Musim "Tanya Kursus Apa Nak Ambil" Kembali

Discussion in 'Sembang Umum' started by ramfir, Mar 13, 2010.

Share This Page

  1. ramfir

    Senior

    Joined:
    Dec 4, 2006
    Messages:
    1,649
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +6 / 0 / -0
    Tak lama lagi, dan barangkali, WC akan dipenuhi dengan
    beberapa soalan dari Warga WC yang baru sahaja tamat
    SPM.

    Saya ingat lagi semasa Lebanon tanya soalan
    minta pendapat nak ambil course apa, universiti mana,
    nak sambung belajar ke tak....

    hohoho
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. shaifulazhan

    Senior

    Joined:
    Dec 1, 2009
    Messages:
    1,685
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    adik saya awal-awal lagi saya dah suruh set,saya paksa dia fikir masak2 untuk tercebur dalam bidang apa.

    sekarang masa untuk tunggu adik saya tu dapat pegi mana pula. result pon syukur - agak mantap.
     
  5. faezil

    Senior

    Joined:
    Oct 2, 2007
    Messages:
    6,951
    Likes Received:
    9
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +9 / 0 / -0
    teringat dulu masa taklimat fakulti time kitorang dah nak habis matriks... taklimat tu bertujuan utk menerangkan secara detail mengenai kursus2 yang ditawarkan di UKM.

    Semasa sesi soal jawab, ada seorang rakan bertanya 'kursus apa yang menjamin masa depan'. Jawab pegawai itu 'semua kursus menjamin masa depan'.

    Walau apa jua kursus yang dipilih.... set di minda masuk U sbb nak belajar, nak menuntut ilmu.... bukan sbb nak dapat sekeping ijazah (rasanya sekarang dah tak gulung2), nak keje bagus, nak gaji beso...

    kerana ilmulah yang menjamin masa depan.....
     
  6. norfazli80

    Newbie

    Joined:
    Sep 24, 2007
    Messages:
    511
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    orang sekarang mungkin tak tanya " kursus apa yang menjamin masa depan "

    tetapi tanya " kursus apa yang boleh buat saya kaya "
     
  7. Luqman-S

    Newbie

    Joined:
    Dec 16, 2006
    Messages:
    890
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Nasihat ku kepada mereka yang ingin sambung belajar.. (mengikut pengalaman sendiri)
    Amiklah kursus yang betul2 anda minat. Aku sanggup lepaskan UiTM sebab takde kursus yang berkenan. Sekarang aku kat Unikl.

    ..ee, sakit kepala belajar mende yang tak minat ni..! :)
     
  8. norfazli80

    Newbie

    Joined:
    Sep 24, 2007
    Messages:
    511
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    ya.betul
    ikut pengalaman saya
    jika ambik kursus yang kita tak minat
    ia seperti membuang masa
    saya rugi masa 10 tahun kerana belajar&kerja yang tak minat
    umur 30 baru jumpa yang kita minat iaitu biz
     
  9. faezil

    Senior

    Joined:
    Oct 2, 2007
    Messages:
    6,951
    Likes Received:
    9
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +9 / 0 / -0
    dan....jawapannya tetap sama :D


    betul... betul... betul.....

    ambil lah apa yang kita minat....

    walaupun ada orang kata minat b oleh dibentuk...kata2 tu utk orang yang langsung takde minat apa jua bidang (sungguh kasihan orang itu)

    kalau kita dah ada minat sedia ada... tak perlu lah kita gi develop minat baru........

    kita hidup bukannya lama...... buat apa yang kita minat
     
  10. ramfir

    Senior

    Joined:
    Dec 4, 2006
    Messages:
    1,649
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +6 / 0 / -0
    Masalahnya, bukan kita yg tentukan kursus yg diambil.

    Kalau Result tak gempaq, mesti tak dapat punya.
     
  11. Luqman-S

    Newbie

    Joined:
    Dec 16, 2006
    Messages:
    890
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Kalo nak amik medic ke, engineering ke, memang patut kene result gempak, jadi kene study sungguh2 la.

    Rasanya kita boleh buat pilihan even kalau nak isi UPU pun ade pilihan rasanya. Tapi kalau dapat yang tak kena, nak buat camne..
     
  12. ladfeamir

    Newbie

    Joined:
    Mar 4, 2010
    Messages:
    68
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    kadang2 minat tu dah ada..kursus pun dah berkenan di hati...

    tp campur tangan kuasa veto org tua (ibu bapa)..menyebabkan impian nak ambik kursus tu berkubur mcmtu aje. Org tua suruh ambik kursus pilihan mereka lak (mcm diaorg yg smb belajar).

    tu yg ramai gagal atau jadi tak minat nak belajar.
     
  13. kaya

    Newbie

    Joined:
    Nov 4, 2009
    Messages:
    463
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    yup..betul2 kuasa veto tu tetap ada pada sesetengah orang ... kalau minat ,gtau pada ibu bapa nape nak kursus tu...pilihlah yang berminat sahaja...senang nak belajar ,sebab mudah masuk otak ..
     
  14. penang

    Senior

    Joined:
    Jul 17, 2009
    Messages:
    1,342
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    betul tu....amik kursus yg diminati. Esok nak keje pun rasa gembira sbb kita buat apa yg kita suka....
     
  15. vandoel

    Newbie

    Joined:
    Dec 24, 2009
    Messages:
    79
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    sebaik-baiknya buat pilihan sendiri...tanya diri apa aku nak jadi
    pada masa depan...tak salah minta pandangan orang...tapi keputusan biarlah
    ditangan kita..

    saya dulu lari tingkatan 6,sebab takde tujuan belajar..
    niat dalam hati nak jadi pelukis kartun..lari pergi kl
    umur 20 tahun..sekarang dah lebih sedekat saya
    kerja dalam bidang kartun ni.walaupun tak semewah mana,
    tapi gembira buat apa yg kita suka...
     

ibeli4u

Share This Page