Kad Bisnes

Discussion in 'Ada Sesiapa Yang Tahu...' started by Badruzamani Bin Azmi, Aug 23, 2006.

By Badruzamani Bin Azmi on Aug 23, 2006 at 9:22 PM
  1. Badruzamani Bin Azmi

    Badruzamani Bin Azmi
    uix_expand uix_collapse
    Super Senior

    Joined:
    Jul 28, 2006
    Messages:
    772
    Likes Received:
    8
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +8 / 0 / -0
    Salam bahagia,

    Rasanya dah hampir berpinau mata saya nak cari sama ada dah ada orang buka topik fasal kad bisnes. Jadi pada sesiapa yang terjumpa thread mana dah bincang pasal topik ni sila maklumkan kepada saya.

    Kalau di alam maya, kita menggunakan sigfile sebagai pengenalan bisnes kita. Namun begitu, kad bisnes juga tidak kurang penting sebagai satu cara untuk menarik pelanggan/client.

    Dengan kepesatan teknologi IT, terdapat pelbagai software membuat kad nama/kad bisnes. Dari segi keperluan, ia mampu untuk menjimatkan kos bagi mereka-mereka yang baru berjinak dengan bisnes online.

    Jadi, mungkin ada yang bertanya :
    • Bagaimana standard untuk membuat kad nama bisnes secara persendirian/buat sendiri?
    • Kertas macam mana yang sesuai untuk membuat kad nama ini?
    • Berapa kadar semasa jika mengupah syarikat perkhidmatan membuat kad nama/kad bisnes?

    Jadi, jika sesiapa yang berpengalaman, tolong la jawab pertanyaan orang baru ini. Segala jawapan, saya dahulukan denga ucapan TERIMA KASIH. :)
     
  2. Loading...


Sub-Categories: This article has no sub-categories

Share This Page

Comments

Discussion in 'Ada Sesiapa Yang Tahu...' started by Badruzamani Bin Azmi, Aug 23, 2006.

    1. mysticmind
      mysticmind
      saiz standard = 2 X 3 inci.

      design sendiri then antar kedai2 yang cetak..
      selalu 100 or 200 pcs (lupe dah) dalam 30inggit
      tgk tempat juga.

      kalau diorang design selalupun hodoh template default sotware jer..
    2. fai
      fai
      design sndiri puas hati..

      :D
    3. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Ya, betul. Memang puas hati kalau design sendiri. Tetapi, masalah saya kalau nak buat dalam kuantiti banyak. Hantar fotostat kat kedai, dia bagi kertas A4 lembut. Kalau hantar kat kedai yang buat kad ni, nak bagi dalam bentuk apa? Dalam bentuk kertas A4 yang sudah siap design ka atau dalam bentuk digital? Sebab takut nanti, bila saya save dalam pen drive, mereka tidak dapat open pula fail tu sebab tak ada software yang saya guna :? Ada yang kata save dalam bentuk grafik (jpg) tapi macam mana nak tentukan saiz dan pixel yang sesuai. :?
    4. mysticmind
      mysticmind
      dlm bentuk kad 2X3 inchi.. ada siap kotak lg.
      aku dulu buat skit2 print kt kertas tebal or glossy paper tuh jer.. then potong potong.. potong2 tu leceh..

      last2 aku pi kedai jer senang...

      slalu save .psd jer
      kalau rasa2 ada mslh camtuh . save jpg.
      300 pxl / inch.. or paling kurang 150/inch .. set document saiz tuh penting.
    5. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      :D :D :D Ya, memang nak potong-potong sangat melecehkan. Walaupun dah beli, papan pemotong kertas tu tapi masih lagi tak mampu nak potong dengan betul. Kena ada skil sikit. Leceh la nak belajar. Ingat nak buat gaya 'square-circle', tapi tak menjadi. Ia kena pakai kertas khas (macam bonjol-bonjol sikit tu, saya tak tau nama ia tapi pernah tengok). Jadi senang sikit bila nak potong guna papan pemotong tu. Saya ada beli kertas A4 80gm. Bila pakai kertas ni masa print memang sebab ia 'keras' sikit. Tapi, sakit hati bila suruh adik pi fotostat hari tu, pekerja cina kat kedai tu buat 'hala-balai' sahaja. Memang tak puas hati dengan kualitinya. Jahanam kertas saya tu.

      p/s - Sekarang ni tengah tengok pelbagai contoh design kad bisnes yang saya dapat. Macam-macam gaya. Kadang-kadang orang ambil simpan/buang sahaja. Jadi, berbaloi kah kita buat kad nama mahal-mahal? Design tak elok pun, orang tak minat nak tengok. :?
    6. linn
      linn
      berapa range harga untuk satu set kad nama kalau kita tempah?
    7. hasrul
      hasrul
      Harga bergantung.. kalau ada promotion kat tempat saya haritu RM20.00 (order 100 dapat free 100 lagi = 200)

      Biasanya dalam range RM25-40.

      Kalau nak print sendiri... gunakan kertas tebal (saya biasanya pakai "ivory paper". Boleh dapat kat stationary. untuk 100 helai dalam RM30. satu helai kertas boleh cetak 10 keping namecard.

      Cara memotong : gunakan pembaris besi(pembaris plastik tak boleh). Pastikan pisau sentiasa tajam. tekan kuat² tangan jangan goyang. biasanya bila potong, dalam 5 helai pisau tu akan tumpul. Jadi kena patahkan mata dia.

      Software : biasanya dia orang pakai illustrator atau coreldraw. tapi kena tanya dulu ler kedai printing tu. Saya print sendiri pakai laser jet printer. walaupun black and white, cuba design seolah² nampak macam warna.

      Design : Ringkas tak berbelit² dan kemas. Warna, sedap mata memandang.
    8. linn
      linn
      Berpatutan juga harga kalau range seperti yang Hasrul cakap tu..saya buat kat one utama , dalam rm70. Lepas ni kena suruh member design
    9. iskandar
      iskandar
      Huh?

      Ngape nak buat sendiri. Drpd buang masa 4-5 jam baik pergi ke the Mall/Yoahan kat depan PWTC. Naik ke tingkat atas .. berlambak tukang buat kad. Diorang kasi design, kita kasi arah saja hehe ..

      Tak ingat dah berapa charge .. tapi dlm lingkungan RM20 -40 utk 1 set kalau tak silap. Mmg macam ckp Hasrul tu .. lingkungan tu je harganya.
    10. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Kat KL lain lah. Macam-macam ada. Kalau belah luar bandar ni kena lah bergantung pada usaha sendiri. Lagipun, bila buat sendiri ni kita boleh belajar design. Mula-mula memang payah sikit tetapi bila dah kenal tool, faham effect dia dan belajar dari majalah / buku, nanti pandai lah. Tak boleh nak harap orang sangat. Bagi seorang yang tiada pendapatan, RM20 sangat berharga bagi mereka. Terpaksa fikir berkali-kali untuk membuat perbelanjaan yang tidak pasti mampu memberi pulangan balik.
    11. iskandar
      iskandar
      Alamak bro'

      Minta maaf sangat2. Tak perasan yg you kat Bukit Mertajam.
      Saya faham .. masa saya duduk kat Perak dulu pun mmg susah nak buat benda2 macam tu.

      Maaf silap saya. Ingatkan org KL.
    12. b1naryc0de
      b1naryc0de
      Kalau nak saya buat:

      1 set (100 keping)
      design sendiri = RM37
      saya designkan = +RM8 = RM45

      kalau design sendiri standard size 9cm x 5.5 cm.. boleh hantar dalam bentuk fail photoshop/illustrator (saya pakai photoshop dan illustrator CS2)/*.png.. jpg pon boleh tapi pastikan clear..

      nih contoh name card saya..

      depan

      belakang
    13. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Ya, program tu mungkin hanya sesuai kepada mereka yang sudah mahir menggunakan perisian grafik sebegitu dan kepada mereka yang ingin buat design sendiri :). Sebenarnya sekarang dah ada program di pasaran yang boleh buat kad nama tanpa memerlukan pengetahuan merekacipta grafik yang tinggi. Dengan program seperti ini ramai dah boleh merekacipta kad nama sendiri.

      Kad nama ialah salah satu cara nak promosi perniagaan dan perkhidmatan kita. Tetapi, kita tidak boleh nak harapkan pada satu cara ini sahaja untuk melariskan perniagaan kita. Ada kalanya, ada di kalangan masyarakat yang hanya terima kad nama individu lain lalu di simpan sahaja. Kadang-kadang ia di buang sahaja waktu mengemas. Tidak kiralah sama ada kad itu di buat dengan kos yang tinggi atau tidak, ada individu yang tidak ambil kisah kalau 'kehadiran' kad itu hanya 'menyemak mata', ia akan dibuang sahaja ke tong sampah.

      Jadi, bagaimanakah kita nak jadikan kad itu simpan (tidak semestinya menarik) oleh penerimanya? Ini satu persoalan yang kita semua perlu cari jawapan. Ada sesiapa yang tahu jalan penyelesaian. Silalah kongsi...
    14. b1naryc0de
      b1naryc0de
      Sebenarnya name card nie bukan untuk dibagi kepada semua orang macam pamplet.. Hanya kepada mereka yang kita baru kenal dan berminat dengan servis kita..

      Macam saya kalau jumpa dengan orang tertentu dan berbual tentang apa bisnes atau nak buat apa2 urusan dengan orang tu baru saya bagi name card.. Sebab apa?? Sebab kalo kita bagi pada semua orang, bukan semua yang perlukan servis kita jadi for sure dia akan buang name card tue.. But bagi orang yang deal dengan kita dia akan simpan untuk rujukan dia di masa akan datang.. Saya pon simpan banyak name card orang lain kalau2 saya perlukan khidmat diorang lagi..

      Lagi satu ianya untuk jaga kita punya reputasi.. Bayangkan kita jumpa dengan orang besar2.. Then kita nak bagi contact kita.. Err kalo takde name card nak bagi camner?? Simpan dalam hs dia?? Tulis atas kertas?? Apa persepsi orang tu pada kita??

      Untuk promosi lebih sesuai gunakan pamplet ataupon gunakan name card berkos rendah (hitam putih dan print/photostat atas kertas biasa).. Lebih cost efective.. Tapi janganlah cincai sangat.. Biar simple janji padat dengan informasi..
    15. joerzoe
      joerzoe
      rasenye kat internet pun banyak template untuk design business card ni.Cari je yang free then edit ikut selera kita.Tak payah nak susah2.
    16. galadriel
      galadriel
      huhu...

      bagus gak buat bisnes kad... time saya gi cuti hari tu ada 2-3 orang berminat nak tahu tentang membina website...aku ni lak takde bisnes kad, so main tulis atas kertas je...lain kali memang kena buat bisnes kadlah.... baru nampak professional sikit...
    17. mohdsufian
      mohdsufian
      Betul tu kak galadriel. Kalau ada bisness card lagi nampak menarik dan profesional. Lepas tu Bisness card tu design bagi cantik dan menarik.

      Badrul,

      Apa nama software tu? Tak pernah dengarlah pulak. Biasa guna Photoshop jer. Kalau nak template bisness card nie pun memang banyak.

      Ada dalam photohshop, ada pulak dalam illustrator.
    18. code7
      code7
      a'a.. aku pun buat kat the mall jer.. leh dapat rm28 dgn 100 keping bizcard.. kalo buat byk maybe dpt murah.. aku dgr ada satu kedai melayu tu kalo kita design sendiri leh dapat murah rm20.. guna illustrator... kalo guna photoshop kene dpi 300 ke atas...
    19. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Maaf Sufian, sebab tunggu lama (tak perasan sebelum ni).

      Pasal program buat kad ni, dulu pernah guna photoshop dan printshop deluxe.

      Sekarang saya lebih suka guna program My Professional Business Card. Selain banyak pilihan font, design dan warna, ia senang digunakan dan tidak perlu banyak setting sangat.

      Cuma perlu pilih sahaja pilihan yang ada. Sesuai untuk yang masih baru yang buat kad nama.

      Tapi, ia juga bagi pilihan untuk design sendiri bagi yang dah expert.

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. cara buat bisnes kad guna photoshop