Rahsia murah rezeki

Discussion in 'Motivasi & Inspirasi' started by Mohd Firdaus, Mar 25, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Mohd Firdaus

    freshman

    Joined:
    Oct 30, 2010
    Messages:
    187
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Salam ceria daripada saya kepada semua warga WC...

    Anda sihat hari ini? diharapkan sihat dan ceria sentiasa jikalau anda ceria gembira lakarkan senyuman macam ini :D

    Ok apa yang saya ingin kongsikan dengan anda sekarang ini ialah, saya ingin mengupas Rahsia murah rezeki bagi orang yang berniaga sendiri ataupun bekerja di gedung perniagaan...

    Mungkin dah ramai yang tahu tetapi ianya tidak diprektikkan kerana 1001 alasan yang ada dalam fikiran...apa yang diharapkan selepas anda tahu anda lakukan supaya anda lebih sukses ok...

    Baiklah panjang lebar pulak jom saya huraikan satu persatu...

    1) Setiap pagi seblum anda mulakan sesuatu kerja, anda solat dhuha 2 rakaat (sekurang-kurannya) yang terbaik 8 rakaat sebaik-baiknya dilakukan 2 rakaat 1 salam.
    Kelebihan : Kebanyakkan orang tidak sempat nak lakukan solat ini, kerana kurang pendedahan tentang kelebihannya...bayangkan di waktu pagi yang tenang ada seorang hamba Allah tengah bersolat sedangkan waktu itu ramai orang sedang sibuk dengan urusan masing-masing...solat dhuha ini mampu membuka pintu rezeki yang luas dan di rahmati OlehNya....diharapkan lakukan walaupun 2 rakaat...

    2) Setiap pagi pasang CD mengaji Al-Quran selama 30 minit sehingga 1 jam. sebab apa? dengan memasang bacaan Al-Quran dapat membuka pintu rezeki perniagaan anda....
    A'ah tegok Mydin setiap pagi mesti pasang Bacaan Al-Quran selepas 1 jam barulah ia tukar yang lain....kenapa anda tidak prektikan @ tiru cara Mydin buat.....

    3) Banyakkan sedekah pasti pintu rezeki anda terbuka....apa yang saya lihat bila seseorang memiliki perniagaan yang besar @ kaya payah sikit dia orang nak bersedekah kenapa? takut harta yang dikumpul habis? ataupun takut lambat jadi jutawan....? ingat setiap kali anda bersedekah pintu rezeki anda akan terbuka.....

    4) Pergi menuanikan Haji @ umrah....mai saya citer sikit kelebihan selepas pulang daripada umrah?
    rezeki abang ipar saya terbuka luas selepas pulang mengejarkan umrah di Tanah Suci....so sesiapa yang mampu mengejarkan umrah pergilah dengan ikhlas ok...

    5) Banyakkan berdoa dan memohon pada Yang Maha Esa supaya dibukan pintu rezeki setiap masa ok..... ops satu lagi ini amat penting basahkan lidah anda dengan zikir kepada Yang Maha Esa....

    Salam perkongsian daripada saya Md Firdaus
    Diharapkan apa yang bermanfaat kita ambil sebagai amalan...
    Sekiranya ada kekurangan itu datang dalam diri saya yang lemah ini, apa yang lebih dan yang terbaik daripada Allah yang Maha berkuasa....
     
    • Like Like x 27
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.