Bagaimana cara Untuk atasi Kegagalan...

Discussion in 'Motivasi & Inspirasi' started by Mohd Firdaus, Mar 31, 2011.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. Mohd Firdaus

    Mohd Firdaus
    uix_expand uix_collapse
    freshman

    Joined:
    Oct 30, 2010
    Messages:
    187
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Berkawan rapat dengan seseorang yang memahami Anda, memahami aspirasi Anda dan tahu apa matlamat Anda.
    Kita memerlukan seseorang sebagai orang yang memberi semangat pada diri kita.

    Pada orang ni lah kita curahkan segala kesedihan, kesengsaraan.

    Pada dia jugalah kita titiskan air mata dek tak tahan menanggung kesusahanan.

    Nak berjaya bukannya mudah. Banyak cabaran menanti.

    Setiap cabaran tu akan mengguris emosi kita dengan pedih sekali.

    Kita perlukan seseorang untuk kita luahkan perasaan supaya kita rasa tenang, pastu supaya kita bersemangat semula.

    Kalo tak ada seorang kawan yang memahami, kita tak tahu mana nak lepas tekanan emosi.

    Kita akan jadi murung, terlalu sensitif hingga hilang pedoman meneruskan hidup.

    Kawan terbaik tidak lain tidak bukan adalah ibu atau bapa kita sendiri sebab mereka memahami kita luar dan dalam.

    Ibu dan bapa kita menyaksikan kita membesar di depan mata.

    Hanya mereka yang betul-betul faham kita ni cemana.

    Jika Anda menghadapi apa-apa masalah berat, luahkan di depan ibu atau bapa Anda, atau kedua-duanya sekali.

    Menangislah semahu-mahunya untuk melepaskan tekanan.

    Kesannya Anda akan rasa lebih selesa selepas itu, tekanan mengurang, Anda rasa optimis mengejar matlamat.

    Setiap ibu bapa pasti mahu anak-anaknya berjaya.

    Beritahu apa matlamat Anda pada mereka, dah tentu diorang sokong punya. Minta doa restu daripada mereka.

    Perlihatkan pada mereka Anda seorang yang rajin, bekerja keras mencapai Anda supaya mereka merasa bangga.

    Bila hati mereka sudah bangga, pasti ada redha.

    Redha Allah pada usaha kita terletak pada redha ibu bapa pada diri kita.

    Mudah-mudahan dari redha yang kita dapat tu, perjalanan kita menuju kejayaan dipermudahkan.
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.