31/12/2015

Bagaimana saya selesaikan pinjaman perumahan dalam jangkamasa 5 tahun.

Discussion in 'Sembang Umum' started by Jeedai, Feb 14, 2008.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Jeedai

    Jeedai
    Expand Collapse
    Senior

    Joined:
    Dec 12, 2006
    Messages:
    246
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    Sekadar berkongsi pengalaman dengan warga WC, khasnya yang mempuyai simpanan KWSP. Rasanya masih ramai yang tak berapa nak ambil tahu tentang skim-skim yang KWSP perkenalkan untuk kemudahan dan membantu ahlinya. Pembentangan Belanjawan negara juga selalu memperkenalkan inisiatif dan skim baru yang melibatkan ahli KWSP.

    Kalau tak silap, dalam pembentangan belanjawan 2006, diumumkan Akaun 2 dan Akaun 3 digabungkan.... lebih senang faham, amaun boleh guna untuk 'perumahan' menjadi lebih besar.

    Tahun-tahun sebelumnya, pengeluaran KWSP untuk perumahan dibenarkan setahun sekali untuk tujuan mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman perumahan. Isteri/Suami juga dibenarkan mengeluarkan simpanan dari akaun "perumahan" untuk membantu mengurangkan atau menyelesaikan pinjaman perumahan pasangan mereka.

    Ini antara skim-skim dan kemudahan yang telah lama ada tapi kurang diselidik & dikaji, atau malas difikirkan sebagai satu cara untuk mengurangkan beban membayar 'hutang' setiap bulan.

    Untuk berkongsi pengalaman, saya dan isteri dah berjaya menyelesaikan pinjaman perumahan kami dalam tempoh 5 tahun (perjanjian dengan bank adalah 15tahun) menggunakan simpanan KWSP kami..... dan kami jimat hampir RM 33,000.00 dari jumlah penuh yang sepatutnya kami bayar kepada bank dengan memendekkan tempoh pembayaran kami. (Bayangkan, berapa banyak anda dapat jimat kalau berjaya pendekkan tempoh pembayaran pinjaman anda dari 20 tahun ke 5 ~ 10 tahun).

    Jika anda adalah ahli KWSP, terbeban untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan (dengan kos sara hidup yang semakin meningkat), periksa Akaun 2 KWSP anda. Mungkin jumlahnya sudah cukup untuk membuat penyelesaian penuh. Kalau tak cukup untuk penyelesaian penuh, dapat mengurangkan jumlah pinjaman pun sudah cukup bagus sebab biasanya Bank akan menawarkan anda untuk 'rest'(tak perlu bayar untuk tempoh tertentu) memandangkan anda sudah membayar in advance. Bagi saya ini pun sudah cukup melegakan bebanan perbelanjaan bulanan.

    Bermula Jan 2008, KWSP membenarkan anda mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk membayar ansuran rumah secara bulanan. Maklumat lanjut, klik kat sini.

    Tetapi saya kurang berkenan kalau bayar ansuran bulanan pakai duit KWSP ni..... tak ada penjimatan pada kita. Kalau jumlah simpanan anda cukup untuk penyelesaian penuh, kenapa tak selesaikan saja. Contoh saya tadi, sebenarnya baki pinjaman tinggal lebih kurang RM 58,000.00 (berdasarkan pinjaman 15 tahun), tapi bila saya buat penyelesaian penuh pada Januari 2008, saya cuma perlu bayar lebih kurang RM 25,000.00 saja..... penjimatan RM33,000 tu.

    Wuih...panjang pulak menulis kali ni. Harap susunan bahasa saya ni senang orang nak paham. Cuma nak berkongsi pengalaman dengan warga WC. Yang mendorong saya untuk menulis pengalaman ni, bila Bank Officer yang menguruskan semua dokumen untuk application pengeluaran KWSP ni tak tau yang simpanan KWSP boleh digunakan untuk selesaikan pinjaman perumahan...... dan beberapa kawan lain juga terperanjat bila kami habis bayar pinjaman perumahan kami dalam masa 5 tahun, dan mereka tak pernah ambil tau pasal simpanan KWSP masing-masing. Kesimpulannya, ramai yang tak tau dan tak mau ambil tau.

    Dalam merancang kewangan keluarga, kena fikir secara kreatif juga.
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Users found this page by searching for:

  1. teknik langsai hutang rumah 10 tahun

    ,
  2. cara selesaikan pinjaman rumah

    ,
  3. cara menyelesaikan pinjaman perumahan

    ,
  4. Jimatkan bayaran pinjaman anda,
  5. pengeluaran kwsp untuk ansuran rumah,
  6. bagaimana nak kurangkan hutang rumah dalam jangka masa singkat,
  7. teknik kurang loan rumah kwsp