Macam mane nak jual barang kat lelong dan ebay?

Discussion in 'Program Jana Wang Online' started by Muhamad Ikhtiaruddin, Aug 31, 2007.

By Muhamad Ikhtiaruddin on Aug 31, 2007 at 6:51 PM
  1. Muhamad Ikhtiaruddin

    Senior

    Joined:
    Jun 10, 2007
    Messages:
    350
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Assalamualaikum.. saya nak tanyala kepada otai2 semua yang dah ada pengalaman dalam lelong dan ebay... mcm mane nak jual barang kat lelong dan ebay?
    satu lagi salah ke kalu kita jual jam tag heur replica atau vcd yang kita burn sendiri kat situ? ini adalah kerana aritu member saya cakap ada orang dah kene tangkap pasal jual jam replica tag heur kat petaling street.. ape pendapat taiko wangcyber?

    --------------------------------------------------------------------------

    Naruto Shippuden Download
    Mp3 Download
    jutawanmuda
     
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Program Jana Wang Online' started by Muhamad Ikhtiaruddin, Aug 31, 2007.

    1. smartusaha
      smartusaha
      Ada dua cara nak belajar jual kat ebay dan lelong:

      1) Beli Ebook dan buku. Belajar dari mereka yg dah berjaya. Kalau nak Ebook free pun banyak kat Internet, tapi belum confirm dapat membantu. Better beli sebab penulisnya boleh support apa2 tak faham.

      Kat pasaran skrg dah ad satu buku lelong, tajuk dia "Raja Lelong" keluaran Truewealth (syrikat Azizi Ali).

      Kalau Ebook pula, boleh cuba di http://www.pasaronline.com.my

      Kalau ditanya bagus ke tak, saya tak tahu sebab belum baca. Tapi tak salah mencuba... Lagipun yg penulis buku tu mmg otai pasal lelong dan penulis Ebook tu pulak, member forum ni juga dan mmg dikenali.

      2) Ada beberapa thread yg dah bincang pasal Ebay secara umum di forum ni. Boleh guna function Search di atas untuk cari pasal Ebay.

      Pasal jual replika tu, saya tak tahu. Sebab bidang saya bukan menjual barangan di web lelong atau ebay. Cuma scr asas, kalau di Ebay, memang dilarang jual barang2 yg bukan ori. Juga, dilarang jual benda2 yg memang tidak dibenarkan mengikut syarat2 mereka...

      Pendek kata, belajarlah daripada yg tahu... Kat forum ni ada yg buat lelong dan Ebay. Boleh jg rujuk mereka.

      Kalau nak ikut seminar, buat masa skrg SaifulSham adalah di antara yg tahu pasal lelong2 guna Ebay ni dan mereka pernah juga menjual di Lelong...

      Itu sahaja.

      Wassalam.
    2. ramzy0
      ramzy0
    3. Muhamad Ikhtiaruddin
      Muhamad Ikhtiaruddin
      untuk pengetahuan anda saya sudah pun menregisterkan diri saya di lelong dan ebay... saya rase lebih seronoklah menjual barang yang bersifat pejal mcm kat lelong dan ebay nie berbanding menjual barang yang virtual sahaja( imaginary part) seperti ebook sdan software...

      tapi kat lelong pun ada jual ebook dan software jugak... tapi yang paling mendapat sambutan hangat ialah ebook yang berunsur kamasutra... hehe:cool:
    4. salam
      salam
      yg bkn kamasutra pn orang berebut membidanya jika barang tu orang betul2 nak hikhik
    5. ajibtu
      ajibtu
      kalo nak buka kedai di lelong ...
      kene verified dulu la ... n bayar sekitar rm10 utk verified member.
      nanti lelong call rumah n tanya beberapa soalan. lepas tu bleh jadi verified member.
      Start jual ada charge2 lagi. untuk letak picture pun kene bayar.Bayar boleh pakai maybank2u.com.

      Baca soalan2 dalam forum lelong.com.my semua ada disitu.

      Tips: usahakan supaya anda dapat rate yg banyak dan bagus.
      start dengan menjual barangyg murah2 dulu. contoh ebook denagn harga rm1.dapatkan rate dari penjualan barang kecil2 dulu. bila rate dah banyak. org akan percaya ko. dan ko bleh start jual barang yg mahal2 plak.

      Good luck my friend.
    6. soha
      soha
      tanya sikit..

      Kalu kita dah bid, pastu won, then kita dah bayar kat akaun penjual, tapi dia tak hantar2, tak dapat contact. Call dia pon tak angkat2.. camne??
    7. cikguonline
      cikguonline
      Bagus jugak kalau dapatkan buku Rahsia Raja Lelong. Saya pun belum habis baca lagi tapi banyak membantu bagi meraka yang tak tau langsung tentang berjual beli di lelong ni boleh cuba ke laman http://rahsiarajalelong.com

      Kalau nak Ebook Panduan eBay Bahasa Malaysia yang percuma boleh pergi ke blog Abg Matzis http://matzis.com
    8. redmh
      redmh

      Salam...
      - Ada yg. dah beli ke ebook ni ke?
      - Ok ke kandungan dia?
      - Dah dapat income dari ebay ke?

      Berapa banyak ke daaa.....
    9. usahawanebay
      usahawanebay
      Aisehhh nak menjual dalam web lelongan yerkk !!

      SEDIKIT RINGKASAN
      :) kena time sibuk kasi sikit jer info

      www.lelong.com.my

      Langkah Awal#
      Kena daftar dan verified pakai sms dan bayar RM10 berserta salinan IC + BIL TALIPON ANDA. Sila pastikan alamat dalam bil talipon tu betul semasa pendaftaran. Pihak lelong akan call kita untuk pengesahan verified RM10 tu.

      Kalau dekat laman web lelong.com.my ni nak jual apa sahaja pun boleh janji barang yang tak salah dan melanggar polisi mereka. Jangan jual DADAH sudah lah...pasti kena tangkap

      Jual barang Replica kat lelong memang boleh sangat-sangat. Otai2 yang jual dlm tu kebanyakkan barang Replica saja.


      www.ebay.com.my @ www.ebay.com

      Dalam lelong barang atau jual dalam ebay pula langkahnya serupa sahaja macam di lelong. kalau kat ebay.com.my ni free sahaja. Tak perlu bayar apa-apa FEE. Tapi market Malaysia SAHAJA lah.

      Kalau nak dapat income lebih lagi kena lelong @ jual dalam ebay Antarabangsa. Contohnya ebay.com @ ebay.co.uk ( kegemaran saya ebay.co.uk )

      Masuk ebay Antarabangsa anda kena verified akaun guna kad kredit @ debit kad ( Ambank NEXG @ Public Bank )
      Saya galakkan anda buat Debit Kad Public sebab boleh fund duit mudah sikit melalui Paypal.

      Lepas tu kena ada akaun Paypal. Kalau tak ada kena reg. dekat www.paypal.com. Pembeli-pembeli barang dalam ebay boleh dikatankan 99% bayar duit guna PAYPAL.


      ***Saya masih lagi menjual barang guna web www.lelong.com.my dan ebay.com / ebay.ca & ebay.co.uk
    10. usahawanebay
      usahawanebay
      Oppp...saya adalah sorang testimoni dalam ebook tu. Kalau yang baru nak cebur2 diri dlm ebay Antarabangsa boleh lah beli sebagai rujukan.

      Harga RM 47.00 - Kalau nak mudah boleh dapatkan dari saya. Saya diberi kuasa untuk sale buku ini. So sapa2 rasa yang nak beli boleh lah PM saya atau ym.

      Sekian.
    11. usahawanebay
      usahawanebay
      Pastikan anda beli dengan org yang verified @ yang ada store. Brg tak dapat report saja pada pihak lelong.
    12. wired
      wired


      sekarang ni nak jual kat ebay.com.my pun dah kena bayar untuk sesetengah part tu..
      dan untuk listing pun dah kena buat seller account..
      bila nak kena wat seller account ni anda perlukan kad kredit/debit kad anda tu...

      untuk sell kat ebay.com ni.. adalah tidak digalakkan untuk menjual barang2 tiruan/pasar malam.. memang dia x benarkan.. atau akaun anda kena suspend..

      seperti yang sedia maklum..
      ebay dan paypal tu satu kompeni..

      kalo akaun ebay anda kena suspend.. paypal pun tunggu masa aje la..

      ebay ni dia ada intelligent system yang boleh trace semua gerak geri anda.. trend surfing anda.. dan macam2 lagi la...

      contohnya anda login multiple account untuk akaun paypal..
      bersedialah untuk kena limited access untuk akaun ppal anda tu..

      kalo nak cite pasal ebay dan paypal ni boleh wat ebook rasanya.. :)
    13. usahawanebay
      usahawanebay
      Nak jual dekat ebay.com.my kena Verify Guna Debit KAD/ Kad Kredit dah sekarang ni.

      Kalau tak verify jangan harap boleh listing barang. Tapi Listing dlm ebay Malaysia Free saje. Cuma korang kena Verify guna kad kredit/ debit kad saja.

      Kalau dekat Malaysia ada 2 pilihan untuk Verify

      Pilihan 1 - Guna DEBIT KAD / KAD KREDIT

      Pilihan 2 - Kena email IC dan beberapa Bill lah rasanya.
    14. acis32
      acis32
      Saya dah beli ebook ni masa mula-mula ianya dikeluarkan dahulu...saya juga ada membuat teguran kepada penulis berkaitan banyak kesalahan bahasa dan ejaan dan juga tiada menulis hak cipta terpelihara...saya rasa..semuanya dah dibetulkan kot...apapun ebook ni best gak!
    15. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Try and error.

      Kegagalan mengajar pengalaman untuk berjaya. Orang gagal ialah orang yang sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang - ulang kali. Namun, bukan selama - lamanya kita akan gagal terutama dalam pemasaran. Mereka yang berjaya ialah mereka yang sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang.

      Begitu juga dalam eBay, Lelong dan sebagainya. Pesaingan memang wujud dalam setiap cabang kehidupan kecuali nak mati aja. Tak ramai yang nak walaupun ia adalah realiti kehidupan.

      Pengasas KFC gagal sebanyak 999 kali dalam menjual resepinya sebelum berjaya lebih seratus tahun lepas. Legenda terkenal, Allahyarham P Ramlee 'susah' sepanjang kerjayanya. Namun, hanya beberapa filem arahan dan lakonan beliau sahaja yang menarik ditonton berulang - ulang kali. Berapa banyak pula yang tidak berjaya?

      Nak mendaki 'Menara Kejayaan' ni susah. Tambah pula, nak mempertahankan 'Kejayaan' itu. Cuba tanya Power Seller sama ada dalam eBay atau Lelong.
      • Berapa kali mereka gagal dalam menjual produk mereka?
      • Berapa kali mereka terpaksa ubah corak 'saleletter' sebelum ada pembeli?
      • Berapa kali mereka 'dicemuh/dikeji' dan sebagainya?
      • Berapa banyak pengorbanan yang mereka lakukan selama ini seperti berjaga malam, tak lena tidur, wang ringgit dan sebagainya sebelum mereka berjaya menjadi power seller?

      Mereka yang selalu merasai kemanisan 'KEJAYAAN' tidak mampu menghargai 'hadiah sebuah kejayaan' berbanding mereka yang terpaksa mengharungi pahit, masam dan masinnya kehidupan ini sebelum berjaya.

      Jadi, buang sikap dalam diri anda untuk menjadi 'individu mee segera'. Walaupun seorang guru mengajar, ilmu yang kita dapat dari guru itu hanya 30% sahaja. 70 peratus lagi adalah dari pengalaman kita. Kita tidak akan berjaya walaupun kita bertanya kepada 10 otai / guru sekali pun. Ia tetap 30 peratus.

      Pesanan ini bukan sahaja saya tujukan pada newbie, malah kepada diri saya juga. Ibarat menimba air (ilmu) di lautan, walaupun sudah banyak yang kita timba, masih belum kering air di lautan.

      Prof Albert Einstein, sepanjang hidup beliau mengkaji pelbagai ilmu. Namun begitu, beliau dikatakan hanya menggunakan kurang daripada 30% otak untuk berfikir. Prof Diraja Ungku Aziz, setiap hari membaca 10 buah buku namun dia berkata masih banyak ilmu yang belum dia baca. Kita?

      Saya pun belum capai tahap macam tu. Nak baca buku 'Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas', dah 2 minggu tak habis - habis lagi. Tapi, saya suka berkongsi idea dengan anda semua. Walau pun, ada banyak benda yang tak mampu saya lakukan, saya harap anda mampu melakukan. Dan suatu hari nanti, mengajar ilmu ini untuk orang lain pula.

      p/s - Sekian dulu sebab idea tiba - tiba hilang akibat terganggu dengan tetamu.
    16. biznezprepaid
      biznezprepaid
      Motivasi yang amat berguna...pesanan yang seharusnya menjadi panduan sedikit sebanyak mcm saya yang newbie biar perlahan -perlahan dahulu yeaa
    17. samdaddycool
      samdaddycool
      ...satu motivasi berguna daripada Badruzamani... respect!
    18. mspenyu
      mspenyu
      time kasih atas nasihat sdr badruzami..
      sgt2 berguna..
      dpt naikkan kembali semangat sy yg dh semakin layu nie.
      kiter kena jatuh dulu baru buleh merasa berjaya tul tak...
    19. samdaddycool
      samdaddycool
      ..SAYA PERNAH ADA PERASAAN TUH.. (BUKAN SETAKAT LAYU - TAPI KEPALA JADI BLANK!, baru 2-3minggu lepas)
      -pastuh saya teringat kisah kolonel Sanders & Body sHOP - terus saya buat poster kecik, tampal dekat sebelah suis bilik.. DON'T GIVE UP.. (look at these people)...

      anyway good luck!

      p/s - saya full time ebiz / traders (xde kaitan langsung dgn yg saya belajar kat U)

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. promote barang replika

    ,
  2. macam mana nak jual barang dekat lelong.com.my

    ,
  3. berapa akaun lelong boleh buat di laman web lelong