Google Minat Melabur Di Malaysia

Discussion in 'Sembang Umum' started by Imo Imora, Jan 27, 2008.

By Imo Imora on Jan 27, 2008 at 3:05 PM
  1. Imo Imora

    Senior

    Joined:
    Sep 7, 2006
    Messages:
    452
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Daripada: OTHMAN MOHAMAD

    DAVOS 26 Jan. – Google Inc, syarikat gergasi enjin carian Internet, telah memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDEC) dalam usaha untuk mewujudkan pangkalannya di Malaysia.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Google berminat untuk melabur di Malaysia memandangkan terdapat prasarana cukup dan kedudukan geografi yang strategik.

    ‘‘Malah, rancangan-rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kita boleh membantu pembangunan Google mewujudkan pangkalan mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

    Terdahulu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.

    Selain itu, kata Abdullah, Google menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang merupakan yang tertinggi berbanding di negara-negara rantau Asia Tenggara.

    Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan-kemudahan yang disediakan kelak juga akan dapat dimanfaatkan oleh negara.

    Google Inc merupakan sebuah syarikat awam dan enjin gelintar (carian) Amerika Syarikat, yang pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998.

    Setakat 30 September 2006, syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 9,378 orang pekerja sepenuh masa.

    Penyenaraian awam Google dibuat pada 24 Oktober 2004 dan syarikat itu kemudiannya mencapai nilai hampir RM76 bilion.

    Melalui beberapa pembangunan produk baru, pengambilalihan dan perkongsian, Google berkembang daripada syarikat enjin pencarian serta pengiklanan kepada bidang-bidang lain termasuk e-mel, laman web, pemetaan dalam talian dan produktiviti pejabat.

    Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

    Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, Google menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui Internet yang menjimatkan kos bagi para pengiklan.

    Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu telah membuktikan ia bersedia menjadikan topik-topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.

    Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.

    ‘‘Jadi ia menjadi forum yang cukup responsif kepada apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala - sesama pemimpin kerajaan tetapi juga dengan ketua-ketua syarikat besar di dunia,” katanya.

    Sementara itu, Abdullah serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang juga berada di sini, telah mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari mulai 18 Mei ini di Kuala Lumpur.

    ‘‘Sambutannya baik. Datuk Seri Jamaludin dan para pegawai MDEC mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” jelasnya.

    – Mingguan

    Sumber: Utusan

    Apakah kesannya pada perniagaan internet di Malaysia? Jom bincangkan :D.
     
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Sembang Umum' started by Imo Imora, Jan 27, 2008.

    1. titaniumhijau
      titaniumhijau
      aku ada baca paper mingguan pagi tadi..ehm..nampak cam menarik. Mesti sebab ramai orang malaysia join adsense nih. Hehe..bukan sebab pakai search engine diorang kot..
    2. Imo Imora
      Imo Imora
      Yap saya pun rasa camtu jugak la. Disebabkan adsense ni. Malaysia kan top 1 pengamal adsense (eceh pengamal.. he2).
    3. baem
      baem
      kalau yerlah apa yang dikata...

      aku nk mintak keje ngn GOOGLE sbb aku pernah tgk dlm net opis dia dekat US dh mcm funfair..

      best gilerrr....
    4. reezluv
      reezluv
      erm..semoga aku dapat tgk office yang besar ade kat Malaysia ni dan boleh la kita buat lawatan smbil belajar nanti..hehe..Yahoo takde ke?nape Google sahaja?:)
    5. mohdhilmi.com
      mohdhilmi.com
      reezluv, yahoo di Malaysia org kita jarang "terokai"..

      macam pak cik GooGle, org Malaysia ni 'pengamal' adsense.. ;)

      saya rasa, sbb ni lah pakcik Google pilih Malaysia.. Bukan sahaja ramai dah kenal google, tapi dah mendatangkan income pada rakyat Malaysia.. mcm kawan kita, syed ikhwan :)
    6. ikram84
      ikram84
      huhuhuh... silap-silap nanti ada kena banned pulak kerana adsense... cuba kita tengok banyak gila e-book bahasa malaysia mengenai adsense... harap-harap jangan lah yerk
    7. mysinar
      mysinar
      Aku pun dah baca kat paper kenyataan google nak melabur di Malaysia nie.. sounds look good.. aku rasa sesapa yang kena ban boleh "settle tepi" :) huhuhu. .. lepas nie "GOOGLE LOVE MALAYSIA" lah...
    8. starline
      starline
      Google dah nampak market kat Malaysia ni cerah.Sebab ramai pakai Adsense.Diorang untung kita pun untung jugak.Sama2 untung.
    9. spritzer
      spritzer
      lps ni tak payah ambik duit guna Western Union. boleh terus pegi ambik kat ofis Google. :D
    10. aku
      aku
      pak lah jadi jurucakap Google ke? ;)

      adeh...
    11. reezluv
      reezluv
      xkot..maybe leh la terus bank in ke akaun memasing.:)
    12. hssn
      hssn
      Harap2 apa yang dinyatakan oleh google tu di kotakan lah ye...
    13. emet
      emet
      Suh lah google wat skola Adsense kat Malaysia...

      Nanti Syed Ikhwan ble jadi cikgu besarnye... :D
    14. fahmishah
      fahmishah
      aku rasa kira ok lah tu.tapi bila malaysia nak ada kompeni macam google?
    15. mCrew
      mCrew
      Earlier reports here said that Google was looking at Malaysia,
      India or Vietnam to establish the world's biggest server farm
      -- a cluster of powerful computers used to store data.

      Source: Google 'looking at Malaysian base'


      Google nk pasang server kt Malaysia? boleh harap ke line internet kat
      Malaysia nie?
    16. internetwarrior
      internetwarrior
      Kena siapkan resume la macam ni.. kekek

      Nak try kompeni US lak..

      kat US, 3000 application nak keje kat Google sehari di terima.
    17. Dzul
      Dzul
      uishh..boleh tahan malaysia ni..dasyat..huhu
    18. Han
      Han
      ni berita baik ni...
      harap betul lah berita ni...
    19. ramzy0
      ramzy0
      huhuhu, biggest server farm. popular ler Malaysia nanti. ^_^
      tapi rasanye line internet tu, ada special line kot utk
      company mcm Google nie. penah terbaca satu artikel pasal ni,
      tapi tak ingat dah kat mane.

    Share This Page

Share This Page