1. Salam..

    Kini saya melancarkan fiverr versi malaysia di wangcyber.net.

    Saya mempelawa warga wangcyber yang mempunyai hobi,tips,skill dan E-book yang boleh digunakan untuk menjana wang dengan bersama-sama memeriahkan Jual Beli Online Terbaik Di Malaysia - WangCyber Market Place.

    Dismiss Notice

Surah Al-Waqiah Amalan Pemurah Rezeki

Discussion in 'Sembang Umum' started by putrawalk, Nov 8, 2011.

Share This Page

  1. putrawalk

    Newbie

    Joined:
    Jul 31, 2011
    Messages:
    132
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki
    Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

    Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah misalnya dapat menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh amalan doa juga perlu kerana doa adalah senjata orang mukmin.

    Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

    1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

    2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
    3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
    4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

    Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. abutalib

    Senior

    Joined:
    Dec 29, 2010
    Messages:
    4,053
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    Terima kasih TT kerana mengingatkan :)
     
  5. medicalcard2011

    freshman

    Joined:
    Nov 11, 2011
    Messages:
    18
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    jngn lupa almulk dan assajadah
     

ibeli4u

Share This Page