Ternak Arnab

Discussion in 'Survey & Poll' started by Badruzamani Bin Azmi, Aug 13, 2006.

By Badruzamani Bin Azmi on Aug 13, 2006 at 1:24 PM
  1. Badruzamani Bin Azmi

    Super Senior

    Joined:
    Jul 28, 2006
    Messages:
    772
    Likes Received:
    8
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +8 / 0 / -0
    Arnab ialah suatu haiwan yang halal di makan daging dan boleh di bela di rumah. Suatu ketika dulu, penternakan arnab ialah suatu projek yang pernah dijalankan dalam projek PPRT tetapi mengalami kegagalan atas beberapa sebab. Tujuan saya ialah untuk mengkaji sebab kegagalan projek itu. Salah satu sebabnya dikatakan kurangnya permintaan pasaran. Boleh kita semua bincangkan? Harap mendapat kerjasama dari ahli forum WC. Silalah undi dan jika sudi berilah komen dan pandangan peribadi masing-masing. Kerjasama dari anda saya dahulukan dengan ribuan TERIMA KASIH.
     
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged
?

Adakah anda pernah & suka makan daging arnab?

Poll closed Oct 30, 2006.
  1. Pernah. Saya suka makan dan suka membeli.

    25.0%
  2. Pernah. Suka makan tapi payah nak dapat.

    50.0%
  3. Pernah. Suka makan tapi harga pasaran terlalu mahal.

    0 vote(s)
    0.0%
  4. Pernah. Suka makan dan suka membela.

    25.0%
  5. Tidak pernah. Tak suka makan tapi suka membela.

    0 vote(s)
    0.0%
  6. Tidak suka makan dan tidak suka membelanya.

    0 vote(s)
    0.0%
  7. Tidak pernah langsung makan dan membelanya.

    0 vote(s)
    0.0%

Share This Page

Comments

Discussion in 'Survey & Poll' started by Badruzamani Bin Azmi, Aug 13, 2006.

    1. aku
      aku
      tak berapa ingat sebab apa gagal.. sebab masih kecik masa tu..

      bela arab secara dalam sangkar, salur paip untuk minum, bayam (tak ingat) untuk makan.. hari-hari, sapu tahi arnab yang ada bawah sangkar...

      pastu arwah ayah aku dah tak buat... kali terakhir yang aku ingat, buat jamuan makan daging arnab. (mungkin perabis mana yang tinggal)
    2. halytobe
      halytobe
      rasanya sebab utama arnab tidak boleh dijadikan makanan ialah sebab ramai yang KESIAN dgn arnab.

      Dahla rupanya comel, lembut pulak dipegang, - kalo ganas-ganas nanti boleh patah tulang dia.

      Tula sebab utama ramai yang xmo makan daging arnab.
    3. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Jika anda tidak nampak wajah arnab, anda hanya membeli daging di pasaraya dan hanya nampak label daging arnab, anda sanggup makan tak? Saya faham kalau nak sembelih sendiri memang la terasa kesian. Tetapi, soalan saya jika anda tidak nampak segala proses penyembelihan, anda sanggup makan tak? Tanpa membayangkan wajahnya yang comel dan membandingkan dengan wajah kucing. Boleh makan tak?

      p/s - Hanya satu kajian
    4. mysticmind
      mysticmind
      siannyer... comelnyaa..

      kt umah kt kg. mak aku bela arnab.. cepat biaknya.. (x heran laa logo playboy)

      rasanya dh berpuluh2 ekor gak ada dr masa kesemasa..

      tapi aku sekor pun , secubit pun tk pernah makan..

      comel, lembut, manja... tak sanggup aku .. : :oops:
    5. tazamfn
      tazamfn
      :lol: Saya boleh makan tapi ngan bagitau tu daging arnab....hii hii tapi tu la setiap kali nak makan mesti tanya dulu la kan kecuali memang semua kat situ tak sedar tu daging arnab dan termakan...

      Tapi memang saya tak makan daging arnab
    6. mahmud345
      mahmud345
      orang malaysia asing dengan hidangan daging arnab...mereka lebih suka ayam..
    7. hasrul
      hasrul
      1. Harga daging arnab lebih tinggi daripada harga daging ayam. Jadi orang akan pilih ayam.
      2. Ramai yang geli/kesian dengan daging arnab.

      Kesimpulannya.. permintaan dan harga.

      PS.. pernah juga bela arnab dulu 4 ekor. 3 hilang masuk kebun. Tinggal sekor. Kesian betul. Nampak lembut.. tapi kalau menendang.. fuhh.. habis calar balar tangan.
    8. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Jadi rata - rata pernah bela arnab. Tapi jarang makan arnab sebab pelbagai sebab. Hasrul kata :

      1. Harga daging arnab tinggi berbanding daging ayam. Ya saya sokong tu sebab permintaan melebihi dari bekalan, maka harganya tentu mahal. Itu adalah asas perniagaan (masa belajar kat sekolah dulu). Tapi, harga boleh berubah mengikut pasaran kan? Betul tak? Misalnya awal tahun ni, masa selsema burung melanda Malaysia, ramai yang tak makan ayam sehingga harganya jatuh mendadak sehingga RM4.50 sekilo. Kemudian, bila ikan kurang sebab nelayan tak dapat tangkap banyak ikan (seperti sekarang di tempat saya), saya pun suka beli ayam sebab murah. Tetapi, rasanya dekat dengan perayaan nanti, harganya akan naik. Dah selalu berlaku macam tu. Jadi, harga ini hanya bersifat sementara (walaupun ayam dikategorikan sebagai barang kawalan, pelaksanaan hanya berlaku bila ada pemantauan oleh pihak berkuasa).

      2.Hasrul geli dengan daging arnab ka? Atau geli dengan arnab? :) Melawak aja Hasrul. Kalau saya, kalau kena saya sembelih memang kalau boleh tak sanggup. Tapi, kalau dah terpaksa, kena buat juga. Arnab bagus untuk orang kencing manis kerana ia tidak mengandungi terlalu banyak lemak berbanding daging ayam.

      Ingat nanti, nak buat projek ternak arnab secara komersil. Awal tahun ni, negara Jepun sedang mencari alternatif kepada permintaan 'daging putih' di negara Matahari Terbit itu. Saya nampak satu potensi besar dalam perniagaan arnab ini. :)
    9. AlHaqeem
      AlHaqeem
      satu cadangan projek yang bagus tu Badrul.. dapatkan maklumat dengan secukupnyer dan jgn berlengah lagi... masa terus berlalu..
    10. adiputra
      adiputra
      wah ternak arnab plak.best nih.lps ni jual arnab online.yeeeeeehaaa
    11. abangki
      abangki
      Awak macam berminat nak bela arnab?
      Dah biasa bela ke?

      Saya memang suka bela. Comel and jinak. Tapi saya xkisah nak makan daging arnab.
      Raa2nya, boleh ke harga daging arnab hampir dengan daging ayam?
    12. networkmalaysia
      networkmalaysia
      HAHA, creative betul abang ni, izinkan saya tambah sikit..

      mungkin nanti boleh bukak forum arnab jugak, wangarnab.com .. ehehe
      (domain wangarnab.com masih belum dibeli)

      lepas tu boleh buat ebook tentang arnab tu,

      lepas tu.. bagi seminar arnab kat Times Square ke..

      dan lagi boleh bukak website, bagainmana menjadi Jutawan dalam masa 10 minit dengan hanya menjual arnab.

      dan lepas tu boleh Bukak franchise jual Burger Arnab, free delivery kat rumah..

      heheheeh
      memang berpotensi besar nihh..
    13. hana_dr
      hana_dr
      as'kum

      sebenarnya penerimaan rakyat malaysia pada sesuatu benda yang mungkin dianggap baru kena ambik masa juga.
      sebagai seorang doktor haiwan yang cenderung kepada industri ternakan saya memandang penternakan arnab ni ada potensinya.
      cuma dari segi marketing dan tackle method tu kena betul. contohnya kalau orang kita kata tak sampai hati makan rabbit, so tukarkan form jualan tu kepada yang mungkin mengurangkan persepsi dan psiko terhadap arnab ni. contohnya penjualan daging proses seperti daging kisar macam daging burger tu, pastu sosej,nugget..

      dan cara paling berkesan dengan mengambil contoh budaya pemakanan orang malaysia kita ni. org kita ni dok bangga dengan tema ayam panggang, ayam madu,ayam golek dan sate sebagainya..so why not kita pasarkan dalam produk macam tu.gantikan dengan arnab panggang, arnab golek dan sebagainya.

      bagi yang mula usahakan farm sendiri, usahakan untuk memasarkan daging ni sendiri. contohnya upah adik beradik kita ambik lesen kat pasar tani atau pasar malam,jual kat sana.pastu at the same time, pakat ngan kengkawan atau sedara mara yang ade restoran atau kedai makan, mana2 daging yang tak habis di jual mentah kat pasar, salurkan plak pada restoran.

      kita orang melayu kena go for it. kita bukan melanggar syariat agama. arnab halal di makan.

      sudah tiba masa untuk kita bergerak maju dalam industri penternakan ni. sebab usaha inilah sebenarnya kekuatan orang melayu yang asalnya lebih pada pertanian satu masa dulu.

      dr hana
    14. ajidss_ajidss
      ajidss_ajidss
      oh camtu ke..chaiyok-cyaiyok..kalau aku ada peluang aku nak joid sama
    15. ameka
      ameka
      hana_dr
      New Member Join Date: Apr 2008
      Posts: 1

      iTrader: (0)

      rabbit farming

      --------------------------------------------------------------------------------

      as'kum

      sebenarnya penerimaan rakyat malaysia pada sesuatu benda yang mungkin dianggap baru kena ambik masa juga.
      sebagai seorang doktor haiwan yang cenderung kepada industri ternakan saya memandang penternakan arnab ni ada potensinya.
      cuma dari segi marketing dan tackle method tu kena betul. contohnya kalau orang kita kata tak sampai hati makan rabbit, so tukarkan form jualan tu kepada yang mungkin mengurangkan persepsi dan psiko terhadap arnab ni. contohnya penjualan daging proses seperti daging kisar macam daging burger tu, pastu sosej,nugget..

      dan cara paling berkesan dengan mengambil contoh budaya pemakanan orang malaysia kita ni. org kita ni dok bangga dengan tema ayam panggang, ayam madu,ayam golek dan sate sebagainya..so why not kita pasarkan dalam produk macam tu.gantikan dengan arnab panggang, arnab golek dan sebagainya.

      bagi yang mula usahakan farm sendiri, usahakan untuk memasarkan daging ni sendiri. contohnya upah adik beradik kita ambik lesen kat pasar tani atau pasar malam,jual kat sana.pastu at the same time, pakat ngan kengkawan atau sedara mara yang ade restoran atau kedai makan, mana2 daging yang tak habis di jual mentah kat pasar, salurkan plak pada restoran.

      kita orang melayu kena go for it. kita bukan melanggar syariat agama. arnab halal di makan.

      sudah tiba masa untuk kita bergerak maju dalam industri penternakan ni. sebab usaha inilah sebenarnya kekuatan orang melayu yang asalnya lebih pada pertanian satu masa dulu.

      dr hana
      ---------------------------------------------------------



      hana ni berminat ternakan arnab kan?
      so,bleh terangkan ape masalah ksihatan arnab ni
    16. percuma
      percuma
      masa family saya bela arnab kat kg dulu...banyak juga la... hampir 50 ekor betina untuk jadi ibu arnab dan 2-3 ekor jantan kacuk. Tapi bisnes arnab family saya tak lama...sebabnya orang geli nak makan...

      antara sebabnya :-
      kesian, macam daging kucing (diorang pernah makan daging kucing ke?), comel, tak sampai hati, kalau saya tahu saya takkan makan

      Bawak daging arnab ke pasar tani pulak, berapa kerat je yang beli. Nak kata untung besar takde la...setakat balik modal je. Tapi ada jugak yang datang ke rumah beli arnab. Tapi untuk buat pet je... puas pulak la mak bapak aku cari kotak nak letak anak arnab yang comel tu... sampai tak cukup kotak orang dok beli anak dia. Diorang tahu kalau beli kat petshop mesti mahal...

      Ada jugak beberapa kali bapak aku buat kenduri pakai daging arnab...ramai taktau sebab ingatkan daging ayam! hahaha... tapi ramai yang cakap manis daging arnab...diorang ingatkan daging ayam.

      Dipendekkan cerita kandang arnab tu modified jadi tempat puyuh...baru lah masyuk...siap beli mesin proses (macam ayam tu)...dan beli peti sejuk besar lagi untuk simpan stok. Orang datang rumah cari daging puyuh..tambah pulak orang yang berniaga tom yam di gerai-gerai. hampir 3 - 4 ribu jugak bela puyuh...siap upah orang bersihkan kandang, proses dan packing..ta*k pulak boleh buat baja...laku ooo...letak kat ladang kelapa sawit... telur buat jual lagi...

      tapi skang takde dah la...

      Antara aku suka arnab ni :-
      -Kolestrol sangat rendah kalau nak dibanding dengan ayam. (Korang cuba goreng ayam, letak minyak dan tengok lepas goreng minyak tu tak luak sebab ayam tu sendiri banyak lemak. Kalau goreng arnab pulak lepas goreng minyak jadi sikit...sebab lemak tak banyak kat arnab.
      -Ta*k dia ni bulat-bulat dan bau taklah seteruk puyuh atau ayam...
      -Bulu dia ada jugak orang ambik buat key chain. Dulu bapak aku siap beli bahan kimia untuk awet kulit dia tu... lepas tu potong buat key chain
      -aku suka lagi rasa daging arnab ni rasanya lebih manis
    17. exinco
      exinco
      wo bagus hasrat si badruzamani ni, setakat ni sya belum pernah dengar ternakan arnab secara komersil.

      buka saja restauran daging arnab saya pasti mendapat sambutan yang memberangsangkan. tambahan lagi boleh letak harga mahal. pelanggan tak kisah sebab ini adalah special.
    18. kallam
      kallam
      bapak aku ader jugak bela arnab tapi disebabkan kos yang tinggi(dedak arnab (arnab makan kuat plak tuh)) maka tinggal 2 ekor jer skang yang lain sembelih buat sop :)
    19. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Sekarang tengah siapkan proposal untuk diberi pada CEO Agro Nature Sdn. Bhd.

      Ada sesiapa kat sini yang boleh bekalkan anak arnab (2 - 4 minggu) pada saya, tolong emelkan sebut harga pada saya.

      p/s - Doakan saya berjaya ya. :)

    Share This Page

Share This Page