Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet
Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.
Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?
Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.
Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.
Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.
Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.
Kenapa?
Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.
Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.
Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:
- Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
- Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
- Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
- Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
- Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
- dan beberapa perkara lagi.
Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.
Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.
Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.
2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Chapter M” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .
Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================



Yang Mobile Income punye ke? Kita tak perlu laburkan sesuatu yang terlalu tinggi untuk teknologi mcm payment gateway..
adalah lebih baik duit rm5k tu digunakan untuk promosikan produk.ia jauh lebih baik dan berguna untuk perniagaan..
pelaburan yang berbaloi untuk mereka yang ingin menjana pendapatan di internet.
sistem pmbyaran guna kad kedit bg sy yg baru mengenali IM nih masih baru dan ramai org masih takut2 untuk mencuba..
sekurang2 malaysia memerlukan 4-5 tahun lg untuk meyakinkan pihak pengguna tempatan untuk berbelanja melalui internet.
wlaupun begitu, dgn adanya sumber info sprti IMmalaysia.com + wangcyber.com membuka mata rakyat malaysia tentang kelebihan IM dan mungkin dpt memendekkan jangkamasa untuk mncapai status negara celik IM. hehe..
Ehm..aku prefer pakai paypal je sekarang. Tapi aku still terima kad kredit. Memang berbaloi buat duit dari internet nih.
…good info bro!
setakat ni aku guna paypal je (ebay / payloadz), lom ada official website jual produk… kena solve byk menda dulu baru bole setup.
.. ilmu pun byk lagi lom cover..
…. wish me luck!
memang penting sistem pembayaran kad kredit ini…
memudahkan urusan jual beli.
kuasa membeli di hujung jari
Saya mmg pilih PayPal sbb ianya free register dan charge paling murah.. dan ramai IM yg guna paypal.. senang trade dgn RM dan boleh transfer fund direct ke Visa card.. apa lagi?
saya baru tau…sy pn dah buka syarikat yang offer khidmat bayaran melalui kad kredit…rupa-rupanya ada yang lebih murah dan mudah…kene study lg..anyway thanks so much for the info!
betul tu. guna paypal lagi senang. charge pun murah dan murah..tapi dapat kena cepat2 keluarkan. pasal USD makin jatuh..hehe.. so RM dapat sikit la..
feel free to visit lawak politik http://www.youtube.com/watch?v=s4ce5DGeUlo
Assalamu’alaikum.
Nak tanya sikit…boleh ke link paypal dengan Maybankard VISA debit yang baru tu?
Terima kasih.
salam…
saya pun nak tahu jugak…boleh tak dari akaun paypal link terus ke akaun maybankard visa debit…saya baru tanya maybank,diorang cakap tak boleh! buat masa ni,maybank memang belom bertransaksi dengan paypal…tapi,tak tahu la…
kalau korang selalu buat pembayaran melalui kad kredit, aku syorkan korang dapatkan kad debit dari aon bank. kelebihan kad nie, korang juz bleh guna duit yang korang simpan dalam tu jer.X der interest.
Kad debit Maybank tu akan ambik masa sikit untuk established di pasaran antarabangsa. Cubalah kad debit yang dah establihed seperti kad debit Public Bank?
p/s - brand yg terkenal kat Malaysia tak bermaksud terkenal di peringkat antarabangsa. Vice versa.
Aku pun guna kad debit Public Bank…Maybe lps ni aku try guna kad public phone pulak
kalu debit kad al-rajhi camne?
http://insurance-transport.blogspot.com
x pasti ler al-rajhi camner. x silap aku dia ader interest kan? pepehal pun, cuba pastikan dulu..
http://teknikpc.blogspot.com