31/12/2015

Penipuan Tawaran Bekerja di rumah perlu di kawal

Discussion in 'Sembang Umum' started by Badruzamani Bin Azmi, Sep 26, 2006.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Badruzamani Bin Azmi

    Badruzamani Bin Azmi
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Jul 28, 2006
    Messages:
    772
    Likes Received:
    8
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +8 / 0 / -0
    Penipuan tawaran bekerja di rumah kini semakin berleluasa. Ia seperti tidak dikawal. Mangsa penipuan ini dibiarkan mencari jalan penyelesaian sendiri walaupun pihak berkuasa menyedari penipuan seperti itu berlaku dengan sewenang-wenangnya. Tetapi, malangnya pihak berkuasa bersikap acuh tak acuh.
    Mangsa - mangsa penipuan ini selalunya merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KHDN&HEP) bagi mendapatkan ganti rugi. Bagaimanapun ia bukanlah suatu perkara mudah kerana pihak yang melakukannya penipuan itu berselindung dengan pelbagai cara. Antaranya melalui nombor Peti Surat yang kebiasaannya menggunakan alamat yang tidak betul.
    Adalah tidak terdapat undang - undang di negara yang boleh dikuatkuasakan untuk membawa pihak yang melakukan penipuan seperti ini ke muka pengadilan? Penipuan yang bersifat komplot ini merupakan kes penipuan secara jelas yang terletak di bawah bidang kuasa Polis, yang menguatkuasakan Kanun Keseksaan.
    BUKTI
    Pihak Polis selalu menyatakan mereka memerlukan Laporan Maklumat Pertama (FIR) untuk memulakan siasatan. Walaupun KPDN&HEP mempunyai bukti sepenuhnya penipuan sebegitu, tetapi ia tidak mempunyai kuasa undang - undang yang boleh digunakan pada bila - bila masa untuk menanganinya, kesemua aduan yang diterima mengenai isu itu perlulah dirujuk kepada pihak polis terlebih dahulu. Pihak polis tentunya mempunyai kuasa untuk mengesan pihak yang melakukan penipuan itu menerusi nombor Peti Surat yang diberikan dan dalam setengah kes, nombor akaun bank di mana mangsa perlu memasukkan wang pendaftaran, perjanjian, tentulah boleh dikesan.
    Salah satu penipuan ini seperti menyamar sebagai "Sumber Pekerja di rumah" di Worldnet System, No. Pendaftaran : 001524442-M, Peti Surat 10158, 50709 Kuala Lumpur.
    Ia memasukkan iklan kecil dalam akhbar harian yang meminta orang yang berminat menghantar SMS kepada 012 - 2581318. "Borang Pendaftaran" akan di hantar kepada orang berkenaan, untuk di isi dan diserahkan dengan kiriman wang, cek atau wang pos bernilai RM85.00, yang dibayar kepada syarikat itu. Syarikat itu kemudiannya mengirimkan surat tahniah kepada orang berkenaan , dan meminta RM250 diserahkan bersama "Permohonan Pendaftaran Lesen" yang dilampirkan.
    Ini adalah bentuk cara "bekerja di rumah" yang diberikan kepada mangsa. Apa yang boleh kita anggap sebagai penipuan ialah mereka telah mengambil RM335.00 dalam beberapa minggu. Apakah penipuan cara ini dengan adanya nombor peti surat dan nombor akaun, pihak berkuasa menyatakan mereka tidak dapat berbuat apa -apa untuk menghentikannya?
    ADUAN
    Jika sesebuah kementerian atau jabatan mendapati sesuatu aduan itu bukan di bawah bidang kuasanya, maka ia seharusnya merujuk aduan itu kepada kementerian atau jabatan yang sepatutnya dan bukannya menutup kes aduan tersebut.
    Kerajaan seharusnya sedar dan mestilah bertindak melalui kementerian - kementerian serta jabatan - jabatan lain supaya berganding bahu untuk menghentikan aktiviti - aktiviti haram seperti penipuan bekerja di rumah ini.
    Skim bekerja di rumah sebenarnya (jika ada) perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada KPDN & HEP dan hanya dengan kelulusan ini seharusnya pihak akhbar menyiarkan iklannya, dan dengan alamat jalan serta nama sebenar yang lengkap dan nombor orang berkenaan untuk dihubungi.
    Pihak kerajaan juga harus peka terhadap gejala ini dan mengarahkan pihak - pihak penguatkuasaan bekerjasama di antara satu sama lain untuk mengambil tindakan bagi membanterasnya.
    Jika tiada jalan penyelesaian ditemui untuk menghentikan penipuan yang sudah menjadi seperti satu pakatan atau komplot, pihak kerajaan perlu mengharamkan semua perniagaan bekerja di rumah.

    Di petik dari : Suara CAP, Utusan Pengguna Sept-Okt 2006

    p/s - Akibat tempias dari manusia - manusia yang tidak bertanggungjawab ini, mungkin ramai usahawan yang jujur membuat dan baru nak mula bisnes online, akan hadapi masalah kalau pelbagai prosedur / lesen / sebagainya diperkenalkan. Jadi, mari kita bincangkan apa kaedah / cara yang terbaik di mana situasi menang - menang supaya 'ikan bilis' yang tiada modal ni boleh cari makan. Hanya satu pandangan.
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.