31/12/2015

Pengalaman Pahitku kat Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna

Discussion in 'Perniagaan Internet' started by alan, Mar 12, 2009.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. alan

    alan
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Aug 20, 2008
    Messages:
    7,493
    Likes Received:
    9
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +9 / 0 / -0
    Adakah ANDA pernah di Tipu?

    Jika YA, Apakah Perasaan Anda?

    Paling penting, Apa yang Anda Buat Selepas itu? Berdiam je atau Lawan Balik?


    Saya ada mengikut satu seminar “Jana Wang Online Super Hebat XXXX” pada tahun lepas di KL. Seminar dianjurkan oleh seorang Guru yang baru.

    Biasalah bila dia cerita kisah dia:
    -saya gagal jana wang
    -hutang bertambah
    -kena mintak tolong saudara, orang lain.
    -dah nak give up...
    -...........
    -...........bla...bla...bla...

    -TAPI pada satu hari saya terjumpa satu "lubuk rahsia"
    -hidup dah cerah
    -Income lebih $20k satu bulan..sampai bank account dah penuh..
    -Saya ingin membantu ANDA(sila daftar seminar saya) kalau nak tahu rahsianya......
    -letak Income screen shoot
    -offer Money back Guarantee
    -Daftar sekarang sebab ada limited bonus

    Bila saya baca buku Ewian Chia yg terbaru pun lebih kurang macam tu jugak kisahnya….dia copy Ewin Chia atau Ewin chia copy dia? …em…tak tahu-lah

    Di dalam seminar preview adalah diterangkan apa kelebihan affiliate niche marketing, kenapa anda perlu buat bisnes Online sekarang, bagaimana anda CUMA guna 1 jam sehari boleh jana pendapatan 5 angka!, ikut formula saya yang mudah & ramai dah Berjaya, beli kereta/rumah besar,berhenti kerja(tak perlu lihat muka Boss), kerja kat rumah, tak jumpa difficult customer etc.

    Sales Preview talk tu memang menjanji Syurga….senang je...ikut je formula saya yg "PROVEN"

    Saya masih tak pasti selepas preview
    sebab nama Guru ni macam tak pernah dengar je….apa lagi terus hantar e-mail

    Tanya beberapa soalan macam:
    1. apa kos lain selain drp yuran seminar rm2,000
    2. Ada upsales program selepas ni
    3. Ada Money back guarantee kalau tak puas hati..

    Jawapannya
    1. +Rm350 utk running cost,etc
    2. Tak de
    3. Memang Ada Money back guarantee for whatever reason(dengan cap Mohornya Certificate yg BESAR2)


    Utk pendekkan cerita…..saya attend & rupanya indah khabar drp rupa & mintak Money back guarantee
    Tapi……ditolak dgn pelbagai alasan….


    Apa lagi …bukan panic lagi…tak tahu buat apa…..terbang rm2,000 aku…. :-(

    Bila cerita kat kawan….dia nasihat supaya buat laporan kat Polis....Bila chk lagi...ada yang nasihatkan lagi bagus laporkan kat Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna

    Apa lagi , terus mintak cuti tak berbayar, terus ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna. Lepas buat report bayar rm5 utk yuran pendengaran…..

    Memang kira frust masa tu...terus buka thread - Semua e-book adalah Tipu!

    selepas satu bulan.....

    Hari ini adalah hari pendengaran…

    Akan bersambung utk perkembangan terbaru….......(kes ini masih dlm process pendengaran)

    Bila saya bertanyakan rakan seminar saya En.Axxx, dia cakap pun dia dah give up & tak buat lagi. Sekarang Guru tu Upsales dia program lain lagi….mana dia tak frust…

    Tujuan thread bukanlah utk memusnahkan periuk nasi mana2 penganjur seminar/e-book & hanya ambil iktibar drp pengalaman saya

    Saya mengaku memang Daif sebab cepat mempercayai orang lain & masih baru lagi dlm IM ni

    • Apa yang saya kecewa ialah Guru patut berpegang teguh kpd product mereka…jika ada alasan yg valid sila pulang wang seperti yg dijanji…bukan bila mintak Money back guarantee banyaklah alasan dia..keluar semua T&C..macam kes ni sampai kena pergi mahkamah pulak …

    • Jana wang online bukan senang seperti apa yg dicerita kat Sales Preview tu……saya memang Salute Guru ni sampai boleh sign up 10 orang dlm satu preview.....Tapi kalau guna Gimmick hanya akan bagi wrong expectation je,,,,,mana tak susah…..

    • Sila sedari hak anda sebagai Pengguna!

    Namun saya masih belum berputus asa utk Jana Wang melalui Online/Internet....Bukan Senang TETAPI tak Mustahil
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.