31/12/2015

Rumah BERHANTU di Shah Alam...

Discussion in 'Lucu & Lawak' started by Cikgu Umi, Apr 19, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Cikgu Umi

    Cikgu Umi
    Expand Collapse
    freshman

    Joined:
    Apr 10, 2011
    Messages:
    99
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Salam sejahtera kepada semua warga WC.. :)

    Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang ‘Rumah-rumah di Shah Alam’.... RUMAH BERHANTU, bukan rumah berhantu yang masuk kat funfair tu, tapi ini adalah realiti..


    Bukan niat untuk menakutkan... tapi sekadar ingin berkongsi dengan anda semua.


    Banglo kayangan seksyen 12 Shah Alam​


    [​IMG]

    Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan, terletak di seksyen 12 Shah Alam. Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey, tapi maaf, saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape empunya rumah ni. Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie. Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar, orang gaji mati kat dapur, ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.

    Yang saya tahu rumah ni la dimana seorang ahli seekers maut sewaktu menjalani pengembaran dulu, tetapi ramai yang tidak tahu mengenainya.



    Rumah Sek 2 Shah Alam​


    [​IMG]

    Ok, tentang rumah ini pula, ia terletak di seksyen 2 Shah Alam, cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM ( KLIK DISINI ). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah ini waktu hari pertama duduk dirumah tu ( kisah benar ). Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat.. ( Cuba anda fikir apa yang tersirat disebalik alasan tu... ).


    Rumah tepi SIRIM Sek 2 Shah Alam​


    [​IMG]

    Haa.. yg ini pulak, penghuni original (chinese family) duduk rumah ni sekitar lewat 70s, lepas tu ada tragedi yg berlaku, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepas satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik di kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, diorang duduk ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yang kena pindahkan ke tempat lain, bila start 11.00 pm onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepas tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takde org kat dalam tu, dinasihatkan kalau nak pergi tengok tempat ni jangan la pegi malam, sebab ramai pegi malam balik rumah demam, ia BENAR !



    Kalau anda nak tahu, Seksyen 2, Seksyen 1(UiTM), Tasik, Kompleks PKNS adalah penempatan dan pembangunan yang paling awal kat shah alam ni, bermula naik dengan ITM awal 1970an, Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia, dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut, Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau. So anda faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea ??

    Dan yang paling penting, selalu mengingati Pencipta kita, kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.


    P/S : Saya pernah lalu dirumah banglo kayangan sek 12 tu pada pukul 8 malam, serius memang seram tak semena-mena, lain macam sangat masa melintasi rumah tu dan tak berani nak toleh. Anda berani ??? cuba la pergi....







     
    #1 Cikgu Umi, Apr 19, 2011
    Last edited: Apr 19, 2011
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.