[KAJIAN] cara anda tidur

Discussion in 'Sembang Umum' started by khairilz, Jan 30, 2009.

Share This Page

  1. khairilz

    Senior

    Joined:
    May 21, 2007
    Messages:
    2,519
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    Tahukah Anda rahsia diri anda melalui gaya anda tidur?

    SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami.

    Ini kerana, ia umpama `topeng' yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan.

    Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain.

    Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan.

    Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona' yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita.

    Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan' tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

    Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

    * Janin dalam kandungan

    Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

    Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

    * Batang balak

    Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

    Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

    * Mengiring dan tangan menghala ke depan

    Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

    * Tentera

    Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

    * Jatuh bebas

    Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

    * Tapak sulaiman

    Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

    Laman web, Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:

    1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

    Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, *****a anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan.

    Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip anda!

    2. Menelentang dan kaki bersilang

    Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.

    Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

    3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala

    Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.

    Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya.

    Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

    4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

    Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.


    Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

    5. Tidur dengan cara sisi

    Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

    Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

    6. Sisi dan badan merengkok

    Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

    7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

    Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

    Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna.

    Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

    8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

    Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

    9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap

    Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi.

    Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

    10. Berselubung dalam selimut

    Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.

    Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

    Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. mayonis

    Newbie

    Joined:
    Dec 2, 2008
    Messages:
    1,061
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    36
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Menarik artikel kajian nie bro..rupenye care kite tido pn boleh melambangkan perwatakan diri....Pelek tapi benarrrr........he.he.he.:rolleyes:
     
  5. aiereastz

    Newbie

    Joined:
    Jan 26, 2009
    Messages:
    284
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    He.... best lar artikel nie. tapi tak tau plak banyak lagi jenis cara kiter tidur. satu info yang bagus. trimas bro : )
     
  6. zyan

    Senior

    Joined:
    Jun 6, 2008
    Messages:
    2,313
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    artikel ni pun aku nak kongsi.. cara mengenal wanita melalui bantal.. khas untuk lelaki yang masih bujang atau pun yang dah berpasangan.. hehe

    [​IMG]

    1) Memeluk Bantal (recommended) <<== nasib bek aku punya jenis yg ni

    Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
    seni & manja
    . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
    lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
    Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
    mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


    2) Menggunakan Banyak Bantal

    Mereka biasanya kurang kenyakinan.
    Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
    Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
    sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


    3) Tidur Dengan Satu Bantal (yang ni pun ok jugak)

    Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
    boleh menerima keadaan seadanya.
    Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
    bukan nafsu semata-mata.


    4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki (haha.. yg ni better jauhkan)

    Mereka mempunyai sifat kurang baik.
    Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
    Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
    Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
    Mereka tdk suka berusaha.


    5) Tidur tanpa Bantal (yang ni biasanya jenis yg tegas & bekerjaya tinggi) tapi ok jugak.. hehe
    Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
    Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

    yang manakah pilihan korang? :rolleyes:
     
  7. highlander

    Senior

    Joined:
    Sep 25, 2008
    Messages:
    1,641
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    Yaya.....kalau dengan tdo pun, semua yang hal2 kelambu boleh terbongkar....x[ayah nak sorok atau bermuka.....mlm nie dah boleh check sorang2 punya tdo cmne.:)
     
  8. krolbiz

    Newbie

    Joined:
    Sep 22, 2008
    Messages:
    1,600
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    36
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Wah.. wah.. macam2 cara tidor yek.. Pernah jugak saya tengok dalam TV ada orang tido sambil berjalan..!!

    Haa.. Korang tau tak macam mane cara tido Nabi kita yg tercinta..?

    Rasulullah tido di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Tapak tangan kananya di atas pipi. Air mata sering berlinang di tapak tangannya tu bila teringatkan kita umatnya.. Berusahalah jaga adab tido, elakkan kaki bersilang atau tertiarap atau mengangkat punggung. Tutup aurat dan tidoah di tempat yang selamat daripada bahaya serta kotoran.

    Ada sedikit hadis berkaitan tido ingin saya sampaikan....

    &#8220;Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.&#8221; (Hadis riwayat Tarmizi)

    Sabda Baginda SAW bermaksud: &#8220;Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.&#8221; (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) :)
     
  9. JaMaL

    Senior

    Joined:
    Jan 14, 2009
    Messages:
    5,530
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +12 / 0 / -0
    aku tido camni la...tapi perangai tak sama macam tu pon..hehehhe
     
  10. MrGochekYaye Jr

    Newbie

    Joined:
    Nov 1, 2011
    Messages:
    52
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    cam x same je cam aku.....huuu...tido pon leh nilai orang ea..???
     
  11. michaeleng

    Newbie

    Joined:
    Nov 11, 2011
    Messages:
    31
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    owh....menarik...:)
     
  12. imranmalik

    Newbie

    Joined:
    Apr 19, 2010
    Messages:
    54
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    tapi rasanya banyak data kajian yang korang post adalah data dari orang puteh yang mana cara hidup, adat dll berlainan dengan kita kat asia ni. so maybe ketepatan data dan hasil kajian tidak 100% kena dengan rakyat asia
     

ibeli4u

Share This Page