Bantuan Diperlukan....Bersama kita ringankan beban haryani....beli sambil menderma

Discussion in 'WTS : Pengiklanan & Pemasaran' started by iluvsuperstore.com, Nov 4, 2010.

Share This Page

  1. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    Bantuan Untuk Haryani, seorang ibu tunggal yang lumpuh menderita penyakit saraf dan menyara 3 anak kecil serta memerlukan perbelanjaan untuk menanggung kos rawatan

    sesapa yg ada blog dan web, boleh lah letak link ke mana-mana laman web alia haryani

    http://aliaharyanie.blogspot.com

    http://haryanicollection.portalusahawan.com

    http://tshirtsinarinspirasi.portalusahawan.com/

    [​IMG]

    http://aliaharyanie.blogspot.com/

    Diharap semua ahli dapat menghayati kisah Haryanie dan membantu apa yang termampu...

    Sila lawati link ini...

    http://aliaharyanie.blogspot.com/2010/06/suami-enggan-kongsi-derita-oleh-siti.html

    Bermula dgn seorang yg begitu ceria,brsemangat tinggi,penuh dgn jati diri yang kuat.tp akhirnya semuanya musnah dan hancur apabila diri ditimpa musibah dgn penyakit kronik yg kini melanda diri…dan menghantui diri.Walaupun sudah byk berikhtiar berubat namun saya masih lagi begini.saya menghidap penyakit kronik,guillain barre syndrome menyebabkan lumpuh separuh badan.anemia (kekurangan darah merah),antral gastritis,masalah usus.inilah cebisan dan cetusan rasa hati saya.Saya mempunyai cahaya mata,2 org masih bersekolah.dlm keadaan saya yg ditimpa musibah dan terlantar ini,tanpa diduga suami pula menghilangkan diri tanpa khabar berita yg akhirnya saya dicerai dgn talak3.Tidak dpt saya bayangkan betapa sedih dan pilunya hati saya sambil merangkak saya keluar rumah mencari jejak suami tp hampa.tapak tangan dan lutut sampai berdarah,puas saya menangis.Betapa luruhnya hati ini.Dia pergi tidak meniggal kesan tp semuanya tlh dirancang oleh keluarganya kerana saya ketika itu terlantar sakit,tidak berdaya dan tidak ada apa2 lg.Tidak adakah cebisan simpati atau ihsan pada saya?sakit dan lumpuh adakah permintaan saya?Mampukah saya menolak takdirNya..?Kesedihan dan kepiluan akibat ditinggalkan dalam keadaan begini benar2 menguji saya..Tapi saya kuatkan hati demi anak2 kerana saya tahu Allah sayangkan saya.Walau perit derita yang tak tertanggung tapi saya gagahkan diri hari demi hari...kerana saya percaya akan ada sinar untuk saya suatu hari nanti walau bukan di alam fana ini...Sesuatu yang kita rasa sukar,sebenarnya mudah di sisiNya.ALLAH mahu kita membuat pengaduan terus kepadaNya.Tiada apa pun yg mustahil di sisi Allah Taala SWT......Saya amat2 memerlukan bantuan tika ini,dengan keadaan saya yang hilang upaya untuk membesarkan anak2..saya tiada sumber pendapatan.kos rawatan saya terpaksa saya ketepikan dulu,saya cuba berniaga dgn keadaan saya tapi belum ada rezeki saya dan ank2 lagi..harap sangat pada bantuan dan semangat dari semua.moga ada ruang dan peluang untuk saya dan anak2 saya.coretan hidup saya pernah diterbitkan dalam harian metro bertajuk "Suami enggan kongsi derita" pada 12 Mei 2010.


    "Suami enggan kongsi derita" Oleh Siti Zarinah Sahib 2010/05/12.....Harian Metro

    SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome).

    Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

    Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 30, tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit 'ketidaktentuan kebimbangan' yang menyebabkan dia sukar tidur. Justeru dia tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. "Ini menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah," katanya yang berasal dari Kelantan.


    Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu selepas melahirkan anak ketiga. "Selepas habis pantang saya langsung tidak boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. "Doktor memberitahu usus semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah dan terpaksa ditahan di wad," katanya.


    Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat mendapatkan rawatan. "Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan. "Kos ubat-ubatan sangat tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol untuk lima hari rawatan. "Dengan jumlah yang semakin bertambah serta perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya," kata Haryani sayu. Doktor pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin menipis, namun dia tidak sanggup menanggung risiko. Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. "Mungkin mereka ingat saya mampu bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, tiga anak serta kos rawatan saya. Suami pula langsung tidak memberi nafkah," katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui kebahagiaan. Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan perpisahan.


    Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.


    "Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian," katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih seperti dulu, tidak boleh bergerak. Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. "Hidup saya kini hanya untuk anak-anak sahaja. Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini. "Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan harian," katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691.

    harap dapatla melawat blog haryani..http://aliaharyanie.blogspot.com

    bantulah seikhlas hati anda

    anda juga boleh membeli sambil menderma

    satu laman web untuk jualan amal sedang dibina

    p/s: ini bukan cerita rekaan atau tipuan..ini kisah benar..saya sendiri sudah berbual-bual dengan beliau berkenaan permasalahan beliau
     
    #1 iluvsuperstore.com, Nov 4, 2010
    Last edited: Nov 11, 2010
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    apa yang saya cuba bantu ialah dengan cara membeli produk yang belaiu jual di blog nya

    ada juga produk yg memang saya cari2 selama ini dijual oleh haryani..sedang tunggu untuk pos ke sabah bah...

    anda juga boleh membantu dengan cara masing-masing

    anda boleh baca juga yang beliau tulis sendiri disini http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=33280

    baru-bari ni beliau ada pegi ke KL untuk berjumpa orang-orang besar..mungkin ada individu yg baik hati mahu menderma secara terus kepada haryani

    ibu tinggal dengan 3 anak , lumpuh menderita sakit saraf

    sedih tu...

    bersyukurlah siapa yg sihat..bantulah insan yg susah

    -Dari kami Pn Sarah & Suhaimi
     
  5. farhanfirdaus89

    Newbie

    Joined:
    Mar 15, 2008
    Messages:
    738
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    insyaallah , saya akan tgk apa yg termampu saya bantu .
     
  6. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    SAYA AKAN UPDATE LAMAN WEB JUALAN UNTUK MEMBANTU HARYANI

    dah siap, saya bgthau

    LAMAN WEB JUALAN AMAL

    SAPE2 RASA NAK MENDERMA, SAYANG...MAKA, MARILAH MEMBELI SAMBIL MENDERMA..

    MUNGKIN BOLEH BELI UNTUK KAKAK, EMAK, ISERI, ANAK...Dsbg,..JADILAH PELOPOR KEBAIKAN...

    bukan sekadar memerhati dan hanya kate kesian..kesian

    http://tshirtsinarinspirasi.portalusahawan.com/

    jualan ini 100% terus masuk ke akaun maybank haryani..semoga dapat memurahkan rezeki orang yg sudi membantu

    sape2 nak beli toto narita, tilam baby dari kelantan, boleh check dulu di blog haryani

    [​IMG]

    Baby Matress and Blanket

    Baby Mattress Rm 40 (Kekabu)

    [​IMG]

    [​IMG]

    UNTUK MEMBUAT PESANAN

    * Sms nama,kod item dan alamat penghantaran
    * Pengesahan dan penyediaan
    barang2 pesanan akan
    dibuat....
    * Masukkan jumlah pembayaran dalam akaun
    MAYBANK.
    164034266923 Haryani Binti Mat Hussin.

    *Selepas Membuat Pembayaran
    SMS ke 017-6188691

    1.Nama Penerima
    2.Alamat Penerima
    3.Jumlah Bayaran
    4.Tarikh Bayaran
    5.Waktu Bayaran (masa)

    *Location: Seluruh Malaysia

    *untuk semakan melalui Maybank2u.
    * Pesanan akan dihantar(pos) setelah pembayaran dibuat.
    * SMS atau sebarang panggilan di nombor 017- 6188691

    Email - haryanie.alia@yahoo.com
    Facebook - alia haryanie
     
    #4 iluvsuperstore.com, Nov 10, 2010
    Last edited: Nov 10, 2010
  7. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    ok..satu website siap..tunggu lagi satu website..

    http://tshirtsinarinspirasi.portalusahawan.com/

    [​IMG]

    HARGA RM38 SAHAJA.............murah beb...mai beli....................................beli sambil menderma
     
    #5 iluvsuperstore.com, Nov 10, 2010
    Last edited: Nov 10, 2010
  8. fuhhh™

    Newbie

    Joined:
    Dec 5, 2009
    Messages:
    3,429
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    walaweh, modelnya ada jual tak? haha, kalau ada brpa RM?
    haha, gurau je TT, jgn marah, xsempat lg nk lawat blog TT, nanti insyaAllah saya masuk :)
     
  9. imosnet

    Senior

    Joined:
    Nov 18, 2008
    Messages:
    3,332
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +12 / 0 / -0
    klu nak byr pakai paypal boleh tak?
     
  10. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    xdak..maybank2 u jak...
     
  11. imosnet

    Senior

    Joined:
    Nov 18, 2008
    Messages:
    3,332
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +12 / 0 / -0
    oh okey! timakasih, nanti insyaAllah saya pun akan boh link kat blog saya tuk bantu sistah tu....:D
     
  12. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    bukan blog saya nih...ini blog alia haryani..jangan salah paham plak..

    saya tolong promte blog alia haryani untuk anda membeli sambil beramal duh..

    mungkin dengan membeli ni kita dapat bantu dia..

    dah banyak cara beliau usahakan untuk mohon bantuan, tapi masih belum cukup untuk menampung kos rawatannya..

    mungkin anda boleh tolong dengan cara letak link laman web jualan dia dekat blog atau web korang

    ok, ni website jualannya yg terbaru

    http://haryanicollection.portalusahawan.com
     
  13. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
  14. halimijuliana

    Newbie

    Joined:
    Jul 1, 2009
    Messages:
    958
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Cantik blouse muslimah dia ... Nanti suruh isteri jenguk2 blog dia ... ;)
     
  15. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    dah sampai pun barang yg saya order dari haryani

    [​IMG]

    [​IMG]
     
  16. zuljamil

    Newbie

    Joined:
    Jul 14, 2009
    Messages:
    1,422
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Marilah kita sama2 membantu setakat yang mampu dengan membeli brg yg berkenaan
     
  17. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    [​IMG]

    [​IMG]


    [​IMG]


    [​IMG]
     
  18. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    ramai yg kate mari2 membantu

    tapi, adakah kita betul membantu

    mari beli ebook RM10 untuk bantu alia haryani

    semua jualan di web ini akan masuk 100% ke akaun bank alia haryani

    saya hanya tolong dia mana-mana yg boleh bantu

    dia pun selalukeluar masuk hospital, kesian dia

    [​IMG]

    http://haryanicollection.portalusahawan.com/cara-bina-web-jualan-ecommerce-p-22.html
     
  19. kephal

    Newbie

    Joined:
    Dec 13, 2010
    Messages:
    514
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    usya2 dlu kat dlm blog , kot2 ada benda yg menarik utk di beli ..
     
  20. iluvsuperstore.com

    Senior

    Joined:
    Jun 21, 2009
    Messages:
    1,018
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    jangan setakat usha..derma la walau RM10..sekarang ni Haryani Mat Husin MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN SEKOLAH ANAKNYA

    ramai yg just kate kesian..kesian..

    kenapa tidak anda menderma sahaja..walaupun RM10..moga2 ini akan menjadi saksi dihadapan Allah dan menjadi penyelamat dari api neraka

    “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
    (Riwayat Muslim)

    "Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
    (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

    lihat disini :

    http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=46
     

ibeli4u

Share This Page