Sanggup bunuh diri gagal UPSR?

Discussion in 'Sembang Umum' started by abg_x, Nov 25, 2007.

By abg_x on Nov 25, 2007 at 10:04 PM
  1. abg_x

    abg_x
    uix_expand uix_collapse
    Active

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,982
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Salam sejahtera,

    Hari ini, saya ada terbaca di ruangan pembaca mengenai luahan seorang ibu di ahkbar The Star. Beliau seakan-akan amat terkejut dengan cara yang dilakukan oleh sekolah anak perempuannya yang menyambut kejayaan murid- murid di dalam peperiksaan UPSR. Sekolah yang dihadiri anak perempuannya itu mempunyai purata 50% pelajar "straight A's" pada tiap- tiap tahun. Tidak hairanlah dengan cara yang sedemikian, ada berlakunya kes murid yang membunuh diri kerana tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR.

    Pada hari keputusan peperiksaan dikeluarkan, pelajar- pelajar ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan kebanyakannya ditemani ibu bapa. Apabila sampai di sekolah, mereka akan dihimpunkan di dalam dewan. Pelajar- pelajar akan dipanggil nama mereka untuk ke depan dan mengambil keputusan peperiksaan. Para guru dan juga kakitangan sekolah pula berhimpun di atas pentas. Jadi, apabila seseorang pelajar tersebut dipanggil ke depan, dan membuka slip keputusan, mereka akan menaiki pentas dan diraikan dengan tepukan gemuruh jika mendapat "straight A's". Bagaimana pula dengan mereka yang gagal mendapat keputusan yang diimpikan tersebut? Anda boleh mendapatkan berita yang menyeluruh melalui "scan copy" yang saya kepilkan di www.aridztech.com/upsr/


    aridz
     
  2. Loading...


Sub-Categories: This article has no sub-categories

Share This Page

Comments

Discussion in 'Sembang Umum' started by abg_x, Nov 25, 2007.

    1. gee_harris
      gee_harris
      huh..tak petutla wat camtu kan..
    2. Han
      Han
      yela...
      kenapa sampai kena bunuh diri...
      padahal, UPSR bukan penting sangat di alam perkerjaan...
      tak berbaloi rasanya...
      tapi tak tahu lah...
      mungkin dia tertekan sangat kot...
      atau pun kalau dia tak bunuh diri, ayah dia yang bunuh...hehe

      han
    3. gee_harris
      gee_harris
      kemungkinan ibu bape dia marah sebab tak dpt keputusan yg baik,tapi dr ape yg gee baca di akhbar takdela teruk sangat keputusan dia..ok la tu..hmmm...macam2 sekarang ni kan..
    4. biznezprepaid
      biznezprepaid
      rasanya xpatut la nak bunuh diri pasal UPSR nie..tu belum lagi SPM lagi tu,..sebenarnya Hidup ini adalah peperiksaan itu sendiri..jangan kerana UPSR ada dah niat nak bunuh diri..Kehidupan lebih panjang lagi banyak lagi dugaan dan cabaran yanng harus dihadapi...

      Buat yang gagal takpe..gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya..

      Betul tak.>??
    5. gee_harris
    6. titaniumhijau
      titaniumhijau
      rilekla..aku failed addmath 2 tahun berturut kat sekolah asrama penuh. Masa SPM. Terus dapat 4B..terkejut beruk aku dibuatnya. Syukur..

      Aku rasa budak tu tak Gagal UPSR. Cuma result teruk je. KEcewa tak dapat 5A kot..
    7. budin
      budin
      mungkin tekanan dari pihak lain buatkan dia jadi camtu (bunuh diri). Sape tau kan?

      family problem ke..sape tau kan?

      family memainkan peranan jugak dalam benda2 macam ni..

      budak2 lagi, tak elok di'pressure' sgt..
    8. sky
      sky
      ya..saya rasa x perlulah sampai bunuh diri..hanya orang yang tiada agama sahaja bunuh diri nih..ermm
    9. Azree Hanifiah
      Azree Hanifiah
      Tu tensen punya pasal la tu.. Bayangkan dia dapat 4B tapi dalam media asyik duk kata bilangan dapat 5A meningkat dan berlebih-lebih. Ibu bapa tensen dan dia pun tertekan. Mungkin je la...

      Tapi saya pun selalu gak dapat result teruk. Kena tekan dek parents. Tapi buat rileks je la..
    10. najibasaddok
      najibasaddok
      Ishh..Bahaya tul budak2 skang ni. Dulu masa aku kat u pun pernah jugak dengar budak pompuan cina gantung diri kat locker. Ngeri gak bila lalu malam2 tu. Tapi skang ni kerajaan kena ambil langkah gak supaya bunuh diri jadi budaya plak mcm kat Jepun tu. Negara makin maju, tapi bunih diri pun makin meningkat
    11. mijie
      mijie
      ala..ramai lagi orang yg tak cemerlang dlm pelajaran, tp boleh jadi org habat,kaya raya dan sebagainya, memang tidak di nafikan pelajaran itu penting, tp jgn terlalu meletakkan kepada kecemerlangan dalam pelajaran semata-mata..tanpa mempedulikan kecemerlangan dlm segi akhlak sikap dan sebagainnya...

    Share This Page

Share This Page