Info mengejutkan tentang KACANG SOYA..

Discussion in 'Health & Fitness' started by Cikgu Umi, Apr 25, 2011.

Share This Page

  1. Cikgu Umi

    Newbie

    Joined:
    Apr 10, 2011
    Messages:
    99
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

    Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


    Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


    Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
    Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
    Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

    Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

    FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

    Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
    (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
    (2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

    Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

    Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

    Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

    (3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
    Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

    (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
    Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

    Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

    Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

    Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

    Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

    FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

    FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


    Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan
     
    #1 Cikgu Umi, Apr 25, 2011
    Last edited: Apr 25, 2011
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. pjutawan aka mhnizam

    Newbie

    Joined:
    Aug 3, 2008
    Messages:
    1,592
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    36
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Saya ada terbaca tentang research diatas.Oleh kerana saya adalah pegawai dietetik(dietitian) yang memang terlibat secara langsung dalam bidang pemakanan izinkan saya memberi pendapat. Cuma dari segi penggunaan soya adalah suatu yang kontroversi dimana kajian yang menunjukkan kebaikan dan keburukan adalah lebih kurang sama banyak. Melalui perbincangan dalam komuniti penggunaan kacang soya harus di ambil secara sederhana dan seimbang. Ini bermaksud pengambilan secara berlebihan adalah dilarang.

    Makanan sunnah memang tidak harus ditinggalkan kerana banyak kajian sedang dijalankan menunjukkan kebaikan makanan sunnah.
     
  5. Hafiz Wasa

    Senior

    Joined:
    Feb 24, 2008
    Messages:
    1,181
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    isu kacang soya memang kontroversi. perkara ini sama juga dengan kes minyak kelapa sawit.

    disini mengatakan kacang soya boleh menyebabkan kanser dan di barat menyatakan minyak kelapa sawit
    mencetuskan kepada penyakit kardiovaskular.

    seolah2 ada sesuatu konspirasi antara 2 jenis sumber makanan tersebut.
     
  6. pjutawan aka mhnizam

    Newbie

    Joined:
    Aug 3, 2008
    Messages:
    1,592
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    36
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    yeap betul tu sebenarnya basicnya balance....kalau kita ambil madu,buah kurma secara berlebihan pun dah tak ikut sunnah dah...sbb sy tgk org kita bila cakap makanan sunnah dia ambil punya la banyak...Nabi pun ambil sekadarnya...apa yang rasul kita bawa itu memang tepat contoh makan sebelum kenyang...org kita makan lg,selagi belum kenyang telan je la
     
  7. miecyber

    Newbie

    Joined:
    Aug 7, 2009
    Messages:
    376
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Ini satu kejutan bagi saya...
     
  8. lohiera

    Newbie

    Joined:
    Feb 11, 2010
    Messages:
    367
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Terima kasih Cikgu Umi atas perkongsiaan, kacang soya sebenarnya mengalih kita dari pemakanan sunnah. Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi s.a.w kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak. Minuman yang paling digemari oleh Nabi s.a.w. dan tentunya paling berkhasiat ialah SUSU KAMBING!

    Oleh kerana ternyata terlalu banyak kandungan bahan kimia berbahaya terutama untuk kaum hawa, lepas ni kena elaklah daripada minum air soya. Huu. Sedih jugak, air soya ni best lagipun.
     
  9. amirza

    Newbie

    Joined:
    Nov 11, 2008
    Messages:
    233
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    salam ,

    kesimpulan nya ... makanlah tempe....sebab ianya telah ditapaikan.....
     
  10. hasli

    Newbie

    Joined:
    Dec 23, 2009
    Messages:
    125
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    tak bagi dah kat anank aku!!!
     
  11. maizul.com

    Newbie

    Joined:
    Oct 3, 2009
    Messages:
    705
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    betul ke fakta ni Cikgu Umi? ambil dari mana ye? bahaya juga soya ni ye
     
  12. Hafizi MediaSerius.com

    Newbie

    Joined:
    Oct 30, 2010
    Messages:
    609
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    saya suka minum air soya ni..xsangka ada kesan negatif..
     
  13. zaf2k

    Newbie

    Joined:
    Apr 24, 2011
    Messages:
    81
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    biar betik...
    byk produk berasaskan protein kat market skang nie
     
  14. the.one

    freshman

    Joined:
    Mar 27, 2011
    Messages:
    19
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    ayooo...bini aku slalu wat air soya, camne tuuu
     
  15. asasindino

    Newbie

    Joined:
    Dec 25, 2009
    Messages:
    1,385
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    saya pn same gak...takut nih..hehe

    p.s: p jumpa doktor dulu..nk wat check up :)
     
  16. asasindino

    Newbie

    Joined:
    Dec 25, 2009
    Messages:
    1,385
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    bahaya nie bro..air soya yg cmner tue? hehehe
     
  17. nsdder

    Newbie

    Joined:
    Jun 23, 2011
    Messages:
    154
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Macam ni x boleh dah le minum air soya ni sebab saya ni pengemar soya. Terpaksalah berlaih kepada makanan lain.
     

ibeli4u

Share This Page