Tips Membuat Banner

Ada orang kata, pengiklanan banner sudah tidak berkesan.. tetapi jika tidak berkesan, mengapa ia masih wujud sehingga kini?
Banner tidak berkesan mungkin disebabkan oleh banyak sebab.. mungkin banner anda tidak menarik? mungkin banner anda terlalu sesak mata memandang? mungkin ayat yang anda gunakan di banner tidak sesuai? mungkin juga orang dah tahu mengenai produk anda dan ini menyebabkan orang ramai tidak lagi mengklik pada banner anda.
Oleh itu, pada post kali ini, saya akan memberikan beberapa tips bagaimana hendak menghasilkan banner yang menarik yang mampu mendapatkan banyak klik.
1) Gunakan perkataan “power” : Perkataan “power” adalah perkataan yang disukai oleh orang ramai seperti “Percuma” , “Tawaran Hebat”, “Diskaun”, “Jutawan”, “Rahsia” dan sebagainya…
2) Gunakan ayat pertanyaan : Ayat pertanyaan seringkali akan lebih mendapat perhatian dan menurut kajian, ia mampu menaikkan kadar klik sebanyak 18%. Lebih baik lagi jika ayat pertanyaan tersebut dapat digandingkan dengan perkataan-perkataan yang “power”, contohnya.. “Anda ingin ketahui RAHSIA menjadi JUTAWAN?”… atau “Inginkan DISKAUN hebat untuk …… ? ”
3) Jangan lebih 7 patah perkataan : Banner yang baik, seharusnya tidak mengandungi lebih dari 7 patah perkataan. Ini kerana, terlampau banyak perkataan biasanya akan membuatkan banner tersebut kelihatan “sesak”
4) Berikan Arahan : Sesetengah orang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila melihat @ membaca sesuatu, oleh itu.. jangan lupa letakkan arahan “Klik Di Sini” pada banner anda.
5) Gunakan Animasi : Ya!, gambar @ text yang bergerak-gerak biasanya akan lebih menarik perhatian… namun begitu, pastikan animasi anda itu tidak kelihatan “buruk” dan saiz fail nya tidak terlalu besar. Jika tidak ia hanya akan membuatkan pelawat lebih menyampah melihatnya.
Itulah antara beberapa tips penghasilan banner yang dapat saya kongsikan. Namun begitu, apa yang perlu anda sedari, untuk mendapatkan hasil yang baik daripada kempen pengiklanan banner yang anda jalankan.. ianya bukanlah bergantung kepada faktor “penghasilan banner” sahaja semata-mata. Faktor-faktor lain juga mempengaruhi seperti.. dimana banner anda diletakkan? adakah ia pada “target audiens” yang tepat? lokasi banner… atas? tepi? bawah? tengah?.. dan juga peratus “blind ads” pelawat-pelawat di laman web tersebut.
“Brand name” juga kadangkala mempengaruhi kadar klik yang diterima.. iklan banner dari “KFC” sudah pastinya lebih menghairahkan untuk di klik berbanding iklan dari “ayam goreng pak man tiger..”
Jadi… fikir-fikirkanlah dan “muhasabah” semula banner iklan anda…



Wah menarik tu info yg founder bagi..iklan banner memang best kalau kena pada caranya.
Aku pernah dpt sampai RM 2k dgn menggunakan iklan banner ni.
Salam,
ini satu tips yang baik bagi saya yang tak berapa pandai buat banner - saya kena rajin belajar dari sekarang!
Thank You
Shueqry
Salam,
Wah shahraduan.. sampai RM2000 ye? kongis lah sikit
tips dgn warga WC.
=)
Assalamualaikum W.B.T..
Memang tips yang sangat berguna kepada usahawan internet. Saya buat banner pun pakai software online percuma..
Saya baru belajar2 buat banner…bagus jugak ade petua ni..Kalau tak main hantam je ayat dlm banner tu.
Nak tanye. software ape yg kita pakai utk buat animasi…yg percuma dan kalau nak beli (harga berpatutan) dimana.
info yang sgt berguna…. 2 thumbs up!
p/s - mcm best jek ayam goreng pak man tiger tu
samdaddycool.. kalau macam tu belanjalah saya ayam goreng pak man tiger.
kuhkuhkuh, ayam goreng pak man tiger. best jugak name tuh. ^O^
… apalah korang nih… dah lari tajuk cite ayam goreng pak man tiger… kang pak man tiger saman… moderator plak bagi red card…
Iklan banner aku selalu aku target dekat web lelong. Kat sana ramai pengunjung. Tapi 1 minggu tempoh dia..harga nak letak pada kedudukan no. 1 tu kena lawanlah skit. Aku guna iklan side bar belah kiri…kalau aku dpt affiliate program yang mengancam disitulah tempatnya.
menarik info ini. diharapkan dapat dijadikan rujukan para usahawan semua
Kekadang tu iklan banner yg disediakan oleh penyedia program affiliate pun tak berapa mengancam…kita yg mempromosikan turut terima tempias..
Kekadang juga ada iklan banner yg kata2nya tidak sedahsyat frontpage jualan.
Dalam situasi begini, sebagai penggiat affiliate apakah kita perlu mencreate satu iklan banner lain..atau sapa2 yg otai leh bagi respon
ada sesape tahu camne nk buat iklan banner yang free atau yang berbayar?
tip yang sangat bagus..mengikut kajian saya :).pelawat cepat tertarik kepada iklan berbentuk gambar dan animasi kerana lebih menyerlah
Betul tu, kalau lebih cantik tentu banner yang mangandungi animasi. Tapi kalau nak beli software dia memang mahal USD 44.55 kalau tak silap.
Ishhhh…susah nak komen ni. Macam nak kena jawab - Ayam dengan Telur mana yang dulu. Anyway, hal banner ni agak subjektif. Ada yang kaya, mata pelayar internet ni dah dilatih mengelak banner-banner iklan ni…. kecualilah IMAGE nya mengancam.
ada cara2 senang buat banner tak..jenuh ku buat pas tu tak jadi..