Bahaya Kanser Payudara Dan Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

Discussion in 'Sembang Umum' started by bestari, Feb 13, 2010.

By bestari on Feb 13, 2010 at 10:58 PM
  1. bestari

    Active

    Joined:
    Apr 9, 2009
    Messages:
    1,897
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    Assalamualaikum w.b.t.

    Alhamdullilah pada hari ini saya telah dapatkan sebanyak-banyak maklumat tentang "BAHAYA KANSER PYUDARA DAN KANSER SERVIKS" dan mungkin akan ada penambahan maklumat di bawah jika saya mendapat maklumat yang baru.

    TAHUKAH ANDA???

    KANSER PAYUDARA ADALAH PEMBUNUH NOMBOR SATU DI MALAYSIA

    KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) ADALAH PEMBUNUH NOMBOR DUA DI MALAYSIA!


    Izinkan saya menutur kata, mula berbicara tentang
    "BAHAYA KANSER PAYUDARA DAN KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM)"​


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Kanser Payudara

    [​IMG]
    Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan)
    dalam tisu-tisu payudara.


    Ada dua bentuk:

    1. Invasif - sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya.
    2. Tidak Invasif - sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

    Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan (tumor jenis barah)yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

    Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

    Cara Merebak

    •Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga
    akan menyerang kulit dan dinding otot dada.

    • Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui
    saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang,
    tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.

    • Diianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm, ia mungkin telah berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.

    • Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis.

    Faktor - faktor


    Risiko Tinggi
    • 30 tahun ke atas
    • Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak atau adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
    • Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif.
    • Wanita yang berasal dari Amerika Utara atau Eropah Utara.

    Risiko Sederhana

    • Perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser.
    • Wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
    •Wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
    perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen kerana terdedah kepada aras estrogen yang tinggi.
    •Pengambilan alkohol.

    Tanda-tanda


    •Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

    Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

    •Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak

    •Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

    •Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

    Fakta Kanser Payudara

    •1:5 wanita di Malaysia berisiko Kanser Payudara
    •45,000 wanita di Malaysia menghidap Kanser Payudara
    •Kanser Payudara terjadi tidak semestinya diakibatkan oleh keturunan di mana 85% penghidap Kanser Payudara tidak mempunyai rekod Kanser Payudara di kalangan ahli keluarganya!
    •Kebiasaannya Kanser Payudara lebih kerap dalam kalangan wanita China diikuti India dan Melayu


    bersambung...
     
    #1 bestari, Feb 13, 2010
    Last edited: Feb 13, 2010
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Sembang Umum' started by bestari, Feb 13, 2010.

    1. bestari
      bestari
      Kanser Serviks (Pangkal Rahim)


      [​IMG]

      Kanser Serviks (Pangkal Rahim) adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

      Bagaimana Kanser Serviks Terjadi?

      Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

      Faktor-faktor
      • Mempunyai pasangan berbilang
      • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
      • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
      • Kurang daya tahan imun
      • Merokok

      Tanda-tanda

      Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:

      * Pendarahan semasa bersama
      * Pendarahan ditengah bulan
      * Pendarahan selepas menopos
      * Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
      * Sakit semasa seks

      Cara Mencegah
      Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

      Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:

      * Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
      * Elakkan hubungan seks pada usia muda
      * Tidak merokok
      * Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
      * Suntikan Vaksin

      Last edited: Feb 13, 2010
    2. bestari
      bestari
      JADI!!

      Apa kaitan kedua-dua kanser ini??


      Jawapannya ialah Dioksin!

      [​IMG]

      Apa itu dioksin?

      Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia 130 kali ganda lebih bertoksid daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic. Ia bergelar "Bahan Bertoksid Paling Kuat" pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai Karsinogen (bahan penyebab kanser). Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi Kanser Payu Dara, Kanser Usus, Endometriosis, Kanser Ovari, keguguran, dan pelbagai masalah puan yang lain.

      [​IMG]


      Kaitan Dioksin Dengan Wanita


      Kertas buangan, agen peluntur yang berkarsinogen, agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran. Kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak, pulpa ayu yang terdedah dengan bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan klorin untuk menjadikannya ia lembut, putih dan bebas penyakit. Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses. Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, pantiliner, dan tampon dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin.

      [​IMG]

      [​IMG]


      Bagaimana Dioksin Merebak?


      darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas.jika permukaan wanita tersebut berlubang ,maka gas toksik yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan menyebabkan jangkitan.

      dan jika permukaan tuala wanita ditukarkan mengunakan kain kapas ,ia akan menyerap segala gas toksik .ia akan mengelakan drp masalah alahan,gatal atau ruam.darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita .sejenis gas bertoksik yg dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan.dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya samapi di ovari melalui tiup filopian. Ia bebeza sama sekali dengan bio sanitary pads yang mana mempunyai formulasi khas herba semulajadi bagi membantu mengurangkan masaalah sakit puan


      PENYELESAIANNYA??KLIK SINI>>>>FC-BIO SANITARY PAD



      Last edited: Feb 14, 2010
    3. Kayrol Anwar
      Kayrol Anwar
      wah.takutnya saya...lelaki pun ada rrisiko kena barah payu udara 1%....ada baca dlm surat kabar
    4. aktechpage.com
      aktechpage.com
      Nice info

      Tp macam iklan je :D

      Klik sini?? x bole klik pun...
    5. RajaKamil
      RajaKamil
      untuk peringkat awal, daun pecah beling pun, berkesan
    6. bestari
      bestari
      daun pecah beling??
    7. Mohd Firdaus
      Mohd Firdaus
      Kanser serviks sudah menyrang tidak kenal usia..
      Kepada wanita sering terlihat cecair keputihan terlekat pada seluar dalamnya jangan ambil mudah...pergi chek ok...
      sesiapa yang inginberkongsi tips kesihatan bolehlah PM ke saya...ok

    Share This Page

Share This Page

Users found this page by searching for:

  1. bahayakah kanser payu dara

    ,
  2. ketulan darah haid