saya disahkan kencing manis..tolong!

Discussion in 'Health & Fitness' started by Hafiz Wasa, Dec 14, 2010.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Hafiz Wasa

    Super Senior

    Joined:
    Feb 24, 2008
    Messages:
    1,181
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    hai kawan-kawan,

    perkongsian sy pada kali adalah berdasarkan pengalaman saya menguruskan
    pesakit kencing manis di klinik kesihatan daerah..

    pertama sekali, jika anda didiagnose kencing manis sila jangan gelabah.
    kerana penyakit ini sebenarnya boleh dikawal dan boleh baik sebenarnya.

    Sebelum kita pergi lanjut, kita kena tahu apa itu kencing manis. disini saya
    terangkan secara ringkas sahaja ok..

    kencing manis berlaku apabila kandungan glukosa dalam badan kita terlalu tinggi.

    Kenapa kandungan glukosa menjadi tinggi dalam darah?

    Ini kerana glukosa dalam darah tidak dapat disimpan didalam sel badan yang
    sepatutnya. Jadi glukosa akan berlegar-legar didalam darah kita dan kesan ini boleh
    menjejaskan sistem badan yang lain.

    Kencing manis tergolong kepada 2 jenis iaitu:
    1) type 1 diabestes (kencing manis jenis 1)
    2) type 2 diabetes (kencing manis jenis 2)

    ok, kebanyakkan pesakit kening manis di Malaysia mengidap kencing manis jenis 2 sebanyak 80% (statistik 2005), jadi sy jelaskan mengenai kencing manis jenis 2 sahaja. untuk maklumat jenis 1, anda boleh google sendiri ya.

    Kencing manis jenis 2 terjadi apabila sensitiviti sel terhadap hormon insulin semakin berkurang.

    Apabila glukosa dalam darah tinggi, iuntuk mengembalikan paras glukosa menjadi normal, glukosa perlu disimpan didalam sel-sel badan.

    Tetapi, glukosa tidak boleh masuk sendiri atau sesuka hatinya kedalam sel-sel badan. Ia memerlukan kunci untuk membuka pintu sel. kunci inilah yang kita namakan insulin.

    bagi kes kencing manis, insulin ini tidak lagi boleh membuka pintu-pintu sel. sensitiviti insulin terhadap sel berkurang atau tiada langsung. Sel-sel sudah tidak lagi mempedulikan 'kehebatan' insulin....

    Jadi glukosa tidak dapat dibawa masuk kedalam sel dan kepekatannya semakin meningkat kedalam sel.

    dan disebabkan itu pesakit diabetes akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil.

    Ok, setakat ini saya harap anda faham bagaimana kencing manis terjadi...

    Jadi jika anda disahkan kencing manis, apa yang perlu anda buat?

    ada 3 perkara yang perlu anda buat...

    pertama, diet...jika memerlukan diet yang betul agar kandungan glukosa dalam badan tidak bertambah banyak.
    Jadi perbanyakkan makan serat dan stop makan nasi beras biasa. seeloknya makan beras perang seperti basmati.

    kedua, senaman...kajian menunjukkan untuk pesakit diabetes jenis 2 senaman dapat meningkatkan kadar sensitiviti insulin terhadap sel badan kita. Jadi glukosa dalam darah dan dalam sel akan seimbang.
    Tidak perlu senaman kuat-kuat. sekadar berjalan kaki selama 1 jam sudah memadai untuk dilakukan 3 kali seminggu.

    Ketiga, makan ubat dengan betul...ramai yang komplen ubat hospital tidak berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah...kenapa ia terjadi?
    sebabnya cara makan tidak betul..

    Ubat kencing manis tidak boleh diambil sesuka hati. ia ada peraturanya supaya kesan terapeutik ubat dapat tercapai secara optimum.

    contohnya, ubat jenis metformin, ia perlu diambil selepas makan...

    ubat jenis gliclazide atau glibenclamide, ia perlu diambil sejurus sebelum makan atau sejurus selepas makan.

    dan ubat jenis acarbose, ia perlu diambil bersama-sama makanan.

    Setiap ubat jenis tindakan mereka berbeza, jadi anda wajib mengambil mengikut jadual makan yang ditetapkan supaya mereka dapat bekerja secara baik.

    Jika ia perlu diambil 2 kali sehari maka anda perlu mengambilnya 2 kali sehari mengikut waktu yang betul. Jika biasa makan pukul 8 pagi dan 8 malam, teruskan jadual makan yang begitu. jangan pula esokkan harinya ambil 6 pagi dan 10 malam, jadi kesan ubat akan terganggu.

    Boleh tak jika saya ambil ubat hospital bersama herba?

    boleh tetapi dengan syarat anda perlu tahu bagaimana untuk kontrol kandungan gula dalam darah anda.

    Pastikan anda sentiasa cek kandungan gula dlm darah anda menggunakan alat glucometer.

    Bukan apa, saya takut herba berkenaan jika diambil bersama ubat hospital akan menurunkan dengan cepat kandungan gula dalam darah anda. jadi anda akan alami hypoglycemia (gula dalam darah berkurang)... dimana situasi ini boleh membawa kepada kegagalan jantung.

    Pastikan juga anda jarakkan waktu pengambilan herba bersama ubat hospital.

    TETAPI jika anda tidak tahu mengawal keadaan anda jika mengalami hypoglycemia, saya nasihatkan anda jangan mengambil herba. teruskan sahaja dengan ubat hospital.

    Diharapkan perkongsian ilmu saya yang tidak seberapa ini dapat memberi satu persepsi positif kepada anda yang mengidap kencing manis.
    Kencing manis bukan tidak boleh dirawat tetapi anda perlukan ilmu yang betul untuk merawat diri anda.

    Ada banyak kes saya temui pesakit yang baru disahkan diabetes kembali normal setelah mereka mengawal dengan baik kandungan gula dalam badan mereka. mereka hanya melakukan 3 perkara, diet yang betul...senaman yang konsisten ..dan..patuhi arahan ubat...InsyaAllah perkara perkara berkenaan dapat meningkatkan sensitiviti insulin terhadap sel badan...

    sekian terima kasih...
     
    • Like Like x 27
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Users found this page by searching for:

  1. diet betul kencing manis

    ,
  2. bagaimana mengawal diabetes pada usia muda

    ,
  3. baru disahkan kencing manis

    ,
  4. kesan makan ubat kencing manis