Cara-cara nak buat e-book sendiri.

Discussion in 'Tips & Panduan' started by rurouni_khairul, Sep 28, 2006.

By rurouni_khairul on Sep 28, 2006 at 4:04 PM
  1. rurouni_khairul

    Senior

    Joined:
    Sep 22, 2006
    Messages:
    325
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Asalamualaikum,

    Say nak tanya laa, susah sangat ke nak buat e-book nie? Apa yang diperlukan untuk buat e-book nie? Bukan ape saya ingat nak buat e-book percuma untuk tujuan viral marketing...kalau ade sesiape yang sudi tolong le ajar ye
     
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Tips & Panduan' started by rurouni_khairul, Sep 28, 2006.

    1. percuma
      percuma
      Membuat e-book?Software ni mungkin membantu saudara

      Apa itu PDF Creator?

      PDF Creator adalah perisian utiliti sumber terbuka yang membolehkan anda menukar fail anda kepada format PDF.Denga PDF creator,anda boleh membuat imej dari dokumen anda,menggabungkan dokumen dan banyak lagi

      Apa yang anda boleh buat dengan PDF Creator?
      • Membuat e-book
      Salah satu produk yang terkenal di pasaran buat masa ini adalah e-book. Anda boleh membuat e-book anda dengan memilih fungsi print dan untuk langkah keselamatan, anda juga boleh meletakkan kata laluan (password) dan anda juga boleh set supaya pengguna hanya boleh print sahaja dan tidak boleh copy & paste e-book anda.
      • Membuat brochure
      Brochure anda lebih menarik jika menggunakan format PDF. Dokumen anda kelihatan lebih kemas dan yang paling penting cetakan format PDF adalah lebih baik dari dokumen biasa. Sebab itu juga anda perlu perisian percuma ini untuk menukarkan kepada PDF.
      • Format standard dokumen
      Pernah tak anda alami masalah setting tulis “lari”.Ini disebabkan perisian yang anda gunakan dan perisian membuka dokumen tersebut tidak standard.Katakan anda menggunakan Lotus Word Pro dan anda menghantar dokumen dalam format *.doc.
      Rakan anda membuka dokumen tersebut menggunakan Open Office.Segala format yang anda letakkan akan jadi tidak selari dengan apa yang anda buat.

      Dengan menukar kepada PDF,format ini boleh dibuka dengan Adobe Acrobat (Contohnya).Semua dokumen anda telah ditukar kepada format PDF dan tiada masalah setting lagi.Anda tidak perlu edit & betulkan perenggan yang “lari” tersebut.Anda boleh buka dan terus print dokumen yang anda telah tukarkan kepada PDF tadi.


      Ciri menarik PDF Creator
      • menukar fail kepada format PDF,Postscript (PS),Encapsulated Postscript (EPS),dan gambar (PNG, JPEG, BMP, PCX, & TIFF)
      • Menggabungkan beberapa dokumen dalam satu PDF
      • Menggunakan kata laluan (password) sehingga 128 bit pada dokumen PDF anda

      Cara menukar ke format PDF
      • Buka dokumen anda
      • buat pilihan untuk print (cetak) dan pilih PDF Creator sebagai printer anda.
      • Tunggu beberapa saat dan masukkan Dokumen Title: (Sekiranya anda mahu) dan maklumat lain jika perlu.
      • Pilih butang "Save" dan letakkan lokasi dimana anda mahu dokumen ini disimpan.

      Anda telah berjaya menukar dokumen anda kepada PDF.

      Meletakkan kata laluan (password) pada fail PDF
      Fungsi ini sangat sesuai bagi anda yang perlukan ciri keselamatan.
      Perisian percuma ini dilengkapi dengan encryption.

      Langkah meletakkan password pada PDF:-

      • Buka dokumen anda
      • buat pilihan untuk print (cetak) dan pilih PDF Creator sebagai printer anda.
      • Tunggu beberapa saat dan masukkan Dokumen Title: (Sekiranya anda mahu) dan maklumat lain jika perlu.
      • Perhatikan butang “Options” dan pilih format PDF dan pilih “Security” dan set samada untuk tidak membenarkan print, open dan pelbagai lagi pilihan.Anda juga boleh meletakkan password jika mahu
      • Tekan butang “save” dan “save” sekali lagi untuk meletakkan lokasi dimana anda mahu dokumen ini disimpan.
      • Masukkan kata laluan sekiranya anda pilih untuk meletakkan password pada dokumen anda dan tekan save.

      Ada pelbagai lagi koleksi Perisian Percuma yang terkandung di dalam CD Perisian Terbuka dan Percuma yang boleh anda dapatkan di sini
    2. Syed_Ikhwan
      Syed_Ikhwan
      Banyak cara nak wat ebook ni. Ebook sendiri pun sebenarnya mempunyai banyak format file bacaannya selain dari .pdf ada juga dalam ASCII text format.

      Nak buat ebook, biar yang berkualiti isi kandungannya agar pembaca puas hati. :)

      Kalau nak tau plak camne nak create ebook. Sila rujuk kat signature tu...
    3. budin
      budin
      Assalamualaikum rurouni_khairul,

      saya ada buat special report tentang cara-cara buat ebook..Percuma je..

      kalau saudara minat nak belajar buat ebook dengan serius..boleh klik iklan kat signature saya :)..

      good luck!
    4. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      Sekarang ebook pun dah mengalami 'revolusi'. Ada dalam bentul format DSL, EXE, CHM dan sebagainya selain PDF / Word / text. Tak apa... boleh belajar pelan - pelan sebab ilmu ni berkembang setiap masa. Tak rugi kalau berusaha untuk belajar. Asalkan kita tak 'malas' untuk menimba ilmu. Tak semua orang boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Namun, mereka yang bijak akan mencari 'pembantu' terutama dalam perniagaan ini. :D
    5. Han
      Han
      nak buat ebook tak susah sebenarnya...
      yang susah adalah menulis untuk kepuasan pembaca...
      kalau nak buat ebook, format paling sesuai adalah pdf dan exe...
      utk pdf boleh guna open office...(pdf lebih mudah digunakan)

      han
    6. hanafimd
      hanafimd
      Ye.. buat ebook memang mudah.. sape-sape boleh buat ebook.
      Tapi menghasilkan ebook yang berkualiti dan bermutu kandungannya tu yang susah.. Kalau ebook sampah ramai orang boleh buat
    7. starline
      starline
      Nak buat ebook ni sebenarnya susah jugak.Nak tulis bagi kepuasan pembaca.Bukan nak dapat untung je tapi nak pembaca dapat semua ilmu dalam ebook tu.Bagi pembaca puas hati.

      Tapi tak mustahil sesiapa pun boleh menulis,asalkan idea bernas dan berkualiti.
    8. AmirulFaisyal
      AmirulFaisyal
      Nak tulis ebook memang mudah, tapi nak buat kandungan yang betul-betul orang nak itu yang perlukan kajian tu. Samada kita buat survey dulu ataupun kita kaji soalan2 yang sering ditanya di dalam sesuatu pasaran yang kita nak jual ebook tu.
    9. khairulmkn
      khairulmkn
      hi..salam bahagia!!
      kepada brother-brother yang arif, ingin sekali saya bertanya dimana saya boleh cari pdf system tu dalam computer saya? saya ada klik program dalam pc saya tapi tak ada pun pdf system..boleh tolong tunjukkan cara bagaimana nak buka file pdf ni..big thank you..
    10. titaniumhijau
      titaniumhijau
      Senang je..Janji korang tau camana nak buat. Kalau tak tau. Memang susah la..
    11. sabriahmad
      sabriahmad
      cara nak membuat ebook tu memang boleh dikatakan senag...tapi yang menjadi masalah kebanyakanorang dari segi skill penulisan.Pada pandangan saya.....tidak semua orang boleh jadi penulis yang berkualiti....kadang sesorang itu ada ilmu dalam sesuatu bab tetapi masalah bagi beliau untuk menterjemahkan ke dalam bentuk penulisan yang menjadi masalah.....

      rakan-rakan ada tip macam mana nak mengatasi?
    12. fazdlie
      fazdlie
      Betul.. nak tukarkan ke format pdf mmg la mudah tapi yang susahnya, isi kandungan ebook tu sendiri.. kena banyak membaca dan belajar...
    13. WiraSyah
    14. Badruzamani Bin Azmi
      Badruzamani Bin Azmi
      "Anyone Can Cook"

      Pandangan saya pula, kebanyakan ahli WC ada potensi untuk menulis dengan baik. Namun ia memerlukan latihan dan pengalaman menimba ilmu. Try and Error... adalah satu sikap yang diamalkan di Jepun. Mereka tidak malu untuk mencuba walau pun silap. Tapi, mereka belajar dari kesilapan yang berlaku.

      Sebab itu, bila kita lihat produk Jepun yang pada kita agak janggal, tetapi mereka wujudkan untuk menyelesaikan masalah. Dari situ wujudnya kreatif.

      Begitu juga dalam penulisan. Walau apa pun pendapat anda, belajar dan cuba berlatih. Cuba tanamkan minda positif dalam diri kita. Memang, kalau nak cakap memang senang, nak buat la payah. Tapi, bila selalu kita buat, lama - lama ia akan menjadi kebiasaan. Insyaallah. :D

      p/s- Buat apa yang anda rasa betul :) Nasihat untuk diri saya juga. Wujudkan identiti sendiri yang unik walaupun orang lain kata pelik.
    15. WiraSyah
      WiraSyah
      Orang jepun ni cekap dalam Psychology and Ideology... Nak ikut cara diorang tu kenalah rajin membaca and training...

      Nasihat abang badru tu betul2 menusuk dijiwaku... Ahakssss... Nasihat yang best untuk diri saya juga...
    16. starline
      starline
      Ni cam cerita Ratatouille.Semua orang boleh buat termasuk tikus :)

      Kalau nak tulis ebook berkesan kena ada perancangan rapi

      1.buat kajian tentang topik
      2.list masalah di hadapi
      3.bicang dengan kawan2 mintak pandangan.
      4.test ebook dengan aplikasi apa yang kita tulis,tengok berhasil ke x
      5.kalau dah siap baru publishkan

      Belajar dari salah memang baik sebab x dak manusia yang perfect kat dunia ini.Salah lagi baik dari x buat apa2.:)
    17. Imabiz
      Imabiz
      Gagal setelah mencuba lebih baik daripada gagal tak mencuba langsung... belajar dan terus belajar.. tak rugi... ilmu tue amat la penting..
    18. Awanlarat
      Awanlarat
      Boleh tolong ajar saya macammana nak buat ebook panduan kabinet dapur.atau cara-cara panduan nak buat ebook teknik mudah melukis lukisan perspektif kabinet dapur.
    19. JaMaL
      JaMaL
      nak blaja buat ebook, pegi je kursus seminar ebook shuth

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. cara nak buat ebook