formula luar biasa mohd nizam

Discussion in 'Ada Sesiapa Yang Tahu...' started by yusli, Jan 16, 2007.

By yusli on Jan 16, 2007 at 10:33 PM
  1. yusli

    Senior

    Joined:
    Jun 11, 2006
    Messages:
    334
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Ada Sesiapa Yang Tahu...' started by yusli, Jan 16, 2007.

    1. MisterSir
      MisterSir
      As'kum,

      Terima kasih kepada sdra Yusli kerana cuba mengetengahkan
      isu Mohd Nizam di ruang forum WC yang kita hormati.

      Bagi saya ini merupakan satu perkara yang baik kerana
      segala keraguan tentang Mohd Nizam (MN) dapat dijawab di sini.

      Mungkin sdra bertanya kenapa saya perlu menjawab bagi
      pihak MN? Selaku pemilik laman web www.aurajutawan.com
      yang mempromosi MN secara khususnya (nak kata saya ejen pun
      boleh, affiliate pun boleh), saya perlu bertanggungjawab
      untuk menerangkan segala keraguan yang timbul.

      MN pada mulanya tidak tahu saya mempromosinya melalui
      laman web. Segala maklumat tentang MN saya dapat dari salesletter
      dan bulletin yang dikirimkan kepada saya sejak 2004 lagi.

      So it's safe to say that MN telah bekerja keras untuk mencapai
      pendapatan yang didakwa. Adakah RM245,000 mustahil untuk
      dicapai dalam masa 2 tahun?

      Mengenai MN belajar dari Yanik Silver, Jeff Paul, Dan Kennedy,
      kenapa tidak? MN ada beritahu saya dia ada memiliki produk
      webcopy yang dikeluarkan oleh Yanik dan banyak lagi produk-2
      dari guru gayapos/internet.

      Saya rasa semua warga WC pun akan berbelanja besar
      untuk memiliki setiap produk yang dikeluarkan oleh
      Internet Guru. Kira satu pelaburan bijak untuk memantapkan
      ilmu di dada. Apa yang dipelajari dicurahkan pula untuk mengajar
      orang lain. Bahagian ni, MN tidak jauh bezanya dengan Kidino,
      Saifulsham, Gobala dan ramai lagi terutamanya otai-otai kat WC
      ni.

      Yang menimbulkan keraguan siapa Mohd Nizam ni? Tiba-tiba
      mengaku dapat RM245,000 dalam 24 bulan..

      Internet Guru mana ni?

      Oh..dia usahawan gayapos...

      Tak kenal pun dia...chisss...apa kelas usahawan gayapos....
      ni mesti pengedar surat berantai, program giro, program ikhwan,
      dan yang sewaktu dengannya......

      SORI!!! Agak dramatik saya hari ni.....hehehe.....

      Bukannya apa...ramai orang tak faham apa sebenarnya
      konsep perniagaan gayapos. Yang mereka tahu, gayapos ini
      selalunya dikaitkan dengan program skim cepat kaya.

      InsyaAllah saya akan tulis satu ebook mengenai "Berkuburnya
      Perniagaan Gayapos di Malaysia" ala-ala "death to Adsense".

      Ok mengenai harga RM199. Adakah MN sudah tidak siuman
      kerana meletak harga yang begitu tinggi? Saya ada menyentuh
      hal ini dalam laman web saya tu. Sila rujuk balik.

      Izinkan saya untuk memetik jawapan MN
      dari salah satu manual dari produk MN (bukan FLB).

      [I]"Mulanya saya menjual FLB yang berharga RM39, dan jika
      anda hendak tahu saya berjaya menjual hanya 5 buku sahaja!
      Saya termenung dan bertanya mengapa mereka tidak membeli
      buku ini walaupun isi kandungannya cukup baik sekali

      Saya membeli dan membaca pelbagai kursus gayapos dan
      mencari puncanya.

      Kemudian saya menjual FLB edisi kedua dan ianya meletup
      walaupun harganya 5 kali ganda lebih mahal! Ya saya menjual
      FLB ini dengan harga RM199 dan bermulanya satu empayar
      gayapos yang cukup berjaya di Malaysia.[/I]


      Mengapa FLB edisi kedua lebih berjaya walaupun dengan
      harga yang lebih mahal? Jawapannya ialah................."


      Oops...mengamuk MN nanti kalau saya mendedahkan
      jawapannya.

      Apa yang dilakukan oleh MN ialah dia buat kajian (test).
      Adakah salesletter, offer, harga atau dot dot dot....

      So tak jauh bezanya dengan apa yang dilakukan oleh
      usahawan internet yang lain....TEST......TEST....TEST....

      Kepada sdra Yusli, cuba baca semula kandungan salesletter
      FLB. Adakah MN sengaja nak letak harga mahal atau ada
      rasional di sebaliknya...

      Kepada warga WC yang lain, kalau nak dapatkan salesletter
      berkenaan, janganlah segan-segan untuk isi form dalam
      www.aurajutawan.com (sori mod bukan sengaja nak promote,
      tapi untuk memberi penerangan dan penjelasan yang sebenarnya..)

      Selain dari tu, mungkin warga WC nak tahu juga kekuatan salesletter
      FLB ni yang telah diciplak oleh A**** A*** untuk website
      T****** L*** B****...Ya betul...habis headline/subheadline
      dan sebahagian isi dikebas oleh A****...

      Saya harap penjelasan saya ini dapat meredakan sedikit keraguan
      yang timbul. Walau apapun, segala komen dari warga WC
      saya alu-alukan. Yang penting kita berforum dalam suasana yang
      matang dan penuh berhemah.
    2. zinedine
      zinedine
      Saya dah pernah register kat website Aura Jutawan tu. Kemudian Syed Akil pos kat saya 3 helai surat yg bertajuk "Sistem RM750 Sehari". Ini saya ringkaskan kandungan surat tu.

      Dlm surat jualan tu ada menceritakan bahawa seorang anak Melayu iaitu Mr. X atau Mohd. Nizam yg telah menggunakan sistem ini berjaya memeprolehi pendapatan RM11,689.00-tanpa bercakap atau berjumpa dgn sesiapa. Sistem yg digunakan adalah sistem dari Jeff Paul, Dan Kennedy dan BOMMM!!

      Juga dilampirkan salinan cek dan wang pos yg Mr.X perolehi setiap hari selepas bangun dari tidur. Anda juga boleh mendapat wang mudah seperti Mr.X jika anda mengetahui teknik dan strategi yg dia gunakan. Juga dilampirkan penyata Maybank dari bulan Jun-Julai 2004 yg menunjukkan ribuan ringgit didepositkan ke akaun Mr.X setiap hari sehingga jumlahnya mencecah RM25,701.44 sebulan. Dan ingat, Mr.X menjalankan bisnes ini tanpa pekerja, hanya isteri dan dia saja secara sambilan di rumah.

      Diberi 3 Bonus:
      1- Buletin Peluang & Sukses
      2- Strategi Yanik Silver Menulis Surat Jualan Yang Memperolehi RM90,000.00 Dalam Masa 9 Hari (Bonus ini bernilai RM50.00)
      3- Edisi Siasat. PANAS!! Edisi Siasat-Rahsia Sebuah Laman Web Yang Menyebabkan Pemilik Kaya-Raya Selepas Menciplak Salah Satu Idea Mohd. Nizam Dibongkar. Saya akan tunjukkan tanpa segan silu pemilik laman web itu. Khabar angin yg didengari katanya dia dpt sebulan RM250,000.00.

      Disertakan sekali "Borang Pesanan Tanpa Risiko". Laporan ini dijual pada harga RM30.00 secara wang pos atau bank-in ke Maybank si Syed Akil. Cepat beli sebelum saya terpaksa menamatkan tawaran bonus ini agar tidak terlepas kisah panas ini. Tawaran bonus ini mungkin ditamatkan bila-bila masa sekiranya pemilik website dan kuncu-kuncunya cuba main kasar!!!

      Poskan ke alamat Syed Akil di Kuching Sarawak.

      Benda yg nak disampaikan oleh Mr.X ni bukan percuma sebenarnya tapi kena beli dgn harga RM30.00.
    3. adiputra
      adiputra
      saudara Yusli,
      saya rasa lebih baik saudara tanya pada mohd nizam sendiri ataupun mistersir.Bukan apa...bukan boleh komen sebarang..sebabnya WC sekarang tengah diperhatikan oleh polis siber dan juga gaban.Mungkin nanti bila dikomen yang tak disukai oleh sesetengah pihak, mereka akan menganggap WC seperti rasaksa gorgom lalu polis siber akan datang bersama kesatria baja hitam untuk mengenakan 'tendangan padu maut'.
      Inilah yang susahnya menjelaskan sesuatu yang walaupun benar tetapi pahit.Itu baru polis siber,belum ultraman lalat,siber rider,naruto,sin chan dan doraemon.Ultraman saja pun ada 17 beradik yang dok perhati WC.PAYAH PAYAH.

      ps: sorila kalau melalut yang bukan bukan.Bukan apa..teringat masa kecik kecik dulu
    4. Wayne
      Wayne
      Siapakah polis siber itu? Betul ke ada?

      Peh, kalau ada... lagi kita suka. Biar para polis itu pakat banteras ramai2 segala macam jenis Skim-yg-kita-pun-tak-faham-sistemnya yg byk berlambak kat luar sana..

      Internet Marketing di Malaysia ni sy boleh katakan sedang berkembang, masih di peringkat awal. Kita sedih la, di peringkat tunas mcm ni, dah mcm2 skim kelentong wujud. Persepsi masyarakat dah tentu akan negatif..

      WA
    5. kaiba910
      kaiba910
      satu komen yang best lagi kreatif
    6. gabot
      gabot
      polis siber? betul tu Wc penuh unsur unsur tu selalu nak jadi juara kot.... selalu prejudis... tapi takpe lah ade kontra dan pro memang bagus... yang kontra selalu yang tak dapat camne nak buat.....

      p/s tah ape2 aku melalut...
    7. MisterSir
      MisterSir
      Terima kasih kepada sdra Zinedine kerana susah-susah
      nak taip semula salesletter saya. Kalau beginilah semangat
      sesama Warga WC untuk tolong menolong buat promosikan
      bagus. Nanti ada masa saya poskan salesletter FLB enam
      muka surat, boleh sdra Zinedine taipkan semula kat
      sini pulak….;)

      Dah buat macamana kalau saya followup pakai pos dan
      insyaAllah itu yang akan saya buat sekiranya saya
      mengeluarkan produk saya sendiri.

      Mula-mula terdetik apasal semua ni, nak buat
      “witch hunt” ke?

      Tapi bila difikir-fikir mungkin saya followup pakai
      gayapos, that’s the problem!

      Ni mesti ada sesuatu ni….

      Untuk pengetahuan semua, dalam pakej FLB ada
      beberapa produk yang diberi resale right. So,
      saya ambil “Sistem RM750” beserta salesletter
      (harga asal RM40 tapi saya jual RM30) dan cuba promote.
      Ia juga merupakan lead product di mana saya akan
      buat backend untuk pakej penuh FLB yang berharga
      RM199 (saya sertakan salesletter FLB bersama panduan
      “Sistem RM750”). Mungkin selepas ni saya tumpukan
      kepada FLB saja….

      Tapi saya buat testing sebab itu sdra Yusli terima
      salesletter FLB sementara Sdra Zinedine terima
      “Sistem RM750”). Inilah kelebihan mail order.

      Saingan anda yang 100% guna online tak tahu
      strategi yang anda gunakan.

      Sebab itu sesiapa yang gabungkan promosi mail
      order dan online mempunyai kelebihan dibandingkan
      kalau promosi secara online sahaja.

      Inilah yang saya cuba sampaikan tetapi tak mustahil
      ada orang salah faham. Terus buat hukuman tanpa
      menyelidik.

      Kekuatan FLB ialah cara MN membuka satu demi
      satu lapisan teknik menjual produk berbentuk
      maklumat menggunakan mail order. Terus-terang
      saya katakan, MN mengkaji dan belajar dari Yanik Silver,
      Jeff Paul, Dan Kennedy, Joe Vitale, Peter Sun, Marlon
      sanders, Ted Nicholas dan ramai lagi.

      Hasil kajian itu kemudian dipersembahkan dalam
      bentuk “easy reading” agar pelanggan FLB boleh
      mempraktikkan dan belajar pada masa yang sama.
      Mungkin soalan anda warga Wc kat sini, relevankah
      apa yang cuba disampaikan dalam FLB dgn onlinebiz anda?

      Mungkin ada yang menjawab “lecehlah gayapos ni.
      Nak tulis nama kat envelop, dah tu fotostat salesletter,
      bubuh setem dah tu antar kat pos ofis. Malaslah aku buat
      kerja bodoh! Guna online lagi best. Tekan satu butang
      je, beribu-ribu prospek yang baca. Lagi efisien!”

      Soalan saya adakah ia efektif 100%?

      Contohnya saya antara ribuan affiliate utk seminar
      SaifulSham. Mungkin prospek yang hobinya isi mailing list
      semua warga WC akan menerima pelbagai e-mel dari
      setiap penjuru tentang seminar berkenaan. Masalahnya
      mereka dah lali sebab dalam sehari beratus-ratus
      e-mel berbentuk promosi menerjah inbox. Kadang-kadang
      e-mel yang dihantar masuk folder bulk atau hilang
      dalam “black hole”.

      Dan satu lagi, adakah anda akan membaca semua
      e-mel anda dengan penuh konsentrasi?

      Maksud saya betul-betul baca?

      Tiba-tiba datanglah Mistersir yang secara senyap-
      senyap mengumpul alamat rumah prospek (affiliate
      lain kumpul e-mel je) hantar surat ataupun poskad
      (ni Alex mandossian punya speciality) kepada mereka.
      Apakah perasaan prospek berkenaan bila memegang
      dan membaca surat yang mempromosi seminar saifulsham?

      Seperti kata marlon sanders
      You're going to be sending postcards and letters
      that people will hold in their hands and actually read.
      Everyone knows that the response to direct mail is
      multiples of what you get to email. The word is
      direct mail. Now, to us hardcore Internet marketers,
      in the past that was a dirty word.


      “Eeee lainlah mamat ni buat promosi. I rasa he
      really understands me….”. ( untuk efek yang lebih,
      gunakan suara auwww anda yang serak-serak kering….)

      Perhatian : Respon tadi yang typical segelintir
      prospek buat tapi tak mustahil ada yang menyumpah-
      seranah. Tapi ingatkan mereka siapa anda dan
      kenapa mereka menerima mail dari anda.


      Berbalik kepada perkara pokok…..

      Jadi tolong jawab, adakah saya dan MN melanggar
      undang-undang? Adakah law untuk usahawan gayapos
      dan internet berbeza? Correct me if I’m wrong…..

      Baca semula apa yang ditaip oleh sdra Zinedine.
      Saya menawarkan pembelian tanpa risiko iaitu
      jaminan wang dikembalikan.

      Kalau tak puas hati, kembalikan. Begitu juga
      MN dgn pakej FLB. It’s as simple as that….

      Seperti kata marlon sanders, ada segelintir
      hardcore IM mengganggap hanya orang yang
      keji sahaja yang menjalankan perniagaan
      gayapos.

      Jadi adakah IM tempatan juga memiliki
      pandangan sedemikian? Kalau ada warga WC
      yang bersikap sedemikian , tolong angkat tangan…..

      jangan-jangan ada yang menganggap saya tak
      layak berada di forum ni…

      aahh....maybe it’s time for me to go…..

      Saya rasa “that’s it”. Kepada warga WC yang
      telah membaca coretan saya yang penuh
      merapu selama ini, maafkan saya jika saya
      terkasar bahasa. Banyak perkara hebat dan
      tak pernah terlintas di fikiran saya telah saya
      pelajari dari forum ini.

      Bagi saya hidup perlu diteruskan. Kalau tak
      bagaimana saya nak beri makan minum anak-anak
      dan isteri saya.

      Kepada pemilik forum ini iaitu sdra shuth, para mod
      yang baik hati dan pengunjung setia WC yg
      selalu menyumbang idea-idea bernas, terima kasih
      kerana menjadi guru saya. Jasa anda semua
      tak dapat saya lupakan! Hanya Allah sahaja
      yang dapat membalasnya….

      YOU ROCK, MAN!
    8. ApOgEE
      ApOgEE
      waa.. apekebende lak nih? Er.. maafkan saya MisterSir, buleh x tolong jelaskan se 'simple' yg mungkin.. sakit tengkuk nak baca nih...

      soalannya...

      Adakah bisnes yg mungkin dicipta hasil pembacaan buku t'sebut ada kaitan dengan bisnes multi level bayar duit kat upline pastu dpt duit dari downline?

      Atau, kita jual buku yg ajar kita cara jual buku tu jugak dan boleh jual cam kita gak. Marketing jer bagai nak rak... (Maaf, jangan tersinggung.. saya cuma ingin kepastian sebab bisnes cam ni selalu kawan saya buat secara pos dulu... dpt duit banyak, tapi cam x de ilmu je sbb kita ni mcm tipu org dgn cara war-warkan sesuatu 'rahsia' yg akhirnya jadik cam kita... letak iklan kat Metro pastu kalau dah semua org buat menda tu jugak? sapa nak beli dah?)

      Sila jelaskan seringkas mungkin.. terima kasih :)
    9. Wayne
      Wayne
      Sy respek saudara MisterSir (yg rasanya sy boleh panggil dengan gelaran "pakcik" dah ni =) ) beserta idea yg dikemukakan.

      Mungkinkah ini menandakan bermulanya era "direct mail" di negara kita, sebagaimana asalnya ia di US begitu popular hingga menjadi model kepada semua perniagaan internet hari ini.

      Inovatif.. =)

      WA
    10. XploR
      XploR
      haha yg cmni mmg ramai terkena dan terpaksa buat... MN cmni gak ke? dah lame kenal surat dia, nk beli mahal.... dlm surat dia tu ade gmbr 2 org anak dia tgh main2 dgn envelope berisi $$$ katenye laa..

      misterSir, formula MN tu mcm yg ApogEE kate ke?
    11. Ashey eVAZ eLLEN
      Ashey eVAZ eLLEN
      Saya masih tidak faham dengan pakej yang dijual oleh MR Nizam.. Harap MisterSir terangkan.
    12. Ashey eVAZ eLLEN
      Ashey eVAZ eLLEN
      dan betul ke ble wat duit???????:)
    13. abdfatah
      abdfatah
      memang betul laa cuba try search formula flb pro dengan keyword search tu... eh guna search cari post yang terdahulu tu...
    14. PonTianaK Degil
      PonTianaK Degil
      sal ni, senang cite,
      die jual informasi....
      jual informasi cara nak wat duit melalui gaya pos..
    15. lutfee
      lutfee
      sape kat sini yg beli dan berjaya mempraktikkan teknik gaya pos tersebut?
    16. abdfatah
      abdfatah
      mereka yang dapat komisen laa yang dah berjaya....
    17. lutfee
      lutfee
      tu yg komisen, yg praktikkan sendiri dgn produk sendiri xde ke?
    18. M.Asmid
      M.Asmid
      Saya juga pernah terima surat tawaran secara pos daripada MN bukan sekali dua tetapi berkali-kali.

      Apa yang MN tawarankan tu memang power gila. Bagi saya semua tu strategi bisnes sama macam semua IM yang ada kat Malaysia nie. Cuma berbeza bidang aje.
    19. MisterSir
      MisterSir
      Kumpulkan semua salesletter yang MN hantar kat anda.

      Walaupun anda tak beli produk beliau, anda boleh belajar
      sesuatu dari SL beliau....

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. formula luar biasa mohd nizam

    ,
  2. FLB tipu

    ,
  3. program formula luar biasa