Mahirkan diri dengan asas cPanel

Ramai yang membeli domain dan hosting setelah berkira-kira mahu menceburi bisnes internet. Namun, sedarkah anda, kemahiran mengendalikan hosting sangatlah penting, supaya pelaburan anda tidaklah sia-sia saja.

Selalunya, pengendalian hosting dilakukan menggunakan perisian-perisian yang ada feature Graphic User Interface (GUI). Bermakna perisian yang disediakan sangat mesra pengguna, cuma bergantung pada pemilik untuk memahirkan diri mereka. Oleh itu, sayang sekali jika anda tidak berusaha untuk memahami panel kawalan di hosting anda.

Antara perisian panel kawalan yang kerap ditawarkan adalah cPanel kerana ia sangat mesra pengguna dan mudah digunakan. Hanya klik, isikan maklumat yang diperlukan dan ikut arahan yang ditunjukkan. Jika cPanel adalah panel kawalan yang terdapat pada hosting anda, ada pelbagai benda yang boleh dilakukan di hosting anda.

  • Membuka akaun emel di domain sendiri

Akaun emel yang dimaksudkan adalah seperti admin@namadomainanda.com. Katakan nama domain “suka.com”, akaun emel anda adalah tanya@suka.com. Ini contoh saja. Jika tak suka “tanya”, boleh letak “jualan”, “admin”,”saya” atau apa-apa saja yang anda suka. Domain anda bukan :) ? Dengan emel yang berakhiran di nama domain sendiri, kredibiliti dan professionalisme anda akan lebih terserlah.

  • Menguruskan fail-fail yang telah diupload ke server hosting

Anda boleh upload, delete, copy, cut, dan pelbagai lagi di cPanel, selain dari menggunakan perisian FTP. Walaupun saya ada perisian FTP di komputer, ketika terdesak atau hanya mengupload fail kecil, saya lebih gemar gunakan fungsi yang ada pada cPanel. Lagipun, cPanel kan boleh diakses dari mana-mana pun, asalkan ada sambungan ke internet.

  • Analisa data pelawat yang berkunjung

Salah satu kelebihan menggunakan domain berbayar, anda mampu mendapat data pelawat-pelawat laman web anda. Data yang terkumpul bukan setakat bilangan pelawat mengikut bulan, malah boleh dikategorikan mengikut haribulan, hari atau masa. Koleksi data yang ada berguna untuk menganalisa sama ada kempen pengiklanan anda berjaya atau tidak, kerana anda boleh tahu, dari mana pelawat anda datang

  • Customize 404 pages

Saya kira ini patut dilakukan oleh pemilik-pemilik domain. Tahukah anda, di blog saya saja, ada 260 hits untuk 404 pages. Oh ya, 404 pages ni lebih kurang “Page cannot be found” :) . Dengan 260 hits ni, ada sedikit kerugian trafik bukan? Dengan customize 404 pages, anda boleh menunjuk arah pada pelawat yang tersalah ke website anda sebetulnya. Sebagai contoh, boleh lihat 404 pages, jika anda mahu. Selain dari re-route pelawat, pernah juga saya lihat, pemilik yang customize dengan meletak iklan produk. Bijak juga tu. Bergantung pada kekreatifan anda sendiri untuk memaksimakan 404 pages anda :)

Banyak lagi yang anda boleh lakukan dengan cPanel di hosting anda. Hanya perlukan kesabaran dan masa anda untuk memahaminya dan seterusnya memahirkan diri. Practice makes perfect :D

P/S: Boleh dapatkan shortcut di sini jika anda mahu :)

—————————————————————————————————————–

Penulis artikel ini, WaidaKmy, adalah pemilik blog Wanita & Komputer & juga Asas cPanel dengan harapan sambil berblog, sambil memahirkan diri dalam komputer dan juga pengendalian cPanel :)

Nota:-

Anda boleh menggunakan artikel di atas, selagi anda tidak mengubah sama sekali kandungan artikel ini, dan keterangan penulis.

—————————————————————————————————————-

This entry was posted on Wednesday, March 12th, 2008 and is filed under article, tips. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

7 Responses to “Mahirkan diri dengan asas cPanel”

  1. aidilmujahid on March 12th, 2008 at 6:20 am

    dah bukak akaun mel sendiri x der pape ponn

  2. waidakmy on March 12th, 2008 at 8:50 am

    apa yang xder pape? tak berapa paham la?

  3. waidakmy on March 12th, 2008 at 8:58 am

    tambahan:
    contoh 404 pages yang saya buat di sini
    http://asascpanel.com/blog/index.php/2008/03/09/customize-404-pages.html

    @aidilmujahid-lagi best kalau awak boleh terang detail sikit ye..TQ

  4. samdaddycool on March 12th, 2008 at 10:28 am

    …good info, thanks alot.. nanti saya dah terer, bole blanje…..?? :P

  5. waidakmy on March 13th, 2008 at 2:53 am

    @samdaddycool,
    you’re welcome :)
    hoho belanja macam mana tu :P

  6. syarif on August 9th, 2008 at 1:45 am

    info yang bagus..tak pernah terlintas yang 404 page tu bleh diubah..

  7. waidakmy on August 9th, 2008 at 1:49 am

    bagus la kalau dapat customize, yang penting dapat re-route pelawat ke halaman utama kembali dan tak lah hilang macam tu saja..

Leave a Reply