31/12/2015

>>>>>>> Awas!!! :: Maybank2u Vs CimbClicks Untuk Bisnes Internet <<<<<<<

Discussion in 'Perniagaan Internet' started by UsahawanCyber, May 6, 2010.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. UsahawanCyber

    UsahawanCyber
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Jul 16, 2009
    Messages:
    882
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan...


    Hari ini sy nak berkongsi satu perkara mengenai Maybank2u dan CimbClicks untuk bisnes online...Pada anda yang mana satu lebih baik???


    Sebelum ini, saya belum pernah menerima lebih daripada 10 pembelian dalam sehari. Jadi saya tak nampak sbrg kekurangan atau kelebihan terhadap kedua-dua bank di atas...Tp kebelakangan ini, Alhamdulillah, rezeki melimpah luah...Jadi barulah saya dpt kesan beberapa masalah jika kita menggunakan M2u.


    Begini, antara kelemahan M2u ialah ia tidak memaparkan nama & masa wang masuk ke akaun kita dengan jelas...Jadi, hal ini telah di ekploitasi oleh mereka-mereka yang nak produk percuma...Caranya ialah dengan :

    1) Mereka transfer duit ke akaun lain, tp masukkan email kita (penjual) di bhgn email penerima.

    2) Mereka tulis dalam borang, wang ditransfer guna mesin ATM atau Cash Deposit, tp hakikatnya tiada duit pun yang dimasukkan...Malahan resit yang diemailkan pun resit palsu (nak edit, guna paint pun boleh)


    Jika transaksi sikit dalam sehari mmg tiada masalah...tp baru-baru ini saya terima hampir 70 pembelian dalam masa 2 hari...Selepas saya periksa, ada 3 orang yg tak dpt dikesan wang yg ditransfer ke akaun saya...Mangapa saya tak boleh kesan? Sebabnya ialah ada berbelas orang yg transfer guna atm/cash deposit, jadi saya tak dpt kesan siapa sebenarnya yang menipu kerana M2u tak sertakan masa wang masuk dalam report mereka...Selain itu, ada juga yang tak lakukan pemindahan ke akaun saya, sebaliknya masukkan wang ke akaun org lain, tp dibhgn email mereka masukkan email saya...


    Untuk memudahkan lagi pemahaman anda, saya bagi contoh begini..


    Contoh 1:

    Jika dalam sehari ada 7 org transfer guna atm/cash deposit di akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 5 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report?



    Contoh 2:

    Jika dalam sehari ada 20 org transfer guna online transfer ke akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 18 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report? Memang anda ade dapat 20 email dari M2u, tp dalam akaun anda, tiada pun wang untuk 20 transaksi...


    Mungkin masalah di atas boleh selesai jika kita update buku di bank atau dptkan report ringkas di atm mesin...tp ia menyusahkan sikit...Berbanding dengan CIMB, memang susah untuk penipu membuat penipuan kerana masa & nama mereka yang transfer duit tertera di bahagian report..


    p/s : diharap perkongsian ini dapat memberi menfaat kepada anda, bukan memberi idea kepada penipu...:)

    p/p/s : kepada penipu-penipu yang terbabit, tak guna menipu...percayalah anda takkan berjaya dalam bisnes internet jika anda menipu...
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Users found this page by searching for:

  1. contoh resit bank palsu

    ,
  2. tt online masuk dalam akaun maybank

    ,
  3. gambar resit cimbclick