Membina “Senarai Nama” Di Internet Untuk MLM Anda
Membina “Senarai Nama” Di Internet Untuk MLM Anda
oleh Zamri Nanyan
Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.
Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.
Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.
Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?
Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet - lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.
Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pengusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak beretika semasa mencari prospek.
Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang “entah dari mana-mana” dengan menggunakan sebuah perisian dan mengahantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan “spam” dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak beretika.
Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.
Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat senarai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah “AUTORESPONDER”.
Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membolehkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email kepada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus.
Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran email dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya promosi anda berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda menghubungi prospek anda secara manual. Jadi, tak mustahil sekiranya jika anda menggunakan autoresponder yang baik, anda dapat mendaftar ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda sedang tidur nyenyak di siang hari.
Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder kepada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda meninggalakan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda bagi pihak anda.
Di sini sekiranya anda tidak berminat untuk membina sistem mengumpul senarai nama anda sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat MLM anda.
Apa yang perlu anda buat adalah cuma mempromosikan laman web yang berfungsi untuk mengumpul nama dan email prospek anda dan lakukan promosi tersebut secara besar-besaran.
Sekiranya anda seperti saya, anda mungkin ingin membina laman web untuk memulakan senarai nama anda sendiri dan anda bolehlah melanggan perkhidmatan autoresponder di laman web berikut:
Tanya kepada saya sekali lagi “apakah senjata maut di dalam online MLM?” dan saya akan berikan jawapan “autoresponder” pada bila-bila masa.
Mengenai Penulis
============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
============================================================
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================


Begitu menarik kupasan mengenai perniagaan internet! Alangkah bagusnya kalau saya tahu perkara sebegini ketika aktif dalam MLM dulu…tapi itu bukanlah sesuatu yang merugikan kerana saya telah sedar sekarang! hehehe terima kasih Zamri
Apa pun cara kita nak cari prospek samada menyenaraikan atau menggunakan autorespond perlu kita teliti
Pertama :-apakah stratiji ini akan menyebabkan industeri MLM ” give this industry a tacky, ” second-rate” image.?
Kedua :- ” its horrible first impression for your prospect.Because you’ve just shown them exactly how you do business - soliciting total strangers.”
Sudah tentu tiada siapa yang mahu menyertai images ini.
Sekadar pandangan.
Ehm, autoresponder? Betul.
Tapi tak semua orang boleh terima. Ramai kawan-kawan MLM aku jenis cepat putus asa. Last2 aku wat internet business. Income lagi kencang..
hehehe..titan, itu mmg cabaran dalam perniagaan MLM. Group saya pun dulu memang besar, hampir menjangkau seluruh malaysia, ahli pun tergolong dalam pelbagai kerjaya seperti pensyarah, guru, doktor, student dan lain2 lagi. Jualan juga mencecah ratusan ribu. Tapi bila dah nak jatuh, sekelip mata jer…huhuhu…seandainya saya boleh menggunakan sistem yg ada dalam Internet pd waktu itu, mungkin ada sedikit perubahan..tp jika saya berjaya dlm MLM ari tu, mungkin sy x dapat blajar ilmu perniagaan internet lagi. sebab itulah rasanya tuhan memberikan jalan yang lebih baik kpd saya…Alhamdulillah..
Radin,
Saya tak faham maksud anda…
1. Kenapa strategi ni jadi tacky, second rate image?
2. Kenapa pulak bad first impression? Kaedah menambah prospek ke dalam autoresponder anda tidak akan menyebabkan masalah “unsolicited emails”. Lainlah kalau beli email orang yang entah dari mana-mana.
Zamri
Salam Zamri,
Sebelum memulakan perniagaan internet, Zamri Kerja di mana ya?
Dulu saya pernah masuk MLM yang cukup famouse dulu seluruh malaysia. tapi bila upline buat masalah larikan duit downline berpuluh-puluh ribu ringgit rasa serik nak masuk..skang buat bisness internet..jual produk, bleh buat sorang2.
Bagi saya, e-book MLM yg pernah dikeluarkan oleh sdr Zamri amatlah berguna & beberapa teknik serta taktik Merikrut maupun mengendali serta mengurus Ahli maupun organisasi MLM begitu praktikal.
Dulu & sekarang maupun cepat atau lambat buat Bisnes MLM ini bukanlah persoalan walaupun sudah sekian lama & sekian byk Pecahan Rangkain Organisasi di seluruh Malaysia.
Bisnes tetap bisnes yg pd hakikatnya ibarat seperti pusingan Roda, ibarat pasang surutnya air dan begitulah Untung Rugi dalam dunia Bisnes itu adalah lumrah.
Sifu saya kata Lebih baik awak fokus Bina Bisnes dan Bukan Bina kaya. “Sale of solution not sale a product”.
Sekadar pandangan
saya nak join MLM??
yang mana terpower Rafa ka Uptrend atau desquera
Buat masa nie saya join Desquera sebab ada killer product S’Detox Ubat berhenti ketagihan rokok dan dapat RM500 tunai dari syarikat kepada pengguna
As’kum…. kpd firdaus yg bagi komen bawah sekali tu, satu jer saya nk pesan, dalam mana2 MLM yang anda nk join, first sekali yg penting cuba kira OVERPAID… OVERPAID tu mksud dia saper yg dapat untung lebih, syarikat ker ahli?? saya dh join Rafa pada 17/12/2007… alhamdullillah, dalam rafa ahli untung lebih pada syarikat… kalau uptrend saya dh kira, tp syarikat mmg ‘makan’ untung banyak dari pengedar/ahli… saper yang nk tahu tntg mcm maner nk kira overpaid boleh email kat saya di syamil_sagittarius90@yahoo.com… -wassalam-
thanx to zamri kerana create benda ni..yang penting..kemudahan dah ada, terpulang dengan kita semua macam mana nak guna kemudahan ni..yang paling penting ialah,semua kena jadi lebih profesional dalm bab-bab promote ni..promote bisnes anda tapi bukan cerita kelemahan bisnes org lain..
Salam……aku skrang nie pun baru-baru sangat dengan internet nie, banyak yang aku kene belajar dan buat research. bukan senang nak jadi senang macam oldtimer bidang internet nie. Bila dah baca penerangan zamri, rasa macam ada peluang sangat luas buat side income..tima kasih.
Salam Zamri. Saya salah seorang dari yang subscribe newsletter anda. Sekadar bertanya, ada tak penyedia autoresponder ini yang dari Malaysia ?
Kalau nk yg free try realreply.com
http://duniasuram.blogspot.com
salam..en zamri..
saya nak tanye…pelaburan internet yang dalam website ini…www.jutawanautomatik.com….betul ke…or tipu jugak…
tq
salam..saya percaya cara anda itu cukup berkesan.
satu kaedah ‘KILLER’ untuk mendapatkan prospek baru.
there r 2 many MLM businesses. yang penting if we r commited, anything is possible.
masing2 ade cara tersendiri. im looking for ‘rakan niaga’ yang berminat dalam business. alhamdullilah, Tuhan berikan saya peluang, tapi saya tidak mampu nak uruskan/usahakan sendiri. saya ingin berkongsi peluang perniagaan bersama anda.
saya ingin bertanya,adakah feedblitz merupakan autoresponder???
Salam….Just nak share.Pd sy ada 3 faktor kita boleh berjaya dlm MLM ni.Yang 1.Kekuatan syarikat. 2.Plan marketing yang menarik & boleh dibt 3.Produk yang 1st dlm dunia mengunakan teknologi terkini & berkualiti.Tapi yang paling penting kita kena jadi yang terawal.Jadi peluang kita untuk berjaya lebih cerah.Jangan pilih MLM yg dah tepu dlm market.Selalu positif dan fokus.Sy mengalu-alukan kepada sesiapa yang mempunyai pemikiran positif untuk berkongsi perniagaan.Tq
Sememangnya bisnes MLM ini menjanjikan pulangan yang besar untuk kita semua. Perbezaannya adalah dari segi konsep bisnes itu sendiri. Macm bisnes yang saya masuk ini iaitu Bisnes TdTone adalah berkonsepkan internet+telecomunication + MLM/Networking. Percaya atau tidak untuk menjadi ahlinya adalah FREE REGISTRATION. Maklumat lanjut boleh anda dapati di blog saya. Anda boleh nilai sendiri keberkesanan bisnes TdTone ini.
======================================
Bisnes TDTone
http://bisnestdtone.com/khairul
“Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
=======================================
bleh spe2 ajr cmne nk d=gune AUTORESPONDER..??
korang rasa syarikat MLM ape yg pling top dlm MALAYSIA..??
ello syamil..rafa ni jual gelangkan???
kalau rafa bagus dari uptrend, kenapa uptrend jadi syarikat paling top dalam malaysia..haaa..dah perga 8 buah negara dah..
rafa..???
Saya tidak sama sekali anda untuk menyertai Bisnes TDTone, tetapi xsalah menilai terlebih dahulu dan selepas itu bolehlah membuat keputusan yang menguntungkan anda kelak. Pilihan di tangan anda….
Bisnes TDTone
http://www.bisnestdtone.com