Harian Metro Hari Ini:Web alat seks

Discussion in 'Sembang Umum' started by abg_x, May 3, 2009.

Share This Page

  1. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Harian Metro
    Oleh NAZARALI SAERIL dan FUAD HADINATA YAACOB


    KUALA LUMPUR: Menyedari kedai mereka mudah dikesan dan diserbu pihak berkuasa jika melakukan urus niaga secara konvensional, kini pengeluar dan peniaga aksesori seks tempatan menukar strategi dengan menjual produk melalui Internet.

    Pemantauan Metro Ahad mendapati kewujudan berpuluh laman web tempatan menjual pelbagai aksesori dan ubat rangsangan seks, dengan segala urus niaga dilakukan melalui talian atau ‘online’. Malah, pelanggan turut dialu-alukan untuk menjadi ejen atau wakil penjual.

    Pelanggan hanya perlu membuat tempahan dan membayarnya secara pindahan wang menggunakan akaun bank penjual sebelum barangan dihantar melalui pos dan dijamin sampai selepas beberapa hari.

    Malah, satu daripada laman web erotik popular beroperasi di sekitar Selangor menyediakan khidmat tempahan dan pembelian barang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon.

    Antara aksesori seks yang dijual ialah alat sulit tiruan wanita dengan harga semurah RM50 dan zakar tiruan pelbagai bentuk serta saiz dengan harga RM50 hingga RM100.

    Bagaimanapun, tanpa disedari, sebahagian besar aksesori ter****t tidak dijamin keselamatan atau kesesuaiannya hingga ada pengguna ditimpa musibah seperti kerosakan pada kemaluan akibat menggunanya.

    Kini timbul persoalan, pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab mengawasi dan mencegah urus niaga produk terlarang itu? Ini kerana jurucakap tiga kementerian yang dirujuk Metro Ahad, masing-masing memberitahu ia di luar bidang kuasa mereka.

    Tiga kementerian ter****t ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang kini menaungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

    Bahagian Komunikasi Korporat KPDNHEP ketika mengulas urus niaga aksesori seks di Internet memberitahu Metro Ahad, kementerian itu hanya bertanggungjawab terhadap urus niaga barangan secara biasa di kedai.

    Menurut jurucakap bahagian itu yang enggan nama dan jawatannya diketahui, masalah jualan aksesori seks di Internet sepatutnya diajukan kepada SKMM bagi mendapat penjelasan lanjut.

    “Pengedaran atau penjualan barangan melalui Internet dikenali sebagai e-dagang. Merujuk kepada penjualan aksesori seks melalui Internet, kami tiada kuasa untuk mengenakan tindakan terhadap penyedia laman web itu atau penjualnya.

    “KPDNHEP hanya boleh mengambil tindakan jika barangan dibeli rosak atau tidak menepati piawaian ditetapkan ketika sampai ke tangan pembeli. Jika perkara seperti itu diadukan, kita tidak teragak-agak untuk bertindak,” katanya ketika dihubungi.

    Bagaimanapun, menurut jurucakap itu, KPDNHEP sanggup bekerjasama dengan SKMM atau pihak berkuasa lain melakukan pemantauan penjualan serta pengedaran barangan melalui Internet.

    Apabila masalah ini dirujuk kepada SKMM, Bahagian Komunikasi Korporatnya mengeluarkan satu kenyataan bertulis kepada Metro Ahad memaklumkan kegiatan jual beli atau perdagangan barangan sama ada melalui kedai, jualan langsung atau melalui Internet bukan di bawah bidang kuasa mereka.

    “Alatan atau produk berkaitan seks adalah barang larangan. Kegiatan jual-beli atau perdagangan barangan bukan di bawah bidang kuasa SKMM.

    “SKMM bertanggungjawab mengawal selia perkhidmatan Internet selain membantu agensi penguatkuasaan lain daripada segi bantuan untuk mereka menjalankan aktiviti penguatkuasaan jika wujud kesalahan yang menyalahi peruntukan di bawah agensi ter****t,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, SKMM tidak melesenkan laman web tapi ada kuasa untuk bertindak jika pengendali laman web melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dengan menyediakan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam, atau jelik dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

    Jurucakap Bahagian Perhubungan Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula memberitahu, kementerian berkenaan tiada kuasa untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang ter****t dalam pengedaran atau penjualan aksesori seks melalui Internet.

    “KDN hanya bertanggungjawab perihal penerbitan bahan bercetak seperti buku, majalah dan surat khabar, tetapi tidak mem****tkan kandungan dalam laman web.

    “Bagaimanapun, kami boleh mengambil tindakan jika penerbitan dalam laman web ter****t berunsur fitnah, mengganggu gugat ketenteraman awam selain aspek keselamatan,” katanya yang enggan namanya dinyatakan.

    Sementara itu, pemantauan Metro Ahad di Internet mendapati memang mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis aksesori seks atau ubat perangsang seks.. selebihnya baca sendiri di... www.hmetro.com.my
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. aqifdg

    Senior

    Joined:
    May 3, 2008
    Messages:
    702
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    salam..
    mak aih..ade jugak kes macam ni
    :(
    hm..
     
  5. azza

    Newbie

    Joined:
    Apr 8, 2009
    Messages:
    68
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Nie laman webnya - http://seks2u.com
     
  6. species1980

    Newbie

    Joined:
    Sep 1, 2008
    Messages:
    236
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    benda nie rasanya ade dua tiga lagi laman web yang samer..... eloklah tu METRO kasi promosi murahan.....:(
     
  7. paklong

    Newbie

    Joined:
    Dec 31, 2007
    Messages:
    4,279
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    36
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    kalau web cam ni mana ada lucah.
     
  8. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Web aku ni lucah tak...? www.sensa-ayuzip.com
     
  9. fdelixx

    Newbie

    Joined:
    Apr 8, 2009
    Messages:
    684
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    nak jual produk seks ni kene la betul2 dijamin selamat n berkesan..lagi satu kene jual pada yg dh kahwin je...Yg dalam surat khabr 2 x tau la betul ke x..Tapi jika g pasar @ lorong2 memg bnyk jugk org jual bende ni...takut jugak..kualiti ntah mane2.. pk2 kn la
     
  10. Amirul Hafiz

    Newbie

    Joined:
    Jun 9, 2008
    Messages:
    5,177
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    alamak ai..
    bahaya btul nie...
    camner lak web aku nie ek
     
  11. markaragnos

    Newbie

    Joined:
    Jan 25, 2007
    Messages:
    759
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    heh....Metro ni dah takder modal nak buat berita.....sampaikan berita dalam kain pun nak dijadikan frontpage....pagi Ahad pulak tuh.....******* minda budak2 kalau baca......tapi yg hairannya tak pulak KKDN ambik tindakan kat Metro tu sebab hidangkan kat kita sebegini rupa punya berita yang takder faedah langsung.....merosakkan lagi aderlah......memang Harian Metro suratkhabar low class.....lepas tu biz online dikatanya skim cepat kaya???????
     
  12. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
  13. Amirul Hafiz

    Newbie

    Joined:
    Jun 9, 2008
    Messages:
    5,177
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    hek2...laki dilarang masuk?
     
  14. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Yup.. laki tak leh masuk.. tak sesuai.
     
  15. maliq

    Newbie

    Joined:
    Mar 7, 2008
    Messages:
    425
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    metro ni dah takde modal dah.
    free2 dapat promosi web2 tersebut.
     
  16. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    UPP rampas alat seks dari China

    Oleh SHAH NIZAM OMAR
    shahnizam.omar@kosmo.com.my

    KUALA KEDAH - Peralatan seks dari China adalah antara barangan yang berjaya dirampas oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Kilang Tebu di sini kelmarin.

    Barangan lain yang turut ditemui antaranya ubat, teh, baja dan parabola dipercayai untuk dipasarkan ke negara ini yang kesemuanya bernilai RM12,742.

    Komander UPP Kedah, Mohd. Noor Idris berkata, dalam serbuan pukul 4.50 petang itu, seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas.

    "Kita percaya rumah ini menjadi pusat pengedaran barangan seks secara haram termasuk barangan lain," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

    Mohd. Noor berkata, barangan yang dirampas berupa 10 unit alat pembesar kemaluan lelaki, 90 peket ubat 'Africa Black Girl' dan 160 peket ubat 'Black Shell'.

    "Barangan seperti baja dijumpai di dalam bilik di tingkat atas manakala parabola pula disorokkan di dalam kotak di bahagian tepi rumah," katanya.



    Abg_x nak phased out www.sensa-ayuzip.com then concentrate kat www.gdi.aridztech.com
     
  17. PonTianaK Degil

    Newbie

    Joined:
    Sep 24, 2008
    Messages:
    635
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Web ni bukannya jual toy sex. tak salah kot.
     
    #15 PonTianaK Degil, May 30, 2009
    Last edited: May 30, 2009
  18. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Yang kot2 tu la bahaya... Abg_x pun nak phased out dari barang2 XXX ni.. banyak lagi bizz power.. seperti domain dan webhosting.. :)
     
  19. PonTianaK Degil

    Newbie

    Joined:
    Sep 24, 2008
    Messages:
    635
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Haish, kalau abg_x phased out, saya kene wat cmtu gak
    la ek?
     
  20. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Phase out product kontroversi jer.. product2 yg memang ok, continue la..
     
  21. PonTianaK Degil

    Newbie

    Joined:
    Sep 24, 2008
    Messages:
    635
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Owh ok. So, product dalam list microsoft excel tu,
    tak kontroversi kan?
     
  22. abg_x

    Newbie

    Joined:
    Dec 14, 2006
    Messages:
    1,987
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Hmm... sebenarnya, abg_x dah tapis dah produk2 tu.. memang tak ada produk untuk tujuan melepaskan nafsu.. cuma ada sensaring or vibrator ring jer, yang boleh digunakan untuk suami isteri.. yang lain.. produk- produk biasa sahaja.. tapi mengikut laporan tu.. produk2 "bagi besar" pun tak boleh.. dah tu cam ne kalau cam tu.. gulung tikar la jawap nyer kalau nak ikut.. bukak bizz lain pulak.. ;)
     

ibeli4u

Share This Page