panduan Beli kereta Recond

Discussion in 'Sembang Umum' started by Hafiz Wasa, Oct 16, 2009.

By Hafiz Wasa on Oct 16, 2009 at 4:40 PM
  1. Hafiz Wasa

    Super Senior

    Joined:
    Feb 24, 2008
    Messages:
    1,181
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    Assalamualaikum..

    saja nak share dengan member disini pengalaman membeli kereta Recond.

    Sekarang ni ramai yang berminat membeli kereta recond berbanding kereta 'new' kerana kualiti dan prestasi lebih kurang sama sahaja.

    Malah harga kereta recond jauh lebih murah.

    Antara contoh kereta recond yang mendapat sambutan adalah seperti

    -toyota caldina
    - Mitsubishi Evo (7, 7.5 & 8)
    - Toyota Mark X (sesuai untuk 35 tahun keatas)
    - Toyota Estima
    - Honda Integra
    - Honda Accord Euro
    - Toyota wish
    - BMW 3 & 5 series
    - Mazda RX8

    Pertama sekali jika anda berminat untuk membeli kereta recond, anda perlu cek/semak nombor chasis kereta berkenaan.

    bukan apa, dengan nombor chasis kita dapat tahu bila kereta tersebut dibuat.

    Ada ramai pengeluar kereta recond sanggup menipu untuk mendapat untung lebih.

    contohnya, kereta tersebut dibuat pada tahun 2002, tetapi penjual mengatakan ia dikeluarkan pada tahun 2004 (sebab AP tulis tahun 2004).

    Jadi penjual kereta akan dapat untung lebih 5% bagi setiap perbezaan satu tahun!

    Oleh itu anda perlu cek bila kereta yang ingin anda beli itu dikeluarkan.

    Anda boleh cek nombor chasis kenderaan dilaman ini:

    http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php


    Kemudian anda perlu cek mileage kereta tersebut. Jika bawah 30,000 maka ia sudah dikira ok...

    Penjual biasanya meletakkan harga lebih tinggi untuk permulaan. Tetapi anda boleh dapatkan harga yang murah mengikut kehendak anda dengan meletakkan sedikit deposit.

    contohnya, harga kereta yang diletakkan adalah RM150k. Katakan harga RM150k itu terlalu mahal. dan anda mampu RM140k sahaja.

    Jadi anda bagi deposit RM500 terlebih dahulu dan tawarkan harga RM140k (ini menunujukkan kesungguhan anda untuk dapatkan kereta itu)... Jika tidak dapat harga yang diingini, mereka (penjual) akan kembalikan wang anda.

    Biasanya kaedah ini berjaya... tetapi perbezaan harga yang ditawarkan oleh penjual tidak lebih 10% daripada harga yang anda ingini.

    Kebanyakan kereta datang dengan keadaan tidak complete. seperti tiada reverse sensor/camera, frequency radio bermasalah, tayar botak atau digunakan seduah lebih 5 tahun. Jadi sebelum deal harga, minta barang2 yang tidak complete dari penjual.

    Selepas deal harga, penjual akan menunjukan berapa harga kereta tersebut 'on the road' dan membuat pengiraan berapa banyak bulanan yang perlu anda bayar.

    Setiap pengiraan anda perlu tahu duit tersebut dibayar untuk apa. Saya pernah tertipu untuk kes ini. Penjual memasukkan RM5 ribu dalam pengiraan dan saya tidak tanya mereka untuk apa duit tersebut.

    Kemudian selepas mendapatkan kereta baru saya tanya untuk apakah duit tersebut. Jawabnya adalah duit tersebut digunakan untuk menukar cermin gelap (sebab x lulus Puspakom).

    Padahal harga cermin tersebut lingkungan harga RM2k-3k sahaja!

    ok last, Anda perlu bertanyakan kepada penjual berkenaan adakah AP yang dikeluarkan daripada semenanjung ataupun AP sarawak. AP serawak lebih murah harganya dari AP semenanjung.

    Tetapi jika anda ingin menjual kembali kereta anda itu, harga trade in AP sarawak jauh lebih murah berbanding AP semenanjung... Dan ada juga penjual keberatan untuk trade in kereta yang mempunyai AP sarawak. saya pun tidak tahu mengapa...

    Diharapkan tip diatas membantu anda dalam mendapatkan kereta recond...
     
    • Like Like x 5
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Sembang Umum' started by Hafiz Wasa, Oct 16, 2009.

    1. zakeri
      zakeri
      setelah di plus minus berapa harga keter2 tersebut??
    2. Hafiz Wasa
      Hafiz Wasa
      biasanya jika on the road perlu tambah RM5k lagi...

      contohnya harga kereta RM140k, tambah RM5k jadilah RM145k...
    3. zakeri
      zakeri
      maybe TT boleh cari info camne nak beli keta recond kat Singapore...

      dengar citer murah, tapi susah nak lepasss..
    4. Hafiz Wasa
      Hafiz Wasa
      Erm..first time dgr kereta recond kat Singapore.

      tapi kan, kalo kerajaan "cut tax" yang dikenakan keatas kereta recond, ramai yang boleh beli...

      tax sahaja dah hampir menyamai harga kereta...oh Malaysia!
    5. zakeri
      zakeri
      tak tahu la apa istilahnya...

      tapi kiranya keter terpakai lah... singapore punyer...

      ker aku jer yg buat cerita ni.... adoiii
    6. codak
      codak
      mcm best je dgr
      neway thanks for the info
    7. MisterSir
      MisterSir
      Master Dealer keluar lebih kurang RM30K-RM50K utk setiap kereta recond direct dari Jepun.... Dia jual kat semua dealer dalam lingkingan RM90K - RM130K......

      Masyyyuuuuk ooooo jadi dealer kereta recond.....

      Tapi yang best Master Dealer juga yang kenyang:))
      tapi kesian, share partner banyak keliling pinggang.....
    8. zakeri
      zakeri
      apa pulak kisahnya dengan kereta tarik ??
    9. Imabiz
      Imabiz
      tuela.. dgr tax kete import nak dilupuskan tahun depan.. betul ker..??? hehe... caldina...
    10. Hafiz Wasa
      Hafiz Wasa
      kalo tax dilupuskan, boleh la dapatkan toyota caldina gt-4 bawah 100k..
    11. Hafiz Wasa
      Hafiz Wasa
      bro mesti berpengalaman jual beli kereta recond kan?
    12. MisterSir
      MisterSir
      Saya hanya seorang pemerhati.....Kira kenal juga dengan Master Dealer....

      Saya pernah berbual dengan pekerja beliau....Dia kata ada motor recond yang sebenarnya brand new (belum register tapi di declare used car bila sampai sini). Mungkin stok lebihan atau untuk eksport . Tapi lepas juga bila diperiksa kastam....guna sparepart secondhand kot :)

      Untung sapa yang dapat jumpa kereta sebegini tapi harga dia faham-faham jelah....Kira kena kamceng dengan Dealer.........
    13. Duit Internet !
    14. yhaffiz
      yhaffiz
      aku dulu pernah nak beli kereta nissan liberty...tapi loan tak lepas waktu tu..

      dealer ada bg kat aku ap untk aku buat loan sendiri...
      AP sarawak..
      harga kereta + tax sumer yg tertulis kat ap rm28k
      dia jual kat aku rm90k...heheh

      banyak dia ambik tu..
    15. bersahaje
      bersahaje
      Klau dari Singapore, member2 aku banyak beli Subaru, Evo ngn Caldina. Rata2 average 1 kereta harga dalm RM50k(maksimum)

      Harga kereta-RM25k
      +
      Assigment(Roadtax+gran+modify Malaysia Spec) - RM25k
      =
      rm50K​

      Tapi kalau just nak roadtax sahaja tanpa gran dan sebagainya (risiko tinggi kat jalan raya) leh dapat dalam rm30k je

      That's why, skang bebudak JB, muda2 dah leh bawa BMW 5 series, evo 9 dan kereta2 mewah yang lain.

      Sangat bersahaje :rolleyes:!!!
    16. Hafiz Wasa
      Hafiz Wasa
      xder la mahal sangat bro ek..memang untung besar la dealer2 nie...

      bro buat la satu ebook camne nak dapatkan evo/subaru/caldina dgn harga lebih kurang RM50k..mesti laku cam goreng pisang panas..
    17. zyan
      zyan
      tq bro for the info!
    18. Filzan
      Filzan
      wah menarik info kereta recond.. thanks for sharing, mmg berhajat gak nak cari yg recond ni :)
    19. Imabiz
      Imabiz
      nissan maxX pun recond ker..??

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. check nombor chasis kereta jepun

    ,
  2. kereta import recond keburukan

    ,
  3. kereta ap sarawak

    ,
  4. sembang kereta recond,
  5. cara meyemak on line nombor cesis kereta recon jepun,
  6. maksud kereta recond,
  7. masalah kereta recond,
  8. trade in kereta honda ke toyota estima,
  9. cara nak guna radio kereta recond,
  10. menjual kereta recond