Perihal Untung Rugi dan ROI Dalam Bisnes Internet

Discussion in 'Tips & Panduan' started by matieu, Jul 21, 2011.

By matieu on Jul 21, 2011 at 1:22 AM
  1. matieu

    matieu
    uix_expand uix_collapse
    Senior

    Joined:
    Feb 1, 2006
    Messages:
    427
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Hi saya matieu magic, dan anda tidak kenal saya kerana saya bukan otai atau petai. Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi ilmu yang saya dapat hasil menghadiri kursus yang bertajuk "Keusahawanan Dalam Pendidikan". Hari ini adalah hari ke 3, dan esok adalah hari ke 4 dan terakhir.



    Sepanjang dua hari pertama kursus ini, para peserta diberi pendedahan mengenai antara lain bagaimana mendaftarkan perniagaan, bagaimana menghasilkan sebuah rancangan perniagaan, bagaimana mengira kos projek bisnes sepanjang 2 tahun beroperasi, bagaimana mengira untung rugi dan pulangan keatas pelaburan(ROI) dan bagaimana menentukan jumlah pinjaman modal yang diperlukan. Kursus ini lebih banyak fokus kepada bisnes secara offline yang memerlukan pembelian stok, dan perlukan premis perniagaan.



    Semasa kursus tersebut, saya banyak berfikir dan cuba membandingkan bisnes offline dengan bisnes internet. Saya juga mendapat banyak idea bagaimana konsep penulisan rancangan perniagaan yang biasanya diamalkan oleh hampir 100% bisnes offline, boleh digunakan untuk membuat rancangan perniagaan bagi bisnes internet.



    Saya kira, ini adalah konsep yang belum dibincangkan dengan lebih lanjut oleh mana-mana ahli bisnes internet yang telah lama berkecimpung dalam bidang ni.



    Kenapa saya berkata demikian, kerana sampai hari ini, saya percaya masih RAMAI mereka yang ingin berjinak-jinak dengan bisnes internet, malah ada juga segelintir ahli bisnes internet yang seringkali mencanangkan bahawa bisnes internet boleh dilakukan TANPA MODAL.



    Ini kerana ramai yang kata bisnes internet tak perlu modal sebab kita boleh menyertai program affiliate dan mempromosinya secara percuma. Apa yang kita perlukan hanyalah masa yang terluang untuk buat website sendiri, blog sendiri dan backlink tanpa keluar sesen pun.




    PART 1 - BISNES INTERNET PERLUKAN MODAL



    Tapi, sebenarnya, jika anda betul2 serius ingin buat bisnes internet, anda akan tahu sebentar lagi kenapa sesebuah bisnes memerlukan modal.


    Walaupun setakat cuba2, anda tetap memerlukan modal... dan jika anda serius ingin menceburi bisnes internet, anda sangat-sangat perlu faham bahawa bisnes internet ini sebenarnya memang memerlukan MODAL AWAL dan lebih-lebih lagi MODAL PUSINGAN. Kenapa memerlukan modal awal dan modal pusingan?



    Ini kerana untuk memulakan sebarang bisnes, termasuk bisnes internet, anda memerlukan kos pra-operasi. Dan jika anda bercadang untuk memastikan bisnes internet anda berjalan setiap bulan, maka sudah tentu anda memerlukan kos operasi bulanan.


    Kos Pra-Operasi


    1. Pendaftaran bisnes internet di SSM (di sarawak LHDN, di Sabah Majlis Daerah)
    2. Beli laptop/komputer
    3. Beli Modem
    4. Kos pemasangan talian telefon dan streamyx
    5. Kos upah orang buat website/blog (jika anda tak reti buat sendiri)




    Kos Operasi Bulanan


    1. Bil Talian Streamyx
    2. Bil Elektrik


    Ya, dua perkara ini merupakan kos, walaupun kecil, tapi ianya tetap merupakan kos yang penting. Kita akan lihat kenapa ini penting dalam pengiraan TITIK PULANG MODAL, ALIRAN TUNAI dan UNTUNG RUGI dan ROI bagi bisnes internet anda.


    adeh penat..


    ok next time sambung part 2, di mana saya akan kongsikan bagaimana nak kira TITIK PULANG MODAL bagi bisnes internet anda.

    Sampai jumpa lagi!

    - Matieu Magic
     
    • Like Like x 4
  2. Loading...


Sub-Categories: This article has no sub-categories

Share This Page

Comments

Discussion in 'Tips & Panduan' started by matieu, Jul 21, 2011.

    1. Hairul WC
      Hairul WC
      tq bro atas info tu..
      saya pun sama gak bukan petai atau otai..
      pada saya kita semua sama je.. cari makan.. cari rezeki halal...

      saya suka pandangan bro.. mmg rancangan atau strategi bisnes offline boleh diaplikasikan ke dalam bisnes online.. begitu juga sebaliknya... yg penting kita perlu memahami konsepnya dan objektif sebenarnya..... teruskan berfikir bro dan kongsi dengan kami yg tengah cari makan dan cari rezeki halal...he.he.he
    2. meezwan
      meezwan
      memang betul bisnes online memang memerlukan modal. Yuran bulanan untuk yang langgan autoresponder, jadi membership dan sebagainya..yuran tahunan untuk domain & hosting.
    3. Rushaidin
      Rushaidin
      Terima kasih TT, perkongsian ilmu yg menarik...

      Tak sabar nk tunggu part 2... :D
    4. Irham Dhani
      Irham Dhani
      thanks bro,info yg amat2 sy perlukan. teruskan berkongsi :)

      btw, korang ade tak software utk record detail2 camni?atau just guna excel jek?sbb cam aku ni mls skit nak menulis kat kertas utk simpan rekod2 camni haha :D

    Share This Page

Share This Page