Cara membeli secara borong barangan dari China?Step by step procedure?

Discussion in 'Ada Sesiapa Yang Tahu...' started by ryunixx, Aug 25, 2010.

By ryunixx on Aug 25, 2010 at 1:55 PM
  1. ryunixx

    Newbie

    Joined:
    Aug 25, 2010
    Messages:
    2
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Saya ingin membeli barang dari China..Tapi saya kurang jelas dengan procedure2 dan perkara yang perlu diketahui untuk membeli barang secara borong dari China.
    Harap saudara2 dapat memberikan tips atau panduan untuk mengelakkan penipuan berlaku.

    Thank you :)
     
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Ada Sesiapa Yang Tahu...' started by ryunixx, Aug 25, 2010.

    1. faezil
      faezil
      kalau nak tahu dari otai... pastinya jawapannya berbayar..... klik di sini... tak mahal RM80 je :).. ditulis oleh otai IM tu


      kalau nak jawapan free... aku boleh bagi... tapi sbb aku bukan otai.. jadi mungkin kurang berkesan la :p

      ok... ni aku cerita daripada pengalaman nengok member aku sendiri berurusan.

      Dia cari suplier kat alibaba.com... jumpa beberapa orang, dan dia contact melalui IM dan emel. Berhubung dengan mereka beberapa kali..cthnya hari ini... 2 hari kemudian..... 5 hari kemudian........ dan pastikan tidak ada percanggahan fakta.

      kemudian selidik laman web suplier... seharusnya mereka mempunyai laman web sendiri dan anda boleh kaji keprofesionalan laman web mereka.

      anda boleh google nama company mereka... dan cuba cari kot2 ada sejarah scam ke, komen negatif ker
    2. laser
      laser
      cari kat alibaba.com tu senang..tapi kene la soal selidik dulu sebelum berurusan..

      anggap alibaba.com tu macam mudah.my..kene selidik seller tu bebetul..kalau terkena scam memang tak dapat refund la..sama la cam mudah.my
    3. ryunixx
      ryunixx
      Actually sya dh contact bebrapa supplier through alibaba.com...tapi yela ni first time...so nak tahu mcm :

      1) Nak guna courier yg mn?Darat or udara?
      2) Lepas kastam or kena cukai ke tidak?
      3) Mcm mn nak transfer duit kat diorg?
      4) Last skali mcm mn nak btol2 pasti yg kite ni betol2 berurasan ngn supplier bkn penipu?

      Tolong ye..Otai2 WC.. =)
    4. laser
      laser
      saya bukan otai tapi saya boleh tolong jawab sebab dulu saya duk oversea dan berpengalaman pasal international courier ni..

      1. ada dua pilihan samada melalui laut (kapal) dan udara (kapal terbang)..lebih baik guna udara..antara yang terbaik dan murah adalah EMS..guna EMS kalau dari china dalam masa 3~5 hari boleh sampai..kalau guna kapal biasanya 3~6 minggu baru sampai dan bila guna kapal ni, kebiasaannya kotak akan jadi hancur (dah tak rupa kotak) kalau kotak tu besar kecuali kalau supplier seal keseluruhan kotak tu guna tape..

      2. pasal kastam ni bergantung budi bicara jugak..kadang² dia lepaskan..kadang² dia tahan..kalau taknak kene cukai biasanya tulis kat kotak tu barang tu adalah kegunaan persendirian atau gift..cukai ni pon bergantung jugak kepada nilai kandungan dalam kotak tu..kalau nilai tak terlalu mahal, biasanya lepas cukai..

      3. transfer duit elok guna paypal atau western union..

      4. yang ni susah sikit..search kat internet je pasal supplier tu..takpon tengok feedback..feedback ni pon sebenarnya bleh upah orang untuk buat..tapi kalau tengok feedback banyak dan tarikh feedback tu rapat² je, ada la yang tak kene tu..
    5. jomkecoh
      jomkecoh
      oh ade buku rupanya cara2 nk beli barang dari china..
    6. amrirazali
      amrirazali
      ok ini pengalaman saya yg baru setahun jagung dalam memborong di china iaitu pergi sendiri
      tempat saya pergi guangzhou

      kos
      -flight dlm RM700-RM1+++ bergantung la ini airasia yer bukan mas kalau mas lagi mahal
      -hotel dlm RM80-100 semlm boleh kongsi 2 org
      -mkn rm30-60 sekali mkn pun boleh kongsi 2 org pasal byk dia bg nasi+1 jenis lauk selalunya ayam la
      -pengangkutan teksi la atau tut-tut (motor 3 roda) paling mahal pun dlm RM15 sekali trip pergi blk dlm RM30 ini paling mahal yer
      apa lagi ek..ntah setakat ni otak aku rasa utk kali ni hahaha..

      cara nak deal x susah pun
      diorg ni x brapa pandai cakap inggeris so hentam jer la
      kadang2 ckp melayu pun mcm diorg paham jer haha..betul ni x tipu..
      selalunya diorg akan panggil member diorg yg pandai sikit inggeris don't worry
      isyarat tangan la yg lebih utk komunikasi..
      ayat2 yg slalu guna..how much? many2 (ini utk borong)

      ok ini penting sikit
      -kalau pergi borong kat china kita akan jumpa mcm2 brg
      so rambang mata la. jadi nasihat saya fokus satu brg jer senang
      kalau nak beli byk2 pun x ada masalah cuma kita akan rugi sedikit
      ini kerana kita dah pecahkan modal utk brg2 lain

      sbb di sana lagi besar kuantiti kita beli kita boleh runding harga
      ini selalu terjadi la w/pun bkn semua. adat memborong la..

      ok pause sini nanti lain kali saya kongsi lagi k
      tq
    7. bertong
      bertong
      aih....kita tak yah p china aar..kira berurusan ngan dealer je cam tu ka
    8. mustaqim
    9. amrirazali
      amrirazali
      boleh jer nak berurusan tanpa pergi ke china
      tp sanggup ker letak risiko kat situ?

      maksud saya
      kita x tahu sama ada peniaga sana jujur dgn kita ke tidak
      w/pun kita dah biasa beli dgn peniaga tersebut
      jika berlaku sesuatu diluar jangkaan mcm mana?

      cth:kita dpt brg yg bukan seperti kita mahu.
      nak minta ganti rugi? kene pulangkan brg?
      brapa lama lagi kene tunggu? semua tu
      akan menaikkan kos perniagaan. Itu belum
      masuk kalau kita dah promote kat customer
      atau customer buat pre order ker tetiba brg
      lain yg smpi x ke naya.

      nak deal pun org tu beribu batu jauh. kalau
      dia buat dek jer mcm mana?

      jadi semua ni atas kita la
      sama ada nak deal cara jauh atau dekat

      saya prefer cara dekat
      kurang2 kita boleh tgk dgn siapa kita deal
      kedai dia secara fizikal kita nampak
      kita tahu stock yg kita nak memang peniaga itu ada
      kita boleh check apa brg yg kita beli

      risiko kene tipu tu mana2 pun ada
      cuma kita dpt kurangkan % kene tipu tu

      mcm saya setiap kali beli
      saya akan check brg yg akan diperolehi dahulu
      baru saya minta packing
      saya hanya akan bayar deposit sahaja
      sehingga brg saya smpi kat tmpt forwarding
      check lagi skali baru byr habis.

      forwarding saya pilih syarikat Malaysia
      so nanti senang kalau berlaku apa2
      brg pun dah smpi kat tgn di malaysia baru byr kos
      forwarding. setiap urus niaga perlu ada resit
      sebagai bukti kita berurusan dgn siapa.

      ok stop sini la
      pjg pulak cerita ni hehe..
      ker ada ramai yg nak tau pasal borong kat china ni?
    10. zulariffin maarof
      zulariffin maarof
      agak rumit juga ye..ketabahan n kesungguhan memang kena ada.:)
    11. unerasia
      unerasia
      yup2 kesungguhan kena ada. banyak orang (mcm saya) akan give up awal, sbb malas bab2 deal/rundingan ni, lagi2 kalau pakai org tengah.

      kalau pegi sendiri memang mahal cost dia, tapi memula la, lepas tu dah ada persefahaman ngan penjual kat cina, biasanya akan jadi lebih mudah. lagipun cina biasa ship barang ke malaysia, so kebanyakan peniaga kat cina boleh uruskan penghantaran selepas persefahaman dah ada berdasarkan beberapa kali belian dibuat.

      saya pun tak tau, ckp ni pun berdasarkan pengalaman orang yang slalu ulang alik pi cina ngan bandung
    12. amrirazali
      amrirazali
      Saya x pasti ngan org lain mcm mana
      tp pada saya, saya lebih suka ada org yg
      uruskan tempahan brg2 saya di china
      terutama org malaysia sendiri yg senang
      di cari bila ada masalah

      kita tidak boleh jamin yg peniaga di china
      akan sentiasa jujur dgn kita
      ini berlaku pada minggu lepas
      semasa saya berada di china

      ada sorg kakak yg dah biasa
      ambil brg dgn satu kedai ini
      tp bila brg yg di order smpi
      tidak sama dgn apa yg dipersetujui
      sebelum ini..nasib baik kakak
      tu check dan sempat utk menukar
      semua order yg salah di berikan

      anda nampak situasi tersebut
      bila mana ada org yg check brg yg di order..

      dan semasa saya berada di china juga
      ada customer baru saya email kepada saya
      bahawa di telah menerima brg yg tidak
      seperti di minta apabila berurusan
      melalui alibaba.com dan untuk
      menukar brg yg di order dia terpaksa
      menunggu lagi sebulan utk dpt
      brg yg di order dan semestinya
      masih belum tentu adakah brg
      yg betul akan dia dpt..
      dan saya tidak pasti siapa yg akan
      menanggung kos penghantaran brg
      kembali ke china..

      ini cerita benar yg berlaku minggu lepas
      sekadar berkongsi sedikit pengalaman
    13. amrirazali
      amrirazali
      nak murah pergi china sendiri
      kena la booking ticket flight
      bila ada promotion.

      cth baru2 ini air asia buat
      promotion RM0.10 tu
      pergi blk China total RM2++
      sahaja. TP planning kena cun la

      rekod saya pernah dengar
      pergi blk China RM1++ shj

      makan kat sana x mahal pun
      paling murah saya pernah mkn
      RM6 sekali air botol oren merinda
      sedap gak..

      Paling mahal pun RM30
      sekali mkn tp makanan mcm utk 2 org
      hehehe..

      hotel RM80 semlm
      transport bas = RM1 sahaja
      metro = bergantung jarak
      teksi = paling mahal pun dari air port
      nak ke hotel dlm RM50
      kalau slalu jenjalan tu x smpi RM10 pun

      so kira2 la sendiri
      berapa kos pergi china.
      hehe..adios!
    14. Nikman
      Nikman
      worldwidebrands.com pun ok jugak...hehe tapi dier punya fee
      kaw2 lah...:D
    15. mdafran
      mdafran
      Salam.Apa yang Amrirazali cakap betul. Elok gi sana sendiri. Aku pun pernah pergi guangzhou. Tapi saje jejalan nga orang rumah. dari apa yang member-member dia kata, kekadang tipu tu tak leh elak. Satu contoh yang baik yang pernah di experience oleh seorang kawan ni ialah dia order kasut 500 pasang. Tapi yang sampai 500 ketul sebelah aje. Nak tak nak kena la order lagi 500 yang sebelah lagi. paling best kalau tau cakap Cina. Lagi dapat deal cantek sikit.
      Last edited: Jul 10, 2011
    16. amrirazali
      amrirazali
      mcm pernah dgr jer pasal kasut tu
      hehe..mintak jauh la terkena mcm ni
      letih woo..

      bkn nak kata semua peniaga
      kat china tu penipu..
      ada yg bagus lebih bagus
      dari peniaga di malaysia

      nak kata susah berkomunikasi
      x semua peniaga kat sana reti english ni
      hehe..itu yg kekadang aku ckp
      melayu jer tp ada body language la
      paham gak diorg hahaha..

      tp bila dah byk kali berckp
      ngan peniaga sana kita akan
      perasan patern perckpan diorg
      bahasa china tu pun
      boleh la nak ckp sikit2..

      bg aku x da la susah sgt
      nak hidup kat sana.
    17. whizzkid
      whizzkid
      Biasa ape yg korang borong kat sana? :D
    18. amrirazali
      amrirazali
      Biasa aku borong..
      mcm aku lebih kepada brg2 baby n kanak2..

      tp bila ada org minta kirim
      aku tolong la mana yg boleh
      aku mark up la sikit
      lepas penat lelah kan..
      lg pun bergantung masa yg ada la..

      sbb tu aku lg suka kalau org ikut skali
      sbb lepas tu dia dah boleh gerak sendiri
      x perlukan bantuan dari aku lg

      byk brg2 sana boleh borong
      cth:
      t-shirt
      sunglass/spek mata
      kasut
      china silk
      comforter 100% cotton

      ini yg biasa org kirim la
      pasal harga kat sana sgt..sgt..sgt..MURAH!!

      ada gak brg2 lain
      gadget2..ker
      brg IT ker
      pinggan mangkuk (susah sikit nak handle)

      mcm2 la senang citer..
      cuma jumpa x jumpa jer
      kalau cari tanya org mesti jumpa la..
    19. MJais
      MJais


      baru baca je dah rambang hati nak pergi beli...

      Banyakkan sabar dong...di bulan puasa lagi tuh...

      walaupun begitu thanks a lot for ur info... satu hari nanti InsyaAllah akan ke sana

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. pemborong kasut dari china

    ,
  2. beli barang dari china

    ,
  3. borong kasut dari taoboa

    ,
  4. cara tips order kasut macam mana,
  5. supplier kasut dari cina,
  6. kasut borong dari china,
  7. agen taobao penipu,
  8. cara beli barang borong dari china,
  9. kasut dari china - lelaki sport,
  10. cara order kasut dari china