1. Salam..

    Kini saya melancarkan fiverr versi malaysia di wangcyber.net.

    Saya mempelawa warga wangcyber yang mempunyai hobi,tips,skill dan E-book yang boleh digunakan untuk menjana wang dengan bersama-sama memeriahkan Jual Beli Online Terbaik Di Malaysia - WangCyber Market Place.

    Dismiss Notice

Matrikulasi vs IPTA (urgent, need your guide)

Discussion in 'Sembang Umum' started by ramzy0, May 3, 2008.

Share This Page

  1. ramzy0

    Senior

    Joined:
    Feb 17, 2007
    Messages:
    1,619
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    Salam,

    sebelum nih dah ade thread pasal ni, tapi lebih cenderung kepada IPTA vs IPTS. so, skrg ni saya memerlukan pandangan member2 kat sini yg kebanyakannya dah makan garam dulu, comparison between matrikulasi dan ipta. which is better and safe ?
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. titaniumhijau

    Senior

    Joined:
    Aug 19, 2006
    Messages:
    2,534
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +6 / 0 / -0
    kalau safe and better. Of course goes to Ipta. Sijil laku apa. Sijil matrik hanya laku untuk apply universiti je. Apply keje, sijil matrik tak laku punyer..

    Tapi klu dari sekolah terus gi universiti, tak banyak program ijazah disediakan. mostly layak untuk diploma saja. Tapi pakai sijil diploma dah layak apply kerja.

    Jika korang nak sijil ijazah sarjana muda, cara short-cut adalah dengan masuk matrik 1 tahun setengah. Lepas tu, dengan sijil matrik, apply universiti. Biasanya memang dapat tempat punya kat mana2 universiti yang korang apply tu..

    Pengalaman aku. Lepas sekolah. Aku apply matrik. Lepas matrik. Apply universiti. Lepas universiti. Cari kejala..

    Ps: Apapun. Sijil SPM laku gila sampai bila-bila kat malaysia. :)
     
  5. Nurul Luvleey

    Newbie

    Joined:
    Feb 13, 2007
    Messages:
    192
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Cadang nak apply kursus apa?

    Klu ikut pengalaman, ambik matrikulasi, tapi memang struggle, klu setengah semester kecundang, memang kau-kau kena buang. Kalau habis pun jika result tak berapa elok, akan dilempar ke kos-kos seperti perikanan, perkayuan, perhutanan di Universiti nanti. Jadi jika pilih matrikulasi, walaupun short cut, tapi tak bley main-man, kena study hard..jerawat pun akan tumbuh satu muka sebab tension..
     
  6. Labanon

    Senior

    Joined:
    Jul 14, 2006
    Messages:
    1,781
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    Saya dapat diploma komp engineering kat universiti malaysia perlis... ok ker nak pergi kat sini? hehe.. diploma... 3thn -_-"
     
  7. arm

    arm
    Newbie

    Joined:
    Sep 2, 2006
    Messages:
    864
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Nak senang ambil lah diploma. Dulu masa tahun 1998 member aku amik diploma 3 tahun. Lepas abis diploma terus masuk tahun kedua degree kat university oversea. Lepas 2 tahun, balik mesia terus keje.

    Aku dulu amik A-Level (equiv. to STPM) 2 tahun. Lepas tuh masuk degree 4 tahun. Member aku yang sorang lagik, amik matriks 2 tahun, lepas tuh masuk degree 4 tahun.

    Ada kawan aku lagik sorang dulu lepas SPM, amik STPM 2 tahun. Pastuh amik diploma pulak 3 tahun. Pastuh sambung degree 2 tahun. Pastuh buat Masters setahun. Pastuh buat PhD 4 tahun. 12 tahun beb belajor... mau botak kepala dibuatnya. Tapi skang dah bertaraf professor madya. gaji £5,000 sebulan.

    Orang yang keje 15 tahun jadi engineer pon belum tentu dapat gaji banyak tuh....

    Terpulanglah pada korang nak amik mana satu. Sebab mungkin sistem pendidikan kat mesia skang ni dah banyak berubah. Tak sama macam zaman aku muda2 dulu.

    Yang aku citer ni semua cerita 10 tahun yang dulu. Time tuh Labanon baru umur 8 tahun (darjah 2). :D
     
  8. maksimo

    freshman

    Joined:
    Mar 31, 2008
    Messages:
    8
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Matrikulasi? Tak guna pun kalau kau ambik. Baik ambil STPM atau terus je ke IPTA/IPTS ambik diploma. Lagipun STPM pun kualitinya sama taraf ngan diploma. Nak further study ke peringkat degree atau apply job kat mane mane pon lebih senang pakai STPM, lebih lebih lagi kalau kau terer atau power dalam STPM. Tapi aku nasihatkan lepas habis STPM, usaha habis-habisan untuk apply job ngan kerajaan ataupun masuk kursus keusahawanan dan bukak bisnes sendiri yang kau minat walaupun secara kecil-kecilan. Pengalaman kerja tu penting untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Bile dah ada duit baru further study ke degree.
     
  9. biznezprepaid

    Newbie

    Joined:
    Sep 30, 2007
    Messages:
    991
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    wah....cam sama je...aku rasa nanti aku nak terus ambil IPTA je..Tapi nak gak masuk matrik walaupun terpaksa struggle hard..susah sekarang lebih baik dariipada susah kemudian ??Betulkan???Lagipun matrik short cut hanya setahun kan>??Struggle hard for 1 tahun okay lagi??Tapi terpaksa la tinggalkan yang tidak utama...utamakan yang utama dahulu...Selebihnya terpulang kepada rezeki masing2 :)
     
  10. e-fun

    Senior

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    617
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    For me, matrik or IPTA dua-dua sama. Kedua-dua menuju misi yang kita rancangkan (ijazah/kerja). Sebab yang penting cuma usaha. Ada laluan sukar, ada laluan senang.
    Laluan sukar (matrikulasi), faedahnya tempoh belajar pendek, tapi kena sentiasa hardcore pulun.
    Laluan senang (ipta,diploma), tempoh belajar dah la panjang, so momentum belajar tu bermusim.

    Aku ada kawan, 11A masa SPM, tak dapat tawaran luar negara, kena sambung di matrik. Dia ingat dah cukup mantap, akhirnya kena tendang masa semester kedua sebab pointer teruk gila. (biasalah, awek matrik lawa-lawa +bijak beb. Aku pon terpikat. Haha..)

    Kawan aku lagi sorang, SPM biasa-biasa, tapi kat matrik dapat 4.0flet. Ditawar biasiswa sambung bidang perubatan di New Zealand.

    Diploma perlahan kayuh. Tapi, aku lagi respek budak diploma. Siapa boleh lawan experience rate diorang. Sebelum masuk degree dah join internship. Silibus base study diploma dah separuh dari ijazah. That's y sijil diploma laku pergi kerja.

    Study diploma lagi banyak kenangan sebab masa dia panjang. Kehidupan balance, sebab ada masa untuk enjoy, ada masa untuk study. Kalau matrik, pejam celik je tau-tau dah habis. Sebab hidup terlalu sibuk dengan study sahaja.

    Aku sempat matrik Tangkak 2minggu je, sebab JPA panggil untuk persediaan di UTMKL 2 tahun dengan budak diploma. So, banyak beza yang aku tengok antara keduanya. Tapi, yang sama, bergantung pada kesungguhan masing-masing.

    So, ingat pesan Bang Bil,
    (gaya Abang Bil dengan tangan kanan ke atas.)
    "Aaaa.. Lu pikir la sendiri..."
    Assalamualaikom!!!!
     
  11. Kasimo Aloi

    Senior

    Joined:
    Feb 7, 2007
    Messages:
    5,330
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    kalau nak cepat n tak selamat amik matrik
    kalau nak lambat tapi selamat amik ipta...

    Tapi kalau bijak pandai masuk matrik
     
  12. ramfir

    Senior

    Joined:
    Dec 4, 2006
    Messages:
    1,649
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +6 / 0 / -0
    Kalau matlamatnya nak ambil Degree,

    Maka:

    Kalau nak jimat masa, ambik matriks, belajar setahun, habis matriks, ambil degree, belajar lagi 3@4 tahun

    (jumlah tahun untuk belajar - Matriks-> Degree = 4~5 tahun)

    Kalau nak ambik masa, ambil STPM, belajar 2 tahun, habis STPM, Ambil ambil degree, belajar lagi 3@4 tahun.

    (jumlah tahun untuk belajar - STPM-> Degree = 5~6 tahun)

    Jimat satu tahun.

    Matriks tak susah sebenarnya. Senang...Yang buat Matriks susah, adalah diri sendiri.
     
  13. Labanon

    Senior

    Joined:
    Jul 14, 2006
    Messages:
    1,781
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    Kalau ambik dip ke deg lak cam ner?
     
  14. khairilz

    Senior

    Joined:
    May 21, 2007
    Messages:
    2,519
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    aku tahun ni baru SPM..tak boleh nak decide lagi nak pilih matriks ke ipta..kena tengok result SPM dulu..

    labanon nak gi ke university perlis tu?kursus comp eng tu..
     
  15. Syed_Ikhwan

    Senior

    Joined:
    Sep 23, 2006
    Messages:
    1,837
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +6 / 0 / -0
    kalau nak dikira safe, ambil ipta terus yakni Diploma. At least sijil Diploma tu laku utk cari kerja.

    Tapi kalau nak rasa seronok hidup, ambil matrik! :) baru mencabar. Study kena smart la. short cut ke degree.
     
  16. kapak

    junior

    Joined:
    Apr 29, 2008
    Messages:
    75
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    8
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    pergi jer mana2 pun. Janji belajar. Asal jangan duduk kat rumah buat taik mata
     
  17. naem86

    Senior

    Joined:
    Mar 14, 2007
    Messages:
    804
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    "goal setting"..

    Saya takde pengalamn diploma atau STPM..abis je tingkatan 5,masuk jap tingkatan 6. Nak amek STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia )...hoho..nak ke al Azhar..

    tup-tup...dapat matriks, so blah macam tu aje..Di matriks, nasib saya nampak macam lebih menarik..Kalau di sekolah dulu, peluang dan cabaran tu terhad..ye la, almaklum semua hebat2..

    bila masuk matriks, so semua orang zero...masa 1 tahun dah cukup untuk dapat best friend dunia akhirat..Dah cukup puas untuk belajar disiplinkan diri. Hari2 pakai necktie...hohoho..sempat asah bakat leadership puas2

    Macam dok asrama penuh plak ( ini matrikulasi kementerian + mara ). Makan? memang best..5 kali sehari. xyah bayar.Siap mara bagi duit poket lagi RM50 sebulan...hohoho

    Masa setahun tu mmg cukup..Nak dapat pointer elok2 tu takde le...sem pertama ( blur ), dapat le 2nd class upper. Sem 2 ( clear ), 1st class gitu...hohoho..

    apa lagi nak kongsi ek?

    erm...kalau pilih matriks, jimat le masa hidup ni..Mati belum tau bila. Jadi dah jimat setahun hidup kat dunia ( kalau tak gagal le ). That's why saya pilih matriks masa tu.

    Ttg kerjaya? hohoho..laku atau tak sijil tu berdasarkan experience. Hidup sekarang bukan bergantung kepada sijil..Hidup bergantung kepada ilmu. Ada ilmu, duit berjuta pun boleh masuk dlm poket seminit. So, tak timbul masalah di sini.

    dulu senior kata "belajar bukan kerana kerja,bukan kerana dunia"..Habis tu apsal le tergila-gila nak masuk universiti,nak apply kursus ni, nak dapat kerje itu ini dengan sijil ni la ?

    lastly, baru saya faham " belajar bukan kerana kerja" kalau kita dah nampak peluang niaga ...tak faham? erm...faham2 je la
     
  18. yakuza666

    Newbie

    Joined:
    Jan 26, 2008
    Messages:
    661
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Saya pernah masuk both matrix dan IPTA (of course lah...) matrix is so killing subject dia bagi yang lazy like me...drop. Memang susah and sukar...tapi itu fastlane untuk masuk ijazah tanpa masalah...boleh apply course yang ok. IPT memang ok, tapi tengok keadaanlah. Nak amik diploma? Better think again...orang semakin demand ijazah dan fastlane ijazah ialah matrix atau tweening..its hard untuk masuk ijazah jika amik diploma dulu...
     
  19. ramfir

    Senior

    Joined:
    Dec 4, 2006
    Messages:
    1,649
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +6 / 0 / -0
    dip (2@3 thn) -> Degree(3@4) = ambik masa 5~7 tahun baru habis.

    Tapi,

    Majoritynya, lepas habis dip akan cari kerja. hanya majority
    kecik je ada hati nak sambung belajar.

    Dan

    Selalunya, bila dah kerja, dah pegang duit, majoritynya
    tidak berhajat untuk sambung belajar. Sebaliknya berhajat
    nak kahwin. Bila dah kawin baru berhajat nak sambung
    belajar. Belajar masa dah kawin dah ada anak paling susah.

    So sementara masih muda, belajarlah setinggi2 yang boleh.


    Betul tu Syed_Ikhwan, saya setuju...

    Kalau saya, saya cadang ambik matiks Sebab:

    1) STPM sama je ngan Matriks, bezanya, Matriks telah di
    padatkan subjek.

    2) Tak perlu pakai uniform. ( <- ini saya suka)

    3) Matriks adalah masa kita mengenali dunia luar

    4) Matriks adalah persediaan sebelum masuk IPT, cara
    penyampaian subjek pembelajaran hampir sama seperti di IPT

    5) Tidak terikat dengan peraturan sekolah

    6) ada peraturan tetapi tidak seperti disekolah

    7) Tidak akan kena denda oleh pengawas sekolah kalau
    lambat datang sekolah sebab... mana ada pengawas :D

    8) Feel belajar dia lain.

    9) Tukar angin. Asyik terperap kat sekolah je. Time ni lah
    kita ambil angin baru

    10) Banyak aktiviti menarik yang diuruskan oleh pelajar
    sendiri.

    11) ada sapa nak tambah?


    Saya hanya mencadang. Kalau nak hidup di Matriks, kena
    study smart, time belajar kena concentrate. Belajar 2 belajar
    jugak, tapi time enjoy, enjoy betul2. Jangan tension kan diri.
    2 je kalau nak berjaya di matriks.
     
  20. CekDet

    Newbie

    Joined:
    Jun 9, 2007
    Messages:
    783
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Ni saya nak kongsikan siket pengalaman kepada awak.
    Saya sekarang merupakan pelajar jurusan statistik industri UUM..
    Dulu belaja kat Matriks Melaka...
    Untuk membuat pilihan yang tepat samada IPTA @ Matriks, awak kena kenal pasti minat awak dalam bidang apa..?
    Di matriks, ada 3 jurusan - sains fizikal, sains hayat n perakaunan

    Prospek mengikut jurusan:

    1) Sains Fizikal - Awak kena ambil 3 subjek (yang dikira dalam PNGK) iaitu Fizik, Kimia n Math.
    Jika awak cemerlang dengan PNGK 3.0 ke atas awak boleh masuk ke bidang yang kritikal seperti kejuruteraan, artikel, Aktuari, Statistik dll.
    * Saya dulu pelajar sains fizikal :)

    2) Sains Hayat - 3 subjek juga ~ Biologi, Kimia & Math
    Kalau awak minat perubatan (medic), awak kena grab PNGK 4.0
    Lain2 bidang yang brkaitan ~ Farmasi, Veterinar, Sains Biologi, Biotech dll (yang berkaitan dengan biologi)

    3) Perakaunan - 4 subjek ~ math perniagaan, perakaunan, ekonomi n satu lagi saya tak ingat.
    Jika awak cemerlang dengan PNGK 3.0 ke atas, awak boleh ambik bidang perakaunan (pure @ sistem maklumat), ekonomi, pengurusan perniagaan & lain2..

    So, saya rekemen kepada awk kalau minat dalam bidang2 yang di nyatakan di atas, awk boleh pilih matirks sebagai institusi pengajian awk.

    However, kalau awk minat dalam bidang lain spt perundangan (law), agama, perguruan, saya cadangkan awak amik diploma coz matriks tak sediakan peluang sebegini untuk pelajar2 yang minat dalam bidang nie..
    * Tapi ada pelajar matriks yang amik perguruan setaktat yang saya maklum.

    Kesimpulan saya, mana-mana institusi pun sebenarnya sama je. Masing2 ada advantage yang tersendiri. Pilihan yang awk kena buat mesti bergantung kepada bidang yang awk minat.

    ok?

    * Susah atau tak susah belajar pun takde kena mengena dengan institusi pendidikan. Kalau awk rajin belajar, benda susah akan jadi senang.

    Selamat belajar!!
     
  21. Kasimo Aloi

    Senior

    Joined:
    Feb 7, 2007
    Messages:
    5,330
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    kalau amik dip n nak sambung ijazah boleh masuk direct entry trus... masuk tahun dua.... kalu kat tmpt saya ni.....

    dip 3 thn + dig 4 - 1 thun bab masuk direct entry = 6 tahun masa belajr....

    matriks 1 tahun ijazah 4 tahun = 5 tahun masa belajar

    ni untuk kos enginering la... klu IT tolak 1 sem...
     
  22. ramzy0

    Senior

    Joined:
    Feb 17, 2007
    Messages:
    1,619
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    fuhh, dua kali review thread nih dok asyik baca pengalaman member2 kat sini. mmg seronok pulak rasenyer bace. thanx a lot for the reply. (e-fun cam paham2 jerk lol ^^P )

    ok, untuk matrik, saya dapat offer :

    perakaunan: subjek mcm yg cekdet mention'kan, and dah try search kat internet. mmg totally "business" subjek bnyk. and kalu ikut kemampuan saya, subjek2 ni insyaallah saya boleh cover (goreng) sebab mmg dah minat semulajadi saya.

    untuk ipta pulak, saya dapat offer :

    UTM Skudai Johor ( Diploma Sains Komputer [Multimedia] ): yang ni saya tak tahu subjek ape yg dia cover. tapi tengok ade perkataan "multimedia", mungkin involve bab2 multimedia la kot - still under minat saya -.

    matrik 12/5 ni bertolak (tu pun kalu accept offer la ), nun jauh di Gopeng, Perak. so skrg ni still 50/50. ^^P

    p/s: naem, "belajar bukan kerana kerja". huhu, den paham ^^P
     

ibeli4u

Share This Page