31/12/2015

Peninggalan Sejarah 3 000 Tahun di Tambun

Discussion in 'Sembang Umum' started by alfirus, Sep 15, 2008.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. alfirus

    alfirus
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Jul 24, 2006
    Messages:
    1,019
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Semalam aku dan 2 orang staff Lost World of Tambun (Mazian dan Abg Saleh) keluar untuk merakamkan beberapa video untuk di masukkan ke dalam corporate video Lost World of Tambun. Video yang kami ingin rakamkan ialah berberapa bahagian Bandar Ipoh, jalan untuk ke Lost World of Tambun, dan peninggalan sejarah selama 3 000+ tahun di Tambun.

    Untuk pengetahuan korang, di Perak, ini lah satu – satunya peninggalan sejarah zaman Neolitik di dalam bentuk visual. Sejarah ini amat penting bagi menyokong cerita bahawa pada zaman Neolitik, terdapatnya satu puak bertamadun di Tambun seperti yang aku buat didalam Teasernya.

    Aku pernah tertengok gambar pasal sejarah nie, tapi lupa dimana. Kami cuba mencari tempat tersebut. Memula kami ingatkan ia di dalam tokong yang berhampiran dengan Lost World of Tambun. Kami mendaki la bukit tokong tuh dengan tangga sampai mengeletar lutut. Tapi keadaan gua tuh bukan seperti yang aku tengok di dalam gambar. Jadi aku cuba lah tanya pada member aku, Siren. Dier pun kurang pasti, tapi katenyer di belakang kem. Nak masuk ikut belakang stesyen minyak di flyover Tambun.

    Kami pun cuba lah menjejakinya dan salah masuk plak hingga ke kuil hindu. Aku bertanya pada orang di kuil tuh dimana tempat yang kami cari.

    “Oooo.. itu tempat.. you keluar balik sampai pokok besar sana, situ you Nampak itu tembok. You masuk ikut sebelah tembok tu…”

    Tempat pintu masuk tuh tak seperti yang aku jangka. Sangatlah seperti terabai. Pintu masuk tuh menuju ke ladang kuda dan kami menyusuri di kaki bukit sehingga lah sampai di penghujung ladang kuda tersebut. Aku cuba bertanya pada orang yang menjaga kuda di tempat tuh

    “hi… can I know where is the historical place near here. It is about some painting at a wall…”

    “anwar…” (sambil menunjuk ke kawasan perumahan)

    “no.. no… ada lukisan sejarah kami mau cari”

    “ya.. ya.. anwar….”

    Huh… tak paham bahasa pulak mamat Bangle ke Nepal nie… aku pun nekad lah melangkah pintu pagar separas pinggan di hujung ladang kuda tuh. Perjalanan sangatlah becak. Kami hamper putus asa untuk meneruskan perjalanan sebab tak pasti di mana ia berada. Kemudian aku cuba pergi ke pagar kem dan melihat lebih jauh di hujung kaki bukit tersebut. Aku Nampak macam ada kawasan berpagar dengan satu papan tanda

    “Bang Saleh.. sane!!”

    Memang ternyata benar itulah tempatnya. Ikuti hasil penemuan kami yang hamper di lupai oleh penduduk Malaysia di tanah Tambun ini.

    Untuk video dan lokasi boleh rujuk kat Alfirus Blog Archive Peninggalan Sejarah 3 000 Tahun di Tambun
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.