31/12/2015

Perkara PENTING yg perlu tau sebelum beli Laptop@PC

Discussion in 'Tips & Panduan' started by faquhar, Sep 10, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. faquhar

    faquhar
    Expand Collapse
    Senior

    Joined:
    Mar 29, 2009
    Messages:
    216
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Salam semua,

    hari ni saya nak membincangkan mengenai perkara penting sewaktu pembelian Laptop. Sedikit ilmu yang saya dapat sepanjang bekerja di Dell Penang.

    Sekarang ni PC/Laptop dah semakin murah. Kalau RM 1000 Lebih pun dah boleh dapat satu.
    Sebelum anda ingin membeli PC/Laptop saya nak bagi sedikit tips mengenai beberapa benda yang penting dan mustahak untuk di kongsikan bersama anda.

    1. Waktu nak beli Laptop mula-mula tengok harga. Selalunya untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak di sertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun Selalunya akan bg Operating system yang Starter Edition. Kalau harga RM 1700 dan keatas selalunya laptop tu akan di sertakan dgn Original Operating System.

      Tips Penting:- Kalau nak check laptop anda guna Original OS boleh tengok di bahagian bawah laptop. ada tak COA (Certificate of Authenticity) dr Microsoft

    2. Yang ke 2, Boleh lihat di bahagian Processor. Untuk model terbaru Processor Model Intel ialah Intel i3, Intel i 5, dan Intel i7. Yang paling laju sekali ialah Intel i 7(waktu ni processor paling pantas sekali kat dunia). Harga i7 ni pun Mahal.

    3. Yang ketiga, boleh tengok di bahagian Hard Drive (Tempat penyimpanan data bg laptop dan PC anda).
      Sekarang ni standard Hardrive 320GB/500GB/ 640GB ada juga Hardrive yang 1TB/1.5TB dan 2TB. Kelajuan standard bg Hardrive laptop ni selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Kat laptop tu xtulis RPM Hardrive berapa, boleh tanya kat Tauke kedai tu RPM HD dia berapa. Kadang-kadang dorang pun xtau menahu langsung pasal kelajuan HD ni. Selain tu ada jugak HD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM makin laju dan mahal harga Hardrive tu. Buat masa sekarang ni Hardrive yang terlaju sekali kalau tak silap SSD (Solid State Drive) Aliran data 3GB/sc Hardrive mencecah ribuan ringgit (SSD 256 GB =RM 1 800). SSD ni mmg pantas. Duit pun pantas :-bd .


      Antara pengeluar Hardrive yang terkenal kat dunia ni, Western Digital, Seagate, Intel, Hitachi, Samsung.
      tips penting :-Kalau korang nak beli Hardrive yang berkualiti, antara Western Digital @Seagate, Sy syorkan Pilih Seagate.

    4. Yang keempat, tengok Jumlah RAM/DIMM. Selalunya RAM 2gb dah cukup untuk Laptop yang guna OS Window 7, Kalau nak bg laju boleh tambah 4-8GB RAM. Nanti semakin lajulah Laptop/PC anda. Untuk Maklumat anda, Sekarang ni kita dah pakai RAM DDR 3. Kalau 4 tahun lepas kita Pakai DDR2.

    5. Yang Kelima tengok Grafik Kad.
      Fungsi Graphic Card ni nak bagi Laptop kita lancar waktu kita tengok video@ main game. Takdela nak sekat2 dan lag. Kualiti Gambar dan warna dalam laptop pun lebih cantik kalau laptop kita ada grafik card.

      Pengeluar Graphic Card yang terkenal sekarang ni, NVidia dengan ATI AMD.
      Graphic Card ni pun ada 1GB, 1.5 GB,2GB yang (6GB pun ada harga mmg amat mahal.)

      Tak semua laptop yang menyediakan Graphic Card. Kalau kita beli laptop yang harga dalam RM 1700 Kebawah kemungkinan laptop kita tak di lengkapi Graphic Card. Kalau ada pun mungkin kurang dari 1GB Graphic Card. Kalau laptop RM 2000 Keatas, mmg boleh dpt Graphic Card 1@2gb.
      tips penting:- Processor Intel 2nd Generation macam i3, i5, i7 dah graphic card dah tersedia dibina dalam. (ready built-in) jadi anda tak perlu nak tambah graphic card lg.
    6. Lain-lain komponen yang perlu anda tau.

      DVD RW. Sekarang ni standard laptop/PC semua dah guna DVD RW.Kegunaannya, nak tengok CD/DVD,BURN dan install software dll.[/B]

      USB (Universal Serial Bus). Sekarang ni dah ada teknologi USB terbaru. Namanya USB 3.0 Di tingkatkan dari USB 2.0 Sebelum ni, kalau tak silap 10X lebih pantas dari USB sebelum ni. Kegunaan USB. Nak transfer Data Pendrive, Cucuk Broadband, Handphone dll.

      Tips Penting :- Kalau nak kenal USB 3.0 ni senang Jer. Kalau USB port biasa (USB 2.0) kita nampak warna hitam. Tp USB 3.0 ni warna biru. Kalau beli laptop tu tengok je kat lubang tepi tu ada warna hitam@ biru.


      Wireless, Audio/Mic Port dan lain2. Ini anda tak perlu risau, semua laptop mmg ada benda ni.


      Last Sekali,

      Bateri Laptop.
      Sekarang ni standard bateri laptop dah 6cell. Jangkamasa tahan tu paling lama 2Jam. Bergantung kepada keadaan guna dan lain2. Kalau layan lagu dan main game, mmgla bateri cepat habis. ;) Ada jugak laptop yang mempunyai bateri 9 cell. yang ni lagi tahan lama boleh sampai 3-4 jam.

      Tips Penting:- Bila mula-mula dah beli laptop tu, sampai rumah cas bateri laptop sampai 8jam. kalau nak guna laptop sampai berjam-jam di rumah seeloknya keluarkankan bateri laptop, dan pasang power supply sahaja. Kalau nak keluar contohnya pergi study group di library@ pergi ofis boleh pasang semua bateri tu. Semua ni untuk meningkatkan daya tahan bateri tu. lagipun kita nak pakai lama. Guna untuk keadaan dan masa yang sesuai.

      begitulah tips2 yang saya nak share dengan kawan2 di wang cyber, Saya harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu dalam membeli pc/laptop anda.


     
    • Like Like x 5
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Users found this page by searching for:

  1. nak beli laptop apa yang perlu kita check

    ,
  2. perkara asas perlu tahu sebelum beli cpu

    ,
  3. kedai laptop di mines