Panduan Undang-Undang Siber

Discussion in 'Tips & Panduan' started by adiputra, Apr 5, 2007.

By adiputra on Apr 5, 2007 at 2:59 PM
  1. adiputra

    Senior

    Joined:
    Aug 7, 2006
    Messages:
    347
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Saya rasa faktor undang undang adalah yang paling penting dan perlu diketahui oleh usahawan siber. Jadi kalau ada maklumat sama sama kita pakat kongsi bersama


    Jenayah Siber Terhadap Harta Benda

    Jenayah Siber Terhadap Manusia
    CURI

    1) Maklumat
    Senarai, rekod, email peribadi

    2) Harta
    Memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain

    3) Perkhidmatan
    Capaian tanpa kuasa di laman web berbayar

    PENIPUAN

    Multilevel marketing/sistem piramid, peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, tawaran pekerjaan

    PEMALSUAN

    Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web

    KHIANAT

    -Vandalisma siber: meminda laman web umum

    -Pencerobohan siber : ceroboh laman web persendirian yang perlu guna kata laluan.

    -Menyebarkan virus
    -Pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah
    -Gangguan Siber (cyber-harrasment)
    -Pencerobohan Siber
    - Memecah masuk ke laman web
    - Memecah masuk ke komputer persendirian

    Keganasan siber

    Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu.
    Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997
    Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000
    Tujuan:
    - Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian.

    Ringkasan Diskripsi Kesalahan

    Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.

    Denda
    Tidak melebihi RM 50,000.00 atau
    penjara 5 tahun atau
    kedua-duanya sekali

    Ringkasan Diskripsi Kesalahan
    Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang
    menyebabkan kecederaan


    Denda
    Tidak melebihi RM 150,000.00 atau
    penjara 10 tahun atau
    kedua-duanya sekali

    Ringkasan Diskripsi Kesalahan
    Pengubahsuaian tanpa kuas kandungan mana-mana komputer.

    Denda
    Tidak melebihi RM 100,000.00 atau
    penjara 7 tahun atau
    kedua-duanya sekali

    Ringkasan Diskripsi Kesalahan
    Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam
    komputer di bawah kawalan disifatkan telah
    memperolehi capaian tanpa kuasa


    Denda
    (sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

    Akta ini digunakan terhadap sesiapa tanpa mengira kewargenaraan seseorang. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira samaada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.
     
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Tips & Panduan' started by adiputra, Apr 5, 2007.

    1. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      1. Macam mana kalau nak dakwa mereka yang terbabit?
      2. Di mana nak mengadu kalau kes di atas berlaku pada kita?
      3. Apa bukti yang perlu ada?
      4. Adakah individu yang mendakwa perlu tubuh syarikat?
      5. mahkamah mana yang terlibat

      Terima kasih adiputra kerana berkongsi dengan ahli forum. :)
    2. M.Azhar
      M.Azhar
      Adiputra, dari mana awk dpt Akta ni?.. ada url? :)
    3. adiputra
      adiputra
      www.msc.com.my/cyberlaws/

      First sekiranya anda mendapati hak anda selaku internet marketer dicabuli anda boleh:-

      1- Membuat laporan polis,Pihak polis akan menjalankan siasatan untuk dibawa ke pejabat pendakwaraya.

      2- Menghubungi Niser,www.niser.org.my

      Hak anda dilindungi...dan juga jangan melanggar kalau tak mahu masuk penjara
    4. Don
      Don
      Betul tu adiputra, lagipun PDRM ada wujudkan unit pencegahan jenayah cyber (Bukit Aman Cyber Crime Unit), Memang tak leh lepas punyer penjenayah-2 nih...

      Lagi satu kerjasama dari kita pun penting jugak dalam membenteras jenayah siber ni.. tanpa sokongan masyarakat benda ni tak dapat kita hapuskan...
    5. sazkul
      sazkul
      Saya setuju....

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. denda jenayah siber