31/12/2015

Jatuh, bangun, jatuh lagi, tergolek, dan bangun lagi

Discussion in 'Motivasi & Inspirasi' started by KhairulMN, Feb 14, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. KhairulMN

    KhairulMN
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Apr 10, 2010
    Messages:
    1,249
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Assalamualaikum,

    Saya teruskan kisah saya walaupun database WC bermasalah sebelum ni dan kisah-kisah saya sebelum ni tidak dpt diselamatkan. Yang penting WC selamat dan kesemua profile kita selamat. Maka syabas bagi Shuth.

    Di thread yang lalu, saya akhirkan dgn kisah saya pada 2002, usia nk mencecah 22 tahun dan sudah ada 3 server di rumah. Bisnes yang baru saya tutup bernama SGHosts.

    Masa tu, saya tidak tahu lagi akan adanya servis 'reseller'. Pada masa tu juga saya baru berjinak-jinak dengan PTC. Antara program PTC yang pertama saya cuba adalah 12DailyPro. Dari program tu lah saya dapat cheque pertama saya berjumlah USD124++. Skang da tkde lagi website tu. FBI buat penyiasatan dan didapati website tu menjalankan skim Pyramid atau Ponzi.

    Website tu tutup 5 bulan selepas saya dpt cheque. Pada awalnya, saya tidak percaya dengan cara buat duit sebegini. Tapi memandangkan modalnya amat rendah (Nk upgrade ke Gold account kat 12dailypro tu cuma USD10). Jadi saya pun upgrade. Selama 3 bulan, hari-hari saya akan click advertisement. Dari situ dpt kenal lagi banyak website.

    Bila da ada USD124++ tu saya cuba untuk withdraw dan saya berjaya withdraw duit saya. Tapi saya masih rasa ragu2 lagi. Kerana masih tk yakin. 10 hari kemudian, dpt cheque dari luar negara. PUN masih ragu-ragu. Mak saya takut saya buat business haram. Macam-macam beliau soal tentang apa yang saya buat di internet.

    Saya ke bank, dan bank pula kata memandangkan ini adalah cheque overseas, kene tunggu lagi 10 hari. Bila da bank in, saya pun lupa lah pasal cheque tu (10 hari lama kot, dan masa tu tk perlukan duit sangat kerana masih menjalani perkhidmatan negara dan ada allowance, walaupun business hosting baru sahaja tutup) dan menjalani kehidupan seperti biasa.

    Apabila saya ke ATM untuk keluarkan duit selepas 2 minggu cheque tu di-bank in, saya hairan kenapa ada duit lebih dalam akaun kerana seingat saya, cuma ada SGD24 sahaja (memang cukuplah kalau nak sampaikan hari dpt allowance). ini dalam akaun ada SGD235!

    Cepat-cepat saya balik dan periksa bank statement. Rupanya cheque tempoh hari tu da clear! Apa lagi, otak saya pun mula ligat. Saya fikir, kalau ada 1 website macam ni, mesti ada beribu-ribu website mcm ni. Yg saya perlu buat, cuma cari je!

    terus saya jadi mcm orang gila. Apa sahaja website yang mcm 12dailypro saya join. dorang suruh upgrade saya upgrade. Tapi saya tidak akan join yang suruh upgrade melebihi USD20.

    Masa ni saya belajar lagi satu perkara penting dalam dunia IM dan online business. Berhati-hati dengan website scam. 90% dari program yang saya join tu adalah scam. 12DailyPro tu lingkup pasal mereka tidak dpt nk berikan maklumat terperinci kepada FB semasa siasatan. Boleh dikatakan beribu-ribu jugak lah member dorg ni. Siap ada forum lagi kat website dorg.

    Dari situ, saya mula kenal tentang e-book. Sebagai newbie yang betul betul newbie, mmg tk reti satu benda pun lah. 2002 kalau ada WC ni memang power! Pasal masa zaman saya, semuanya kene cari secara manual. Boleh dikatakan, masa tu dgn ilmu yang kurang, saya boleh ingatkan bila saya beli e-book, serta merta dgn baca ebook tu esoknya dah boleh jadi kaya!

    Kadang-kadang saya hairan, kenapa dapat PDF je. Kata 'plug-n-play'. Macam-macam soalan 'kurang pandai' yang bermain dlm otak saya ni. Saya pernah terfikir "Bukan ke aku patut dpt BUKU fizikal? Apasal kene download? Kalau download, kenapa aku kene bayar sampai USD27?"

    Bila da faham, dah tahu, baru lah rasa diri ni sangat-sangat kurang ilmunya. Mula-mula rasa malu juga nak berkongsi. Tapi kalau sekiranya dpt beri manfaat pada semua, saya akan berkongsi juga. Especially tentang kesilapan-kesilapan saya yang kurang pandai yang buatkan saya gagal.

    Masa tu saya kenal Clickbank, adwords, adsense. Kerana cheque pertama tu, saya percaya Internet ni memang boleh buat duit tanpa modal yang besar seperti sebelum ni.

    Masa tu juga saya dpt tahu tentang reseller hosting. Kali ni, saya buat pelan baru untuk hosting dan web design. Pada masa yang sama setelah kene scam berkali2 dengan PTC dan download ebook yang saya tk tahu nk gunakan, saya ambil keputusan untuk belajar IM juga.

    Dari situlah (tahun 2002), detik saya di IM bermula..

    Akan saya teruskan perkongsian perjalanan saya dalam dunia IM dan Online business di masa akan datang Insya Allah.

    Diari Saya (Bersambung dari yang lepas), IMNoob
     
    • Like Like x 11
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.