbapak yang tak tahu apa-apa yang membayarnya.
    3) mereka yang baru belajar buka internet dan secara tak langsung terjumpa laman web Munawar ni tanpa ada perbandingan sulu dengan laman web lain-lainnya.
    4) Lain-lain sebab lagi.

    Terimakasih.

  9. gengwaja on June 14th, 2008 at 4:41 am

    ebook superaffiliate blogger lagi mahal. usd97.. no complain?

    RM100 ~ USD32 (harga standard ebook pasaran global.. malah lebih murah sebab rata - rata ebook standard global USD47 dan keatas.. still no complain? ).. harga ni berbaloi dengan khidmat sokongan lepas pembelian.

    RM47 ebook ~ USD15 (memang murah.. thumb up!)

    Ramai antara orang lama yang berniaga internet ni dah habis beribu ringgit.. tapi takdepun diorang complain.

    Yang penting tanya kepentingan ebook janawangadsense tu.. penting ke nak beli? kalau tak penting takyah beli ler. ebook lain ada lagi macam rajaadsense. ok jugak apa… jgn pening2 pasal ebook rega mahal. tinggalkan je kalau tak nak.

  10. wawasan on June 16th, 2008 at 11:58 am

    Assalamualaikum !

    Maaf kalau saya mencelah untuk isu diatas. saya ni bukanlah pandai sangat tentang bab-bab berniaga di internet ni tapi kalau nak bagi pandangan tentang isu harga e-book tu bolehlah sikit-sikit. Pada pandangan saya yang kerdil ilmu ini, kemungkinan apa yang disentuh oleh en. Kamali tu ada kebenarannya. Dengan kenaikan harga barangan sekarang ni tentulah ianya agak membebankan hanya semata-mata nak dapat berkongsi sedikit ilmu dari En. Munawar. Kemungkinan tindakan En. Kamali tak complain harga e-book SuperAffiliateBlogger ( USD97 ) sebab mungkin ianya dibuat dalam bahasa inggeris yang semestinya tak banyak orang se islam & se melayu yang membelinya. Mungkin ramai yang akan bersetuju bahawa kemungkinan juga niat En. Gobala adalah lebih cenderung kepada memasarkannya diseluruh dunia ( global ) sebab itulah dia berani letak harga sedemikian dan buat dalam bahasa inggeris. ( sebab tu cover e-booknya pun gambar duit amerika bukan duit malaysia ! ) Soal penting atau tidak e-book tu perlu dibeli atau tidak pada pandangan saya tak timbul. En. Kamali mungkin bagi pandangan beliau aje. Saya suka nak bagi satu contoh : Jika harga ayam naik RM30 sekliogram, kemungkinan seseorang tu boleh pilih nak beli atau tidak. Bagi orang kaya tak apalah dia orang masih mampu, tapi kalau orang macam saya ni atau kebanyakan orang lain ( walaupun boleh pilih tak membeli ) tapi sikit sebanyak mesti sembang dikedai-kedai kopi dan sebagainya memperkatakan tentang harga yang tinggi tu. Maknanya, mereka dan saya juga harapkan harga ayam tu dapat diturunkan sebab nak juga bagi anak isteri makan daging ayam. Jadi saya berpendapat apa yang diluahkan oleh En. Kamali tu ada benarnya dan mungkin dia terpaksa bersuara bagi pihak-pihak yang juga ‘ terasa’ dengan harga tinggi e-book tersebut. Dikesempatan ini, saya harap En Labanon, En. Mawardee, naem, Shamsuriyadi yang disebut oleh EN Kamali diatas ( termasuk IM-IM lain ) yang letak harga buku mereka dalam lingkungan RM20 - RM 60 sebelum ini dapat menjelaskan kenapa mereka tak sanggup untuk letak harga RM100 walaupun saya pasti mereka juga boleh berbuat demikian jika mereka mahu. Itulah yang dimaksudkan oleh En Kamali agaknya. Jadi harga sekitar USD15 ++ ( RM 45- RM60 ) adalah memadai dan munasabah pada pendapat saya. Apa pun Munawar berhak tetapkan harganya dan terpulanglah pada pembeli sepertimana Responser ke -3 diatas ( EN. Madno ) berkata ” xyah dapatkan… mhal btul….. ” !! Assalamualaikum.

  11. Selamba on June 17th, 2008 at 11:36 am

    Saya bersetuju dengan luahan rasa dan pandangan Mr. Madno, Kamali & Wawasan diatas 1000 %. Jika kita tengok IM-IM lain yang dah lama bertapak daripada Munawar dan dah beberapa kali ( 2 - 5 x ) mengeluarkan e-book mereka pun, tapi mereka masih tetap letakkan harga dalam lingkungan RM20-RM60 juga walaupun harga minyak naik. Contohnya Smartzul, Saifulsham, Zamri Nayan, Ustaz Shaifudden, Amirol, Jebat, Meor Shukri dan lain-lain lagi. Semua mereka juga menghasilkan produk e-book yang amat bermutu. Syabas saya ucapkan. Inilah baru dikatakan semangat berniaga sambil beramal mengutip pahala menjual ilmu ! So, janganlah diikutkan rentak harga e-book si Gobala dan harga e-book dipasaran barat tu ! Lainlah kalau Mr. Munawar tu tulis e-booknya dalam bahasa Inggeris dan domain name dia pun dalam bahasa inggeris, maka tak apalah kalau nak letak USD96 atau lebih sekalipun macam si Gobala tu ! Tapi masalahnya domain name dia pun ” http://www.janawangadsense.com ” yang secara tersiratnya hanya dibeli oleh orang Malaysia dan sekitarnya saja. Itupun tak tentu lagi orang bangsa lain berebut nak beli. Sebaliknya, kesian orang melayu yang nak beli tapi terkilan pulak dengan harganya lebih-lebih lagi dimasa sekarang ni ! Jadi saya nak bagi satu idea. Pada saya Munawar boleh fikirkan semula untuk turunkan harganya tanpa segan silu hanya beralasankan masalah ekonomi masa kini. Sapa pun tak perasan dan ianya dibuat dengan penuh terhormat. Tapi kalau tak nak turun juga tak tahulah…. Wallahualam. TQ.

  12. watchy on June 19th, 2008 at 5:16 am

    Terkejut aku tengok posting korang kat sini…
    Pada aku, harga bukan masalah kalu beli internet marketing product nie..
    yang penting ada money back guarantee…
    korang yg kat atas tue… kalu dah beli janawangadsense, tapi tak berpuas hati… boleh minta refund… sebab aku tengok dia ada bagi guarantee 30 hari…

    pasal testimonial… orang memang nak muncul kat mana2 website untuk bagi testimonial.. tahu sebab apa??? traffic generation… bila orang tengok korang buat testimonial… ada kemungkinan pelawat web akan click kat link korang. tu tujuan nya..
    Lagipun, org yg bagi testimonial ni kira mendedahkan diri kepada kritikan sebab kalu produk yg dia puji2 tue tak sehebat mana… orang takkan respect lagi kat dia.. sebab produk tak ok…dia kata ok..

    so… kalu nak , pegi beli… kalu dah beli dan tak puas hati… minta lah refund..

    cuma satu je… jgn korang terjangkit penyakit MEMBELI… asyik beli je produk orang… tapi satu benda pun korang tak start lagi…trust me.. kalu korang asyik beli produk… 2020 pun agaknya masih tak siap2 website pertama korang…hehehe

    Kumpul duit at least RM1000, pastu start online… that’s how you do it.. kalu takde duit..KUMPUL DUIT… memang lah internet ni modal kecik… tapi keciknya tu korang ada kira ke???? at least modal tue digunakan untuk operasi 3 - 6 bulan.. bukan untuk sebulan je.. kalu sebulan tu bukan bisnes namanya.. tapi mengisi masa lapang..

    p/s : berdasarkan pengalaman peribadi jadi pembeli…

    contact me at :
    watchthenumber@yahoo.com

    p/s : jgn marah saya sebab posting kat ni yee…

  13. Selamba on June 19th, 2008 at 8:39 am

    Assalamualaikum, Mr. Watchy !

    Bila terbaca komen Mr. diatas, termenung saya seketika sebab ada yang betul dan ada yang mungkin boleh saya perbetulkan sikit, tak apa ya ?. Pertamanya tentang ” Money Back Guarantee ” atau ” MBG “. Memang saya setuju adanya ” MBG ” seperti yang saudara utarakan tu, tapi persoalannya ialah bagi sesetengah orang, nak
    keluar poket RM100 tu aje dah tak mampu ( memandangkan gaji kecil dan ada tanggungan yang lebih penting - nak bayar bil letrik ( RM40 ) , bil air ( RM30 ), bil telefon ( RM80 ) , lampin anak ( RM50 ) & sebagainya lagi ). Bayangkan bila keluar RM100 untuk beli e-book Munawar aje maka 2-3 keperluan diatas dah ” miss ” untuk dibayar. So macamana nak berpeluang membaca keseluruhan e-book tu samada berkualiti atau tidak untuk dapat refund balik, kalau nak membelinya pun ada orang yang tak mampu atau terfikir 2-3 kali ? Perlu dingat juga, untuk dapat refund tu pulak bukannya mudah bang oi…..banyak syaratnya, yang biasanya last-last kita juga sendiri tak mampu nak cakap ” Munawar, tak best lah e-book kau, tolong bagi duit aku balik, ? ” Jadi, kalaulah harganya diletakkan sekitar RM50 ke, maka mungkin juga boleh pertimbangkan sikit. Seperkara lagi jika RM100 aje yang ada, maka peruntukan tu boleh juga untuk kita membeli satu e-book lain keluaran Labanon atau Mawardee - yang mana boleh dapt 2-3 ilmu yang berbeza dengan 1 harga aje ( RM100 ) !!

    Tentang hal Testimonial tu pulak, saya suka petik kata-kata saudara iaitu ” ….. traffic generation… bila orang tengok korang buat testimonial… ada kemungkinan pelawat web akan click kat link korang. tu tujuan nya.. “. Jadi, inilah salah satu punca masalah atau isu yang pernah diperkatakan oleh Mr. Wawasan & Mr. Kamali dalam komen mereka yang lalu . Jelasnya, ” orang yang bersekutu ” ini seakan-akan berlumba dengan harapan untuk dapatkan ” traffic ” ke web mereka pulak suatu hari nanti. Jelasnya lagi, siapa bagi testimonial yang paling ‘ berapi’ maka mungkin dia sendiri anggap dialah penganalisis yang terbaik untuk e-book tersebut. Soal harga dah tak timbullagi & dia orang buat-buat lupa atau tak ambil tahu, sebabnya seperti yang dikatakan oleh Mr. Kamali dalam komennya ” …… hari ini aku tolong hang promosi e-book hang, nanti bila giliran e-book aku pulak jika RM150 hang pulak sokong aku habis-habisan “ ! Biasanya juga, ” orang yang bersekutu ” ni tak terjejas apa-apa pun kredibiliti mereka tentang testimonial yang mereka beri sebabnya ada 2 iaitu (1) Testimoni dibuat secara beramai-ramai. So, kalu pembeli kata tak bagus, maka itu salah pembeli sendiri dan biasanya pembeli yang rasa bersalah. Tapi…. kalau 1 orang aje berani & cuba bagi testimoni, saya rasa kemungkinan besar selipar mungkin boleh melayang kat dia kalau ada orang yang tak puas hati ! (2) Orang yang membeli ni kebanyakannya tak begitu arif lagi tentang dunia peniagaaan internet & e-book yang dibaca pun mungkin belum tentu faham sepenuhnya. Juga, ramai yang beli tapi tak tahu apa-apa pun sepeti kata Mr. Watchy ” … jgn korang terjangkit penyakit MEMBELI… asyik beli je produk orang… tapi satu benda pun korang tak start lagi “. Jelasnya, untuk memahami e-book tu pun mungkin dah ambil masa lebih 30 hari ( Ramai mungkin bersetuju dengan saya ) ! So, akhirnya nak tuntut refund dah tak boleh sebab dah expire 30 hari. Last-last tak bole salah siapa lagi termasuk pemberi testimoni sebaliknya TERPAKSA salahkan diri sendiri ! ADIOS…….

  14. makan kuaci on June 20th, 2008 at 4:15 am

    Wah..wah ! lantang kau orang semua sembang isu diatas ye ? Tapi….baguih juge at least orang-orang IM ni buka mata sikit tentang hal harga ni….. Teman cuba tak nak cakap berjela macam engkau orang semua. Cuma teman nak ambil ‘ pati / isu ‘ yang telah dibincangkan di atas aje. Satu soalan yang baguih & menarik ditimbulkan oleh saudara Wawasan yang perlu kita pikir dan boleh dibuat kesimpulan ialah….. kenapa orang seperti Labanon, Mawardee, Naem, , SaifulSham dan banyak lagi IM lainnya yang dah establish tidak tergamak letakkan harga mencecah RM100 ? Tak pernah kan ? Elok aje depa-depa yang pernah hasilkan e-book sekitar RM50 ni bagi ulasan sebab-musabab depa berbuat demikian. Teman pasti apa pun depa ni tak akan cakap e-book depa tak baguih sebab tu depa letak harga rendah. Berani cakap mai tengok..?.!! Kita tengok aje pakar kita Saifulsham yang produce e-book ” Kedai Online ” yang cuma harga diletakkan tak silap saya RM50 kebawah aje. Tapi…semua orang akui yang memang e-booknya tu ada class, original idea, penuh dengan technicality, first in market dalam BM, begitu menjana pendapatan, supportive dan semestinya mungkin tak mampu kebanyakan IM lain menghasilkannya kalau tak ada ilmu di dada sebegitu. Kalau Munawar claim e-book dia pun setaraf Saifulsham, kenapa pulak sanggup dia letak harga RM100 ? Kesimpulannya yang kita boleh buat disini ialah, kalaupun sekali baguih e-book yang kita hasilkan.. tapi kalau kita ada niat nak bantu orang lain share ilmu kita, tak nak untung banyak, nak dapat pahala lebih, pikir yang ilmu tu tak kemana sebab ada orang lain yang lebih berilmu lagi, tak berkira sangat tentang wangringgit / masa semasa kita dapat ilmu tersebut dan lepas tu mencurahkannya balik pada orang lain…. maka….terhasillah harga-harga e-book sekitar RM50 tersebut. Teman pasti inilah yang telah dilakukan oleh kebanyakan IM-IM yang cuma letak harga sekitar RM50 tadi sebab depa ni ada ‘fikiran’ &’ hati’ kearah itu. Keep it up ..!! Jadi.. kome dah dapat kesimpulannya kan ? Tok sah panjang cerita… stop kat sini aje.
    Tepuk dada tanya selera.. ! Satu pengajaran & renungan juga kepada IM-IM lain selepas ini…. Wassalam ….!!!!
    yang letak harga lt demikian jika mereka mahu. harap En Labanon, En. Mawardee, naem, Shamsuriyadi yang disebut oleh EN Kamali diatas ( termasuk IM-IM lain ) yang letak harga buku mereka dalam lingkungan RM20 - RM 60 sebelum ini dapat menjelaskan kenapa mereka tak sanggup untuk letak harga RM100 walaupun saya pasti mereka juga boleh berbuat demikian jika mereka mahu. Itulah yang dimaksudkan oleh En Kamali

  15. Selamba on June 20th, 2008 at 10:03 am

    Terimakasih….. kepada Makan Kuaci yang beri response yang teruja orang membacanya !

    Untuk pengetahuan Makan Kuaci, saya baru aje kejap tadi terima mesej dari seorang kawan yang kata IM Syaifudeen @ Gallery AlHusna ( iaitu salah seorang pemberi testimonial dalam e-book Munawar ) ada merekomenkannya satu e-book. Jadi saya rasa kita patut kongsikan bersama disini sebagai salah satu lagi renungan kita. Saya telah cut & paste mesej tersebut dan sila kita semua membacanya dibawah iaitu katanya :

    ” Anda tentu kenal program Google Adsense kan? Tahukah anda
    terdapat satu lagi program yang seakan sama dengan Adsense
    tetapi agak ‘friendly’ jika dibandingkan dengan Adsense!

    BidVertiser yang merupakan alternatif kepada Google Adsense telah
    menawarkan ‘minimun payout’ sebanyak $10 berbanding dengan
    sebanyak $100! Pembayaran boleh menggunakan Paypal.

    BidVertiser juga mengemukakan pendekatan yang agak ‘lembut’
    dan berbeza jika hendak dibandingkan dengan Google Adsense dan
    mempunyai beberapa kelebihan seperti boleh meletakkan iklan
    Adsense dan Bidvertiser bersama dalam satu blog atau website
    serta risiko nak kena ‘banned’ agak kurang dan sebagainya.

    BidVertiser juga menawarkan ‘refferal’ iaitu setiap orang yang
    mendaftar sebagai publisher di bawah anda maka anda akan
    dibayar sebanyak $10 jika sekiranya downline anda tersebut
    mencapai tahap minimun payout $10!

    Jika berminat anda boleh mendapatkan sebuah panduan yang
    ditulis oleh Saudara Anwar setelah kajian beliau selama 5 bulan
    tentang Bidvertiser ini.

    Anda boleh lihat sendiri 11 teknik yang diutarakan oleh Saudara
    Anwar bagi meningkatkan CPC BidVertiser anda

    Bagi yang berminat boleh mendapatkan ebook beliau di : http://www./rajabidvertiser.com

    So, daripada mesej diatas, bagi yang tak mampu nak beli atau meradangkan e-book Munawar yang mahal tu, maka anda ada alternatif sekarang ini dimana e-book ini tetap boleh menjana pendapatan yg. lumayan. Anda semua tak perlu ragu-ragu lagi membeli. Alasan pertamanya : harganya jauh lebih murah iaitu hanya RM30 saja & ianya pasti menepati aspirasi semua golongan berpendapatan. Keduanya : Ianya disyorkan oleh Ustaz Syaifudeen @ Gallery Al Husna iaitu orang yang sama juga mengesyorkan ( memberi testimonial ) e-book Munawar. Jadi, pastinya e-book bidvertiser ini juga dah cukup untuk beri alternatif kepada pembeli dari membeli e-book Munawar dan lain-lain ebook memandangkan e-book i bidvertiser ni juga cukup bagus menurut Ustaz tersebut. ( So, apa kata kalau anda cuba e-book RM30 ( bidvertiser ) yang disyorkan sebagai alternatif kepada Adsense oleh Ustaz Syaifudden ni dulu. Kalau anda berjaya dan boleh memahami cara-cara untuk menjana pendapatan darinya, maka barulah anda beli yang mahal pula untuk tambah ilmu anda dan untuk dapat pendapatan yang lebih lagi. Tapi, kalau e-book ini pun anda tak berjaya nak faham dan simpan aje tak baca-baca dan praktikkan, maka at least anda tahu siapa diri anda untuk berniaga dalam internet ni & sekurang-kurangnya anda ‘ burn ‘ hanya RM30 aje, betul kan ? ).

    Akhir sekali & apapun, ianya terpulanglah pada anda semua sebagai pembeli mana yang baik untuk anda. Saya bukannya apa, bukan nak sabotaj e-book Munawar atau nak naikkan sesiapa, cumanya nak IM-IM ni ambil iktibar tentang isu harga ni aje. Oh ya, jangan tersilap tentang e-book terbaru ( bidvertiser ) ni. Ianya adalah tulisan ANWAR dan bukannya MUNAWAR. Jangan tersilap beli pulak jika dah ada keputusan nak beli yang mana, okey ? TERSERAHLAH PADA BUDIBICARA & KEBIJAKSANAAN ANDA ! Selamat…….

    p/s : Saya terpaksa bagi personal credit sikit pada Anwar ( bidvertiser ) sebab harganya memang munasabah iaitu RM30 aje & boleh dijadikan contoh !. Walaupun beliau adalah ” pengasas ” untuk e-book hal berkaitan bidvertiser ni, TAPI saya rasa Anwar ni sedar & tahu tentang maksud ” kemunasabahan harga ” untuk e-booknya. Tapi ingat…. apapun Anwar pasti tak akan terlepas untuk berkata perkara yang sama sepertimana kata-kata Im-Im lain yang mengeluarkan e-book mereka bahawa e-booknya itu adalah yang terkini, komprehensif dan terjamin akan memberi pendapatan lumayan jika caranya diikuti dengan betul dalam ebooknya. Wallahualam !

  16. rizal72 on June 21st, 2008 at 10:13 pm

    Saya dengar ceramah kat masjid sorang ustaz tu cerita bahawa nabi muhammad s.a.w bila berniaga dia hanya ambil profit atau keuntungan bersih tidak melebihi 30% sahaja…ni kita yang muslim bila berniaga sekarang ni nak ambil profit mak ooiiii sampai riban riban punyer profit….janganlah hanya fizikal sahaja kita ikut nabi tapi hati nurani kita tak ikut macam nabi….kalau sales letter kita power dan harga pulak rendah pasti laku produk kita bagai nak rak.

    kalau kita jual barang harga RM100 tapi 5 sahaja yg beli kita cuma dapat RM500 tapi kalau kita jual barang RM30 tapi 100 yang beli kita dapat RM3000…mana mau…renung renungkan lah fikir fikirkanlah….bila dah ramai orang melayu atau islam kita yang kaya atau berjaya buat duit riban riban ngan adsense atau apa saja..barulah nak jual mahal tak jadi masalah becoz semua dah ada buying power…tapi kalau sekarang dengan keadaan harga barangan dan pengangguran tinggi jangan harap la buying power tu nak tinggi……penting disini bantu seramai mungkin boleh buat duit banyak melalui internet dan nak letak harga tinggi not a problem anymore……macam swarzenegger kata no problemo!….ok setakat ni saja sayonara gozaimas!

  17. WC Founder on June 21st, 2008 at 11:40 pm

    assalamualaikum.

    boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli islam.

    JAWAPAN :

    wa’alaikumussalam,

    tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.

    cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.

    Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )

    Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 )

    Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelacong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harag 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harag biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan “Ghabnun Fahisyh” yang terkeji.

    Sekian

    ust zaharuddin

    15 Jan 07

    25 Zulhijjjah 1427 H

    http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=100

  18. waka on June 22nd, 2008 at 1:18 am

    asalamualaikum semua…hah hangat isu ebook mahal ni….bagus juga komen-komen tentang harga ebook mahal, tetapi mudah aje kalau rase nak beli, beli aja, belajar apa salahnya, lagi pun ada jaminan kalau xpuashati bole minta kembali wang, so rasanya xde apa masalah kut. saya bukanlah menyokong mana2 pihak. Untuk membeli sebarang produk tiada desakan dari mana2 pihak…maka tenang2kan hati…tetapi bak kata watchy…jangan kena penyakit asyik nak membeli, ….hushhhh gelap mata itu ini dibeli, last2 apa pun xdibuat asyik sibuk membeli aja. maka jesteru itu, wajarlah membeli yang mana patut dan mengamalkannya.

    pengetahuan yang banyak itu bagus, tetapi jika tidak di amalkan, maka tiada lah hasilnya. berilmu dan mengamalkan. tidak kira apa produk ilmu pengetahuan yang dibeli, jika tidak di amalkan maka tiadalah manfaatnya. maka dengan itu belilah mana2 produk yang bersesuaian , dan cuba amalkan sebaik mungkin. apa pun kena sabar.

    pendapat yang xseberapa

  19. Wawasan on June 24th, 2008 at 5:28 am

    Assalamualaikum ! ( bertemu kembali … )

    Rizal72 ( item 16 ) dipetik berkata ” Saya dengar ceramah kat masjid sorang ustaz tu cerita bahawa nabi muhammad s.a.w bila berniaga dia hanya ambil profit atau keuntungan bersih tidak melebihi 30% sahaja… ” TAPI SEBALIKNYA PULA…..

    Ust Zaharuddin / WC Founder ( item 17 ) dipetik berkata… ” ….. tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market. “.

    Persoalan saya :

    ( 1 ) Yang mana satu betul Ustaz Zaharuddin ? nanti confuse pulak si Rizal72 dan kami semua ni ! Lebih-lebih lagi kepada IM-IM seperti kami ini untuk jualan e-book kami yang akan datang. Jelasnya, kalau Rizal 72 tersilap, dia boleh beritahu Ustaz di masjidnya tentang hal ini untuk diperbetulkan.
    (2 ) Apa pula komen Ustaz tentang komen saya ( item 19 ) diatas yang ada kaitan dengan penjualan e-book RM100 oleh saudara Munawar ? Kami semua tak sabar untuk mendengar response Ustaz balik. Penting untuk dicari penyelesaian tentang harga e-book ini supaya segala hujah dapat dinilai oleh pembaca. Assalamualaikum !

  20. Wawasan on July 1st, 2008 at 9:40 am

    O..O..

    Ambo quite confuse now… jawapan lihat sendiri di : http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=100

    Tak apalah biar Rizal72 ( item 16 ) selesaikan sendiri ! Good luck Rizal72….. !! Tapi tentang persoalan (2) yang diutarakan, ianya tidak pula disentuh ( tiada komen diberi ). Jadi apakah kesimpulan yang kita boleh buat sekarang …. ? Anda simpulkanlahnya sendiri. Saya pasti anda semua boleh menilainya sebab ada akal untuk berfikir. Saya tak nak komen lagi disini banyak cerita lain lagi yang nak saya sentuh. Apa pun HARGA E-BOOK MUNAWAR MEMANG MAHAL … ! Assalamualaikum. Bye- Bye… semua…

  21. Selamba on July 9th, 2008 at 5:54 am

    Assalamualaikum !

    Bawa bersabar Mr. Wawasan ! macam mana ni… kata ber ‘ wawasan’ , sepatutnya isu harga ini perlu diteruskan lagi perdebatannya !! Tapi nampak gayanya mereka-mereka yang terasa ‘ pedas’ tu cuba menyenyapkan diri mereka dengan isu ini terutamanya si Munawar ! Sampai sekarang pun membisu tak boleh nak kata apa lagi dah - CHECK MATE habis ! Ho.. Hoo .. !! Kalau tidak tak akan dia membisu. Bagilah sepatah dua kata ke.. Bagi mereka-mereka disana tu, simpan-simpanlah duit @ berjimatlah diwaktu ekonomi tengah merudum ni daripada membeli ebook-ebook yang mahal. Banyak lagi benda berfaedah boleh dibeli. Bukannya tak beli ebook RM100 tu maka kamu tak boleh nak hidup dan dapat rezeki lain ? Banyak lagi punca rezeki yang Allah telah bentangkan pada kita. - ANTI EBOOK HARGA MAHAL.

  22. Wawasan on July 23rd, 2008 at 7:05 am

    Assalamualaikum & bertemu kembali !

    Okey ini dia solutionnya jika anda adalah orang yang terasa sangat e-book RM100 Jana Adsense adalah mahal !

    Saya petik kata-kata ini dibawah ini daripada IM terkenal iaitu Alang iaitu dalam websitenya http://www.sistemrahsia.com/rahsiazango ( anda boleh layarinya ) . Ianya cuma RM60 saja - Satu harga ebook yang munasabah & boleh diterima. Bukannya macam …… Dengar dan baca petikan beliau dibawah dengan teliti ( bukan saya yang cakap tapi Alang yang tersohor tu sendiri yang cakap.. ” Lupakan Adsense …… ! ).

    Tarikh: 18 Julai 2008

    RE: Bagaimana Ingin Menjana Pendapatan Tanpa Henti?

    Lupakan Google Adsense, Chitika, Bidvertiser dan sebagainya. Kini satu sumber pendapatan baru yang lebih lumayan yang anda dapat perolehi dalam masa yang singkat. Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri selama lebih kurang 3 minggu.

    Ya, saya baru sahaja 3 minggu menggunakan program ZangoCash dengan laman web yang baru di bina tidak sampai sebulan tetapi pendapatan yang saya perolehi dapat menyaingi laman web saya yang sudah berusia 4 tahun. Di bawah ini merupakan screenshot pendapatan saya untuk bulan Jun 2008 di mana saya baru menggunakan program ini. Pada hari pertama sahaja saya sudah memperolehi $3.40 dan selepas seminggu pendapatan saya terus mencecah $20.

    So, apa lagi baik kita berfikir sejenak & buat keputusan yang bijak …. RM100 ATAU RM60 ? Jika anda bijak, pastinya anda akan memilih ebook yang harganya MURAH tapi kualiti serta hasil pendapatannya LEBIH LUMAYAN daripada membeli sesuatu yang harganya MAHAL tapi hasil pendapatan yang bakal diperolehi sebaliknya KURANG LUMAYAN !

    Betul lah apa yang diperkatakan sebelum ini oleh kami-kami yang anti e-book harga mahal ( sila rujuk hujah-hujah kami diatas sebelum ini ) bahawasanya meletakkan harga ebook yang mahal sehingga mencapai RM100 itu sebenarnya tak kemana untungnya ( untung sekejap boleh le.. ! ). Bukankan kami dah katakan yang ilmu yang ada patut dicurah & dikongsikan bersama ( lebih-lebih lagi pada orang Islam yang berjihad ke jalan Allah ) agar semua manusia dapat menikmatinya secara bersama ( tapi bukannya dengan letak harga yang mahal hingga orang tak mampu memperolehinya ! ! ). Ilmu yang disampaikan itu jika dipraktikkan oleh orang yang menerimanya pasti akan diberi ganjaran yang berpanjangan oleh Allah kepada pemberi ilmu tersebut. Lagi ramai orang mendapatkannya maka lebih lagilah pahala yang diperolehi atas ilmu yang dicurahkan. ( P/S : Tak salah jual ilmu tapi biarlah berpada dan mampu dibeli orang …. Ini macam kedekut ilmu aje… ! ).

    Sekarang tengok baru tak samai 2-3 bulan dah keluar ebook baru yang lebih menjana pendapatan daripada Adsense itu sendiri. Lihat saja pada diri Alang tersebut, semua orang kenal dan tahu kegigihannya dalam Internet business daripada si Anu tu…. Tapi tak ada pun letak ebooknya sampai harga RM100 ? Assalamualaikum… !

  23. alfie on July 31st, 2008 at 9:23 am

    Saya dah beli ebook Munawar dan amat berpuas hati dengan kandungan.Kepada encik Kamali dan Selamba jangan beli kalau tak mahu rugi.Saya pun ada buat blog
    Adsense tapi takde visitor.Malah saya bercadang nak rombak balik blog saya dan keluar duit sikit untuk beli domain.Mesti korang semua tak terfikir tentang domain expired berkaitan dengan keywords yang kita gunakan.Satu lagi,ada info yang teramat bernilai yang boleh korang adaptasikan dalam program selain Adsense iaitu Bidvertiser,Zangocash,Clicksor,Yahoo Publishing Network dan seangkatannyaada dalam ebook ni.Jadi pikirdahulu sebelum kondem orang punya produk.Mesti ada sebab Munawar letak harga RM100.Saya pun mengeluh pada mulanya,tapi beli jugak kerana ilmu yang dimuatkan dalam ebook.Masuk ebook Jana Wang Adsense ni, saya dah ada TIGA ebook Adsense.Yang satu tu gunakan black hat sampai dia kena ban dari Adsense.Yang satu keistimewaannya:Undang2 GoogleAdsense dalam BM yang pertama seumpamanya dalam dunia.Dan yang ketiga iaitu JWA adalah yang paling praktikal dan penuh strategi blogging hingga tahap advance.Jadi pikir2lah apa yang saya utarakan ni,OK!!

  24. syarif on August 9th, 2008 at 12:20 am

    wah…rancak jugak pendapat2 para IM kat sini.

    walaubagaimanapun, semua nie bergantung terhadap individu. Sekiranya para IM merasakn produk yang dijual mampu membantu untuk mendapatkan lebih income, mungkin harganya x perlu dipertikaikan. Bayangkan, kita laburkan RM100 untuk mendapatkan RM250.. Mungkin cukup berbaloi bukan? Just pendapat.

  25. judinjama on September 6th, 2008 at 3:31 pm

    salam,

    saya nih antara pelanggan en.Munawar yang beli ebook Jana Wang Adsense. pada saya ebook nih memang antara yang mahal kat pasaran Malaysia. Harga biasa ebook yang selalu dijual untuk pasaran malaysia antara RM20-RM60. Bila keluar ja ebook en.Munawar nih dengan harga yang tinggi memberi satu impak sikologi kepada pengunjung.

    Mind set orang selalunya harga mahal = kualiti superb. Selepas membaca ebook en.Munawar saya rasa saya antara yang agak kecewa dengan ebook nih. Bukan sebab kandungannya yang tidak ok tapi sebab harganya. Kandungan ebook ini boleh saya kata biasa-biasa sahaja. mungkin sebab harga org ter psyco nak beli.

    Saya cadangkan supaya letak harga yang agak berpatutan dengan kondisi dan market Malaysia. RM20-RM60 dah kira ok dah.

    Saya yakin en.Munawar pernah dengar nama seorang sahabat Nabi, Abdul Rahman Bin Auf. Beliau adalah seorang peniaga yang hebat dalam islam. Saya cadangkan en Munawar cari cerita sal perniagaan beliau.

    thanx.

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


WC300 : The Premium Members

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites