Kenapa orang beli iklan?

Apabila anda ingin menjalankan sesuatu kempen pengiklanan (membeli ruang iklan untuk mempromosikan website/perniagaan/produk anda). Perkara pertama yang penting dan perlu anda lakukan ialah, menentukan dengan jelas matlamat & tujuan kempen pengiklanan anda.

Apakah hasil yang ingin anda perolehi bagi kempen pengiklanan yang akan anda jalankan?

  • Adakah untuk meningkatkan hasil jualan anda?
  • Adakah untuk mewujudkan “kesedaran” kepada orang ramai mengenai jenama perniagaan anda (branding awarenes) .
  • atau adakah ia hanya untuk membina kepercayaan & meningkatkan imej serta kredibiliti anda?

kemudian, satu persoalan lagi… apakah tindakan yang anda ingin orang ramai ambil/lakukan apabila melihat iklan anda?

  • Klik dan terus ke muka hadapan website anda?
  • Ambil handphone dan terus mengubungi anda melalui sms?
  • atau.. klik dan terus ke borang pendaftaran/pembelian/special offer di website anda?

Setelah anda menetapkan 2 matlamat tersebut… barulah anda boleh merekabentuk iklan anda dan membuat penilaian, “website manakah yang sesuai untuk meletakkan iklan anda?”

  • Jika anda ingin meningkatkan hasil jualan produk anda secara offline (seperti butik pengantin @ workshop kereta) - sudah pastinya anda perlu meletakkan iklan anda di golongan sasaran yang tepat. (cth komuniti perkahwinan atau kereta)
  • Jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan hasil jualan produk anda secara online - selain mengiklan di website yang mempunyai “target market” yang tepat, anda juga perlulah memastikan pelawat -pelawat website tersebut mempunyai keupayaan dan kebolehan membeli belah secara online. (eh?.. bukan semua orang berani beli online tau?)
  • Jika matlamat anda hanyalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan produk/perkhidmatan anda - sudah pastinya iklan anda lebih sesuai diletakkan website yang mempunyai trafik yang tinggi (sebab itu anda boleh lihat iklan kempen-kempen kerajaan seperti tak nak merokok dan pandu cermat di website-website trafik tinggi seperti website beritaharian & utusan)

Jadi?…. satu tips hari ini, tentukan dulu matlamat kempen pengiklanan anda…. kelak barulah anda akan dapat mengukur sama ada kempen iklan anda itu berjaya atau tidak.

Satu perkara yang perlu anda sedar apabila habis membaca artikel ini.. apabila seseorang membeli iklan, ia bukanlah hanya bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan semata-mata, ada banyak lagi sebab & matlamat yang lain , bergantung kepada kebijaksanaan dan strategi perniagaan mereka masing-masing.

Anyway.. selamat membeli iklan dan selamat membuat kempen promosi untuk perniagaan anda.

Selamat maju jaya!

This entry was posted on Friday, November 23rd, 2007 and is filed under tips. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Rahsia 10k Terbongkar

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites