31/12/2015

(¯`*..[TODAY ONLY! - BEST OFFER]Dr M Bersuara: Kami Pula Bagaimana?..*´¯)

Discussion in 'WTS : Pengiklanan & Pemasaran' started by Razif, Jul 30, 2009.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Razif

    Razif
    Expand Collapse
    Veteran

    Joined:
    May 20, 2008
    Messages:
    3,186
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    TAWARAN INI TELAH TAMAT! HARAP MAKLUM!



    Kaki Dalam Kasut: Apa Kata Kita?

    -----------------
    KAKI DALAM KASUT
    -----------------


    Oleh Dr. Mahathir Mohamad
    -Posting berani terkini sehingga ada yang menggelarkan beliau racist!
    -Namun ada benarnya kata-kata yang dicoretkannya.

    1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi,
    saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

    2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia
    (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

    3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan
    di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

    4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan
    relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

    5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

    6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya,
    hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

    7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra
    (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun
    bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

    8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

    9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu
    melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu.
    Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu.
    Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

    10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka.
    Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun.
    Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

    11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja.
    Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya.
    Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat.
    DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu.
    Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

    12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya,
    mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini
    sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

    13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%.
    Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

    14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu.
    Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur
    dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri.
    Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

    15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan.
    Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

    16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka,
    demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

    17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini?
    Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

    18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu.
    Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini
    dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

    19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah.
    Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya
    - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

    PS. Bagaimana? Tun Dr M...! Beliau masih mempertahankan orang kita.
    Seorang yang kami hormati dan berani meluahkan pendapat secara terbuka..!
    Bersediakah kita apabila sesuatu yang tidak dijangka terjadi?
    Lebih cemerlang atau masih di takuk lama...? Realitinya beliau amat mengenali
    Malaysia, lebih 20 tahun Malaysia di bawah kepimpinannya. Fikirkan dengan terbuka.
    Ekonomi liberal bakal menguasai kita...

    Apa yang kami boleh bantu? Dengan meningkatkan ekonomi orang kita...?
    Atau orang kita masih perlu disuapkan lagi?
    Bagaimana? Hanya dengan bermula dengan perniagaan internet...?
    Itu yang mampu dilakukan dari jarak jauh. Tanpa perlu kita bersua muka.

    TAWARAN KAMI:
    Belajarlah perniagaan internet bersama Zamri Nanyan,
    kami yakin anda tidak akan rugi! Kami juga yakin ianya
    akan banyak membantu anda. Anda rugi jika melepaskannya.

    http://thefourweekstofreedom.info/?aff_id=2187

    Kami tidak akan tawarkan kepada anda sebarang produk
    tambahan pada hari ini. Malah kami juga tidak menyediakan
    apa-apa ganjaran secara fizikal atau digital.

    Apa yang kami tawarkan adalah WANG TUNAI...
    YA...!!! WANG TUNAI SEBANYAK RM100.


    Satu-satunya peluang yang tak mungkin anda lepaskan
    dan biarkan ianya berlalu. Dapatkannya sekarang juga!

    Kami akan pulangkan RM100 kepada anda demi membantu anda...
    Kami amat serius. Mengapa anda tidak mahu mencuba...?
    Mungkin kami sedikit rugi, namun pastikan anda berjaya...
    Mungkin anda pula dapat membantu kami di kemudian hari.
    Kami juga berharap kita dapat bekerjasama pada kali ini.

    RM100 akan dikembalikan jika anda melakukan pembelian
    pada hari ini - 31 Julai (sehingga jam 11.59pm sahaja)
    Pastikan ada nama =Razif Yusof di ruangan bahagian bawah page order.
    Semakan akan dibuat, dan jika ianya sah, RM100 MENJADI MILIK ANDA...!

    Itu bantuan kami pada kali ini. Anda dapat berjimat denga maksimum...!
    Peluang dan jalan kami sudah buka. Tepuk dada tanya selera.
    Pilihannya di tangan anda.

    Pastikan pembelian hanya melalui link ini:
    (Lakukan pembayaran penuh RM199 terlebih dahulu)

    http://thefourweekstofreedom.com/?aff_id=2187

    atau

    http://thefourweekstofreedom.info/?aff_id=2187


    Sila lampirkan resit pembayaran dan akaun Maybank
    anda ke admin.pengurusankewangan[at]gmail[dot]com


    Jumpa anda lagi~!

    Semoga berjaya meningkatkan ekonomi masyarakat kita.

    InsyaAllah perniagaan internet dapat membantu.

    PENTING:
    TAWARAN INI DIBUKA SEHINGGA JAM 11.59PM SAHAJA.
    (31 JULAI SAHAJA)

    Ikhlas,
    Razif Yusof
     
    #1 Razif, Jul 30, 2009
    Last edited: Aug 1, 2009
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.