1. Salam..

    Kini saya melancarkan fiverr versi malaysia di wangcyber.net.

    Saya mempelawa warga wangcyber yang mempunyai hobi,tips,skill dan E-book yang boleh digunakan untuk menjana wang dengan bersama-sama memeriahkan Jual Beli Online Terbaik Di Malaysia - WangCyber Market Place.

    Dismiss Notice

Diabetes-Ibu Segala Penyakit!

Discussion in 'Health & Fitness' started by Irwan Mokh, Nov 3, 2010.

Share This Page

  1. Irwan Mokh

    Senior

    Joined:
    Oct 11, 2010
    Messages:
    894
    Likes Received:
    4
    Trophy Points:
    18
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    Diabetes atau pun Penyakit Kencing Manis merupakan satu keadaan di mana kandungan gula di dalam darah berada dalam tahap yang tidak normal atau melebihi paras normal.

    Keadaan ini juga kita kenali sebagai Hiperglisemia.

    Setiap tahun berjuta-juta rakyat di seluruh dunia di jangka akan mengalami penyakit Diabetes ini dan masih ramai di antara mereka ini tidak menyedari bahawa mereka sudah pun menghidapi Diabetes.

    Ini lah yang menjadi kekhuatiran para pengkaji Diabetes sebenarnya kerana angka sebenar penyakit Diabetes ini adalah satu angka yang sangat mengerunkan kerana ia terus meningkat dari tahun ke tahun tanpa menunjukkan sebarang penurunan kes baru di seluruh dunia.

    Untuk panduan kamu saya sertakan beberapa tanda dan simptom klasikal Diabetes:


    • Berat badan turun secara mendadak dalam tempoh yang singkat.
    • Kerap berasa dahaga dan minum minuman yang manis.
    • Bila dah kerap minum pastilah seseorang itu akan kerap ke tandas untuk membuang air.
    • Koma/Pengsan secara tiba-tiba
    • Luka lambat sembuh
    • Selalu berasa letih dan lesu


    Ingin saya ingatkan di sini bahawa tidak semua pesakit Diabetes akan mengalami tanda-tanda dan simptom yang telah saya nyatakan tadi dan kebanyakkan nya hanya menyedari penyakit Diabetes ini setelah berlaku komplikasi seperti serangan Strok,serangan jantung,amputasi(di potong anggota badan ,kebiasaanya bahagian kaki),pengsan dan lain-lain.

    Oleh itu pengesanan awal Diabetes amatlah kritikal sekali,ini adalah kerana jika kita berjaya mengesan penyakit Diabetes ini di peringkat awal atau sebelum berlakunya nya komplikasi seperti yang telah saya sebutkan tadi maka keberangkalian untuk mengawal paras gula dalam darah mereka dalam paras normal adalah lebih mudah dan berkesan.

    Untuk pengetahun kamu penyakit Diabetes tidak boeh di sembuhkan jika kita telah menghidapinya ,ia cuma boleh di kawal sahaja melalui ubat-ubatan,penjagaan pemakanan dan senaman.

    Oleh itu informasi-informasi terkini mengenai penyakit Diabetes ini haruslah sentiasa di upadate kan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya agar rakyat Malaysia dapat mengetahui tanda dan simptom penyakit ini dengan lebih jelas dan secara logiknya juga kan meningkatkan lagi tahap pengetahuan kita rakyat Malaysia terhadap sesuatu penyakit .

    Kita juga janganlah berharap seratus peratus kepada Kementerian Kesihatan untuk memeriksa diri kita sendiri kerana itu merupakkan satu perkara yang mustahil.

    Oleh itu ,kita sendiri haruslah mengambil langkah "pro-aktif" untuk pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan berkala atau saringan kesihatan untuk diri kita sendiri .

    Pemeriksaan seperti ini tidak lah membebankan kerana kita hanya perlu membuat pemeriksaan berkala tersebut dalam masa 3 hingga 6 bulan sekali sahaja.

    Bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ayah,emak,adik-beradik,pakcik,makcik yang menghidapi Diabetes adalah di galakkan membuat pemeriksaan yang lebih kerap berbanding mereka yang lain.

    Ini adalah kerana faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor utama berlakunya penyakit Diabetes di negara kita khususnya dan seluruh dunia umumnya.


    Untuk maklumat lanjut mengenai "Diabetes-Ibu Segala Penyakit" sila tunggu artikel saya yang seterusnya.


    Sekian ,Terima Kasih kerana sudi membaca artikel saya ini sampai ke hujung nya.

    Iklhas dari saya,

    Irwandy
     
    • Like Like x 4
    #1 Irwan Mokh, Nov 3, 2010
    Last edited: Sep 29, 2012
  2. Loading...


  3. Syedz

    Senior

    Joined:
    Aug 31, 2008
    Messages:
    5,291
    Likes Received:
    4
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    btol tuh,
    sapa2 yg xkena tolong2 la jaga makan..
    kesian gak sesiapa yg kena potong kaki tangan sbb diabetis nih...
     
  4. Buli-bahh

    Newbie

    Joined:
    Nov 15, 2010
    Messages:
    127
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Sebenarnya diabetes bukanlah penyakit yang sukar dirawat, cuma kekadang belum terjumpa cara rawatan yang betul. Kita kena tahu, tiada satu pun penyakit yang tiada penawarnya di dunia ini kecuali mati. Oleh itu penting kepada penderita diabetes untuk terus berusaha mencari penawarnya, kekadang penawarnya ada disebelah kita, cuma kita sendiri tidak menyedarinya. Ramai penderita diabetes yang telah sembuh sepenuhnya, cuma kekadang kita tidak menyedarinya. Masing2 menggunakan cara mereka tersendiri untuk sembuh. Kita boleh buat pilihan, mungkin salah satu daripadanya sesuai dengan kita, yang paling utama, jangan mudah berputus asa, carilah penawarnya.
     
  5. zuljamil

    Newbie

    Joined:
    Jul 14, 2009
    Messages:
    1,422
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    7 langkah mencegah diabetes

    1) Ketahui risiko anda dan rancangkan aktiviti untuk mengurangkan risiko
    2) Amalkan pemakanan sihat
    3) Kurangkan berat badan jika mempunyai status berat badan berlebihan atau obesiti
    4) Kurangkan pengambilan gula
    5) Tidak merokok atau berhenti merokok
    6) Amalkan kehidupan yang aktif
    7) Kurangkan atau berhenti meminum alkohol

    Jadi, beringat sebelum kena!
     
  6. RomeoRavent (RR)

    Newbie

    Joined:
    Nov 28, 2009
    Messages:
    1,196
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Btul tu..skiranya pnyakit ini lmbt d rawat ianya akan memudaratkan..
    sekadar perkongsian..
    Ayah saya merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit ini..
    kaki kanan nya juga telah d potong (sehingga paras atas buku lali) utk mengelakkan ianya bertambah serius..(tp alhamdulillah skrg dah pakai kaki palsu)
    apa yang dikatakan oleh irwan mokh itu benar..
    tetapi buah pinggang ayah saya jugak tidak berfungsi kedua2nya...
    apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi hanya ada 2 cara utk meneruskan kehidupan iaitu mendapatkan rawatan hemodialysis atau transplan (menukar buah pinggang yang baru dengan menunggu penderma atau sukarela)...
    rawatan hemodialysis haruslah dilakukan secara konsisten dengan cara mendapatkan rawatan 3 kali seminggu dihospital kerajaan, swasta dan klinik2 seumur hidup...
    penyakit diabetes ini juga boleh menyebabkan penyakit "kidney paralyzed" (buah pinggang rosak lah tu).....
    o.k saya tambah sdikit lg kesan ke atas diri apabila buah pinggang gagal berfungsi disebabkan diabetes:
    - Tidak boleh minum air melebihi 500-750 ML sehari...(sekiranya lebih air maka pesakit akan mengalami sesak nafas kerana air telah masuk ke paru2)
    - pada usia awal penyakit ini, pesakit akan mengeluarkan air kencing dalam keadaan normal tetapi apabila setahun @ 2 tahun pesakit langsung tidak akan mengeluarkan air kencing walau setitik pun kerana buah pinggang tidak lagi memproses air dan darah utk dikeluarkan..

    ini sahaja perkongsian saya..apa yang saya ceritakan diatas adalah berdasarkan pengalaman yang terjadi ke atas ayah saya...

    P/s : penyakit kidney paralyze bkn sahaja disebabkan oleh diabetes..tetapi pesakit yang menghidap penyakit darah tinggi juga berisiko menghidap "kedney paralyze..

    sekian,
     
  7. Buli-bahh

    Newbie

    Joined:
    Nov 15, 2010
    Messages:
    127
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Apabila sudah terkena diabetes, lama-kelamaan mesti ia dikaitkan dengan buah pinggang. Kenapa ini terjadi? Ramai yang mengatakan diabetes ada kaitan dengan buah pinggang, tetapi sebenarnya ramai yang tidak mengetahui, kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed" bukan disebabkan diabetes. Walaupun tanpa diabetes, kita tetap boleh terkena kerosakan buah pinggang "kidney paralyzed". Setiap orang yang telah menghidapi diabetes, ia pasti tidak pernah putus menjalani rawatan doktor, setiap kali rawatan, pasti doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepadanya. Pada mulanya ia menghidapi diabetes ia tentunya belum terkena kerosakan buah pinggang, namun setelah menjalani rawatan doktor untuk beberapa tahun (biasanya 4 tahun keatas), doktor pasti akan mengatakan ada tanda2 "kidney paralyzed".
    Punca sebenar kenapa buah pinggang tersebut rosak adalah disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor tersebut terlalu kerap dan lama, buah pinggang pula,selama pengambilan ubat doktor tersebut banyak melakukan kerja2 berat, menapis segala ubat, toksin atau apa saja yang kita makan. Kerja yang berat inilah yang membuatkan semakin lama buah pinggang akan lumpuh menjalankan tugasnya. Adakah doktor tersebut bersalah kerana memberikan ubat tersebut kepada pesakit sehingga penyakit tersebut bukan baik malah menambahkan koleksi penyakit?. Sebenarnya doktor tidak salah dan ubat yang diberikannya memang untuk penyakit yang pesakit hidapi. Kalau salah, buat apalah doktor tersebut belajar tinggi2 sehingga dapat dr Phd atau sewaktu dengannya.
    Doktor hanya orang yang memberikan ubat, baik manapun ubat tersebut kalau tiada yang dapat menghantar ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya, ubat tersebut akan menjadi sia2. Siapa yang menghantar ubat tersebut ke temapt yang berpenyakit tersebut? Dalam diri kita setiap zat, ubat, oksigen, atau apa saja yang diperlukan oleh tubuh kita, darah menjadi transit atau penghantar kepada semua itu. Sekiranya ada sebahagian saluran darah tersumbat, penghantaran ubat tersebut ke tempat yang sepatutnya tidak dapat dilakukan seterusnya ia akan membawa semuanya ke buah pinggang untuk di tapis dan dibuang. Oleh kerana terlalu banyak kerja yang diberikan kepada buah pinggang kerana ubat tersebut tidak sampai ke tempat yang sepatutnya, buah pinggang akan rosak. Kerosakan buah pinggang lebih memeritkan lagi penderita diabetes tersebut.
     
  8. Wan Sufi

    Newbie

    Joined:
    Mar 20, 2009
    Messages:
    515
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Bapa Segala Penyakit ada tak?:D (Gurau ja yer)

    Gula makin naik harga.Diebetes pon makin makmur dengan tambahan pesakit setiap tahun. Jagalah paras gula dalam minuman dan makanan. InsyAllah badan kita sihat.:)

    P/S: BMI TT di tahap mana? :D
     
  9. lohiera

    Newbie

    Joined:
    Feb 11, 2010
    Messages:
    367
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    ibu sgala pyakit diabetes, bapa sgala pyakit kanser kot. hihihi. gurau jugak.

    Diabetes Mellitus@kencing manis merupakan keadaan dimana blaku tahap abnormal tinggi gula (glukosa) dalam darah. Ini timbul
    kerana tubuh menghasilkan insulin sedikit atau tidak cukup. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan. Insyallah, diizinkan Allah psakit2 diabetes dapat mjalani khdupan spt biasa.
     
  10. PakarBuahPinggang

    Newbie

    Joined:
    Nov 28, 2010
    Messages:
    53
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Betul tu bro irwan.Penyakit diabetis ni kalau dah kena memang tiada ubat yang boleh menyembuhkannya.Jadi cara terbaik ialah mencegahnya.Cara yang paling baik ialah membuat pemeriksaan darah secara kerap untuk mengesan penyakit ini dari awal.
     
  11. laser

    Newbie

    Joined:
    Apr 2, 2010
    Messages:
    2,005
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    gula dalam badan banyak mana sekalipun, kalau kita rajin kerja, rajin bersenam, rajin beriadah, bersukan, dll takkan kene penyakit..risiko pon rendah..

    kalau gula banyak, pastu hari² dok atas kerusi dari ofis sampai balik umah..konfem la kene penyakit..dapat plak yang bilik beraircond..peluh tak keluar..bangun dari kerusi pon time tido je..yang ni konfem dapat penyakit..
     
  12. selipar_cunz

    freshman

    Joined:
    Dec 7, 2010
    Messages:
    5
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    cam aku yg asik dok minum soft drink ni.. :p huhuhu... bila la nak insaf nih
     
  13. rashid abdullah

    Newbie

    Joined:
    Sep 15, 2010
    Messages:
    239
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Takpe tuan..kena kuatkan semangat untuk kurangkan atau berhentikan terus soft drink ni. Saya pernah terbaca kajian yang menunjukkan secara purata ada kira2 6 sudu gula/can;mcm Coke,Pepsi dsbnya...bahaya tu..
     
  14. Khairul Zainudin

    Newbie

    Joined:
    Dec 7, 2010
    Messages:
    62
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    diabetes ni tak semudah itu. a very complex disease. kalau dah ada ubat untuk sembuh ;lama dah sembuh. first documentation adalah zaman Socrates lagi. Diabetes mellitus nama latin penyakit kencing manis ni. Elok jumpa doktor direct kat klinik untuk mereka yang umur 40 tahun ke atas. 30 % penduduk di Malaysia ini at-risk penyakit kencing manis, bukan ini sahaja obesity, hypertension, sakit jantung, diabetes, gout, fatty liver ni semua dipanggil "non - communicable disease" sebab ia adalah penyakit lifestyle. Sekadar peringatan untuk diriku yang dah obese ni.
     
  15. zuljamil

    Newbie

    Joined:
    Jul 14, 2009
    Messages:
    1,422
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Jadi sempena kenaikan harga gula di pasaran sekarang ni jika diambil dari sudut positif suruh kita kurangkan pengambilan gula seharian. Kalu makan kat luar tu order air kosong ja la.. Jimat dapat, kesihatan pun terjaga :)
     
  16. mfm84

    Newbie

    Joined:
    Aug 29, 2009
    Messages:
    519
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    salam semua

    nak tambah satu lagi

    selain diabetes melitus

    ada satu lagi jenis diabetes iaitu

    diabetes insipidus-kekurangan hormon antidiuretik
     
  17. wangxtra

    Newbie

    Joined:
    Mar 26, 2007
    Messages:
    29
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    itu macam ka? apa simtomnya? ada sama ka?

    bapak aku pun pesakit kencing manis... org perak katanya... suka makan manis.. mula2 mata kena operation laser untuk katarak... baru2 buah pinggang lak kata tak function.. kena la pie dialisis 3 kali seminggu... jari pulak dah kena infection... rabak jari bapak aku ditoreh dek dah bernanah.. satu badan pulak gatal2... mudah-mudahan selesai la masalah bapak aku nie...
     
  18. PakarBuahPinggang

    Newbie

    Joined:
    Nov 28, 2010
    Messages:
    53
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Saya amat bersetuju dengan artikel di atas tentang bahayanya penyakit kencing manis ini.Bilangan pesakit yang semakin bertambah dari tahun ke tahun adalah disebabkan yang paling utama sekali ialah tabiat pemakanan kita.

    Saya juga bersetuju bahawa cara terbaik untuk mengesan penyakit ini ialah dengan selalulah membuat pemeriksaan darah dengan kerap.Melaburlah sedikit demi kesihatan anda,tiada ruginya.
     
  19. PakarBuahPinggang

    Newbie

    Joined:
    Nov 28, 2010
    Messages:
    53
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Inilah bahayanya bro bila kena penyakit kencing manis.Sedikit demi sedikit ia akan merosakkan sistem organ yang lain termasuk buah pinggang.Ayah saudara saya meninggal akibat sakit jantung.Tetapi sebelum tu dah pun rosak buah pinggangnya,mata buta,kaki dah dipotong.Ngeri sangat penyakit ni.
     
  20. yusli

    Newbie

    Joined:
    Jun 11, 2006
    Messages:
    334
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Apa yg Aziel tulis ni betul. Saya pun bru tahu info ni drpd seorang akak yg pernah buka pusat haemodialisis (skrg ni akak ni berniaga brg keperluan bayi). Akak tu kata kebanyakan yg buat rawatan haemo ialah pesakit diabetes yg tlh lama. Kata dia kesan makan ubat yg banyak dan tempoh lama.
    Ada 1 artikel dr seorang dr pakar yg menyatakan ubat tahan sakit punca kerosakan buah pinggang...
     
  21. Cikgu Loh

    Senior

    Joined:
    Nov 22, 2010
    Messages:
    1,725
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    Yang penting jagalah pemakanan kita dan kuatkan bersenam...

    Insyallah kita akan dijauhkan dari sebarang penyakit terutamanya diabetes!.........
     

ibeli4u

Share This Page