Bank Rayat dapat lelulusan tambah syer - peluang pelaburan 15% setahun

Discussion in 'Kewangan, Perbankan & Pelaburan' started by saifuls, Apr 3, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. saifuls

    Super Senior

    Joined:
    Jul 16, 2009
    Messages:
    757
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    KUALA LUMPUR, 2 April - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia pada bulan lepas untuk menambahkan modal syernya sebanyak satu bilion lagi kepada tiga bilion.

    Keutamaan untuk melanggan syer-syer baru adalah kepada koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli Bank Rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat.

    Beliau menjangkakan perkara seperti pengagihan kepada yang berminat melanggan syer tersebut akan dapat diputuskan oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada Mei.

    Beliau berkata senarai menunggu untuk melanggan syer tersebut, adalah panjang dan nilai permintaan melebihi RM1 bilion, sambil menjelaskan bukan ahli mewakili 40 peratus dari yang berada dalam senarai menunggu itu.

    Apa yang jelas, menurut beliau, ialah tidak semestinya semua yang memohon akan mendapat syer dan tidak semestinya yang dapat syer akan mendapat dalam jumlah yang mereka pohon.

    Beliau berkata permintaan untuk syer Bank Rakyat adalah kerana prestasinya yang memberansangkan, di mana ia telah berjaya mengekalkan pembayaran dividen tahunan sebanyak 15 peratus sejak 1999.

    Terdahulu, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Bank Rakyat, beliau mengingatkan Bank rakyat supaya tidak lupa tentang sumbangan Kerajaan yang pernah memberikan suntikan dana apabila Bank Rakyat hampir muflis satu ketika dahulu.

    Katanya deposit lebih RM30 bilion dalam Bank Rakyat sekarang datang dari Kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

    Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim berkata Bank Rakyat merancang membuka tujuh lagi rangkaian Ar-Rahnu X'Change dan menyeru koperasi-koperasi mengambil peluang membangunkan perniagaan pajak gadai Islam itu bersama Bank Rakyat.

    Ini selaras dengan sasaran pengeluaran pinjaman melalui rangkaian tersebut kepada RM200 juta dalam tahun ini, kata Dr Syed Jalaludin.

    Setakat ini, katanya Bank Rakyat telah berkongsi kepakaran menerusi perniagaan francais Ar-Rahnu X'Change dengan 17 koperasi yang mencatatkan pengeluaran pinjaman RM121.702 juta hingga Disember 2010.

    Mengenai sokongan Bank Rakyat kepada koperasi, beliau berkata sehingga akhir bulan Februari tahun ini, Bank Rakyat telah menyalurkan pinjaman RM1.027 bilion kepada koperasi iaitu sebanyak RM943.48 juta dalam bentuk modal kerja, RM57.62 juta untuk perniagaan Ar-Rahnu, dan selebihnya untuk membeli hartanah, pembinaan dan pengangkutan.

    -- BERNAMA

    Ini peluang pelaburan yg tak boleh dilepaskan. Tiap2 tahun Bank Rakyat bagi 15% setahun. Susah nak cari pelaburan yg macam ni.
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.