31/12/2015

Faktor-faktor kegagalan dalam perniagaan internet

Discussion in 'Perniagaan Internet' started by wiraindrawan, Jun 25, 2010.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. wiraindrawan

    wiraindrawan
    Expand Collapse
    freshman

    Joined:
    Feb 13, 2009
    Messages:
    74
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    hai, semua:)

    Hari ini saya ingin berkongsi kenapa antara kita kurang berjaya dalam perniagaan internet khususnya newbie seperti saya..tadi saya telah menonton salah satu video daripada Suthan M( seorang pakar IM) yang menerangkan tentang kegagalan ini.. Antara sebabnya yang beliau katakan ialah:-

    1. Tidak memberikan komitmen yang secukupnya kepada perniagaan internet ini. Dengan kata lain, kita tak fokus pada business ini. Bila kita tak fokus pada sesuatu perkara maka apa yang kita buat tidak akan berjaya.

    2. Kurangnya ilmu pengetahuan tentang business ini terutamanya dari segi teknikal, pengetahuan dan ilmu tentang cara memulakan perniagaan internet.

    3. Tiada perancangan khususnya dalam jangka masa panjang. Strategi perlu dirancang supaya apa yang kita nak buat teratur dan membuahkan hasil.

    4. Kekurangan modal. Modal amat penting untuk memulakan sesuatu perniagaan tak kira lah apa jenis peniagaan sekalipun sama ada secara offline atau online. Walaupun modal perniagaan internet hanya dalam ratusan ringgit(murah) tetapi ianya tetap memerlukan modal.

    5. Malas (no take action).. Kita tak mengambil tindakan untuk memulakannya..

    6. Yang terakhir saya tambah sendiri, kita selalu bertangguh-tangguh untuk memulakannya. Ini menyebabkan fokus dah lari dan beralih kepada sesuatu yang tidak penting seperti menonton tv dan sebagainya.


    kesimpulannya, sebagai newbie seperti saya kita perlu membuang sikap-sikap di atas untuk berjaya dalam perniagaan internet ini.
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.