Adab Berforum

Discussion in 'Sembang Umum' started by Labanon, Feb 23, 2007.

By Labanon on Feb 23, 2007 at 10:26 PM
  1. Labanon

    Active

    Joined:
    Jul 14, 2006
    Messages:
    1,781
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    Ayuh kita bincangkan adab-adab yang perlu ada semasa berforum. Supaya kita semua dapat berforum dalam keadaaan yang selesa di sambing menjadi orang yang "beradab"

    1.Adab hendak bertanya
    2.Adab menulis reply terhadap orang yang lebih dewasa
    3.Adab hendak menegur orang yang membuat silap

    *banyak lagi adab-adab yang pelu ada.

    Ayuh bagi pendapat! Jadikan forum WC sebagai forum yang selesa untuk menuntut ilmu.

    sekian
     
    • Like Like x 1
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Sembang Umum' started by Labanon, Feb 23, 2007.

  • Thread Status:
    Not open for further replies.
    1. taiping_online
      taiping_online
      Aku start dulu....
      Adab bertanya: Bertanya benda yg, x pernah ditanya. Pastu, jangan melanggar peraturan forum.

      Adab menulis reply: x boleh berkata-kata kasar seperti ape2 ajelah.... kalu sesuatu perkataan tu dah ade tanda cam *** tu dah kire x boleh. Setiap post mesti di reply dengan bersopan.

      Adab menegur: Mesti tegur dan back-up teguran anda dengan bukti cam kalo post yg. die buat pernah ada...bagi tau url post tu...

      Insya-Allah... jika adab2 ni, di jaga... akan lebih bahagia famili WC. :)
    2. shuth
      shuth
      Yer.. bila berforum ini.. memang ada adab yang perlu dikuti.
      Dulu saya pernah tulis dan katakan.. "It's not about the answer.. it's about how u answer it"..

      Jadi, saya harap sangat.. semua ahli jaga bahasa yang digunakan.
      Dah hampir 8 tahun saya berforum.. dan dah banyak juga forum saya sertai sebelum ini.. dari sifoo.com.. ke webmastermalaysia.com.. ke gengjurnal.com.. kengkawan.net.. melayu.com dan banyak lagi..

      Terus terang saya katakn, salah satu sebab saya meninggalkan sesebuah forum itu.. adalah disebabkan ada 1-2 orang ahlinya yang suka menggunakan bahasa kasar..

      Yer.. hanya 1-2 ahli... bukan 1000 atau 2000...

      Jadi.. saya takkan biarkan kesilapan ini berulang pada WC..
      Harap.. lepas nie masing2 dapat jaga adab & bahasa...
      Tak kira lah anda senior ke, dah buat beribu post ke? dah jadi ahli lama ke?..
      Tindakan disiplin (ban selama 1-2 minggu) tidak terkecuali kepada anda.. dan saya tidak teragak-agak untuk mendelete post anda

      Sekian, terima kasih.
    3. whitelim
      whitelim
      Saya setuju teramat sangat saudara memulakan post yang ada kaitanya dengan Bangsa Melayu. Kerana kata orang tua tua kita "BAHASA JIWA"
      BANGSA. Saya rasa diri saya Warga Wangcyber yang agak tua ( umur 50 tahun ) Mungkin ada yang lebih tua saya tak tahu. Diforum ini banyak Thread yang berasaskan ILMU. Olih itu kita harus yang pertama beradab sopan samada adab nak bertanya, dan sebagainya. Baiklah ini pandangan dari orang tua-tua terhadap :-
      1.Adab hendak bertanya
      Salam adalah permulaan kata.Bertanya akan kemuskilan yang menghambat kita.Bertanya yang mustahak dan berkenaan sahaja.

      2.Adab menulis reply terhadap orang yang lebih dewasa
      Ucapan terima kasih kalam bermula.Beri kata-kata pujian.Kerana banyak persoalaan terjawap dari Ilmu beliau.

      3.Adab hendak menegur orang yang membuat silap:-
      Ingat kita pun pernah buat silap. Maka kita tak sempurna. Pertama..apakah kita cukup fakta nak menegur kesilapan orang? Tegur secara berhemah..jangan sampai hati kecil terguris dan terasa terhina olih teguran tadi. Berterus terang tapi penuh hati-hati.Menugur untuk memperbaiki bukan sebaliknya.

      Sekian pandangan saya
    4. taiping_online
      taiping_online
      Yup! Itu memang satu pilihan yang tepat... kite kene jaga reputasi forum ni pasal setakat ni kat malaysia memang forum ni dikenali dengan ebiz... tindakan ban memang patut cam tindakan displin kat skolah!
    5. zuraidi
      zuraidi
      macamnila adab berforum ni sama je dengan adab di 'real' live kita. Sentiasa ingat pepatah melayu ni "Cari kawan ramai2, musuh jangan dicari"
    6. AmirulFaisyal
    7. aku
      aku
      rasanya nak bukak thread baru tak best... jadi aku tumpang sini untuk bagi cadangan teknikal ntuk setelkan masalah ni(pada pandangan aku).

      sebab kalau harapkan semua orang cool sepanjang masa, susah gak, kenkadang tu, ada time hangin.. ada time ok... macam abang mystic kita :p (hangin2 dia pon berilmiah <-kipas sket hahah)

      ok, cadangan teknikal aku camni:

      kalau boleh, shuth ubah 3 post icon kepada:

      1- icon beginner
      2- icon intermediate
      3- icon expert

      jadi sesapa yang nak mulakan thread baru bleh pilih salah satu daripada 3 icon tu.

      kalau yang pesen hangin tengok soalan basic, jangan ler baca thread yang ada icon beginner. kalo yang bertanya soalan basic gi letak icon expert, memang salah dia la..

      ok.. tu bab icon bila start thread.

      sepanjang aku online, hanya beberapa forum jer yang ada tanda 'problem solved'. better mod tinjau2 thread yang dah setel, close dan stick. mudah bagi pengguna baru nak belajar.. kalau timbul thread baru yang sama dengan yang telah disolved, memang cari nahas la... sebab kemudahan sudah disediakan.

      sekian, cadangan dari aku.
      wassalam. nak baca balance sheet jap.. heheh..
    8. nekizar
      nekizar
      Saya amat setuju kalau pihak mod nak kenakan tindakan tegas macam tu. Saya dah lama monitor WC ni (dari sejak ditubuhkan) tapi baru2 ni je terbuka hati nak join jadi ahli dan mula hantar post. Tapi sejak akhir2 ni, semakin banyak kata2 yg agak kasar digunakan untuk menjawab soalan rakan lain. Sedikit sebanyak saya sendiri pon jadi kurang minat nak aktif berforum di sini.

      Diharap pihak mod akan lebih tegas membanteras perkara negatif seperti ini di masa akan datang.
    9. aku
      aku
      err.. muaz, aku cadangkan supaya icon yang digunakan seperti [​IMG] diganti dengan imej 'beginner','intermediate', 'expert' dan imej 'problem solved' bagi menyenangkan semua pihak..

      tapi cadangan ko untuk seperate teknikal dan lelain mungkin boleh dipertimbangkan.

      ok. berbalik kepada adab berforum.

      sebenarnya, sebahagian kita gagal memahami bahawa menjawab dan bertanya perlu MENGIKUT keadaan.

      sebagai contoh, bertanya, 'eh, metastock tu apa?' atau 'eh, maksud IM tu apa?' kepada seorang kenalan rapat adalah suatu kebiasaan, tetapi keadaan di forum tidak mewajarkan soalan sebegitu.

      begitu juga kalau menjawab, 'kepala hotak ko makna IM pon tak tahu' adalah sesuai dengan teman rapat (walaupun ia dianggap sebagai 'bunga taik'), menjawab di forum perlu berhemah..

      tapi kalo soalan macam ni:
      'hi, saya nak tahu apa itu _________ tolong kol saya di 0123456789 atau PM untuk bagi jawapan'
      ini memang nak kena penendang!
    10. e-fun
      e-fun
      saya nak tambah lagi..

      jika ada sebarang yang berbau peribadi harap dihindarkan dari dipaparkan kepada umum..

      contoh ayat:
      "haa.. ____, _____ pun hisap rokok kan? mcm mana tu?"

      p/s: alhamdulillah ramai yang sedar, saya baru nak melangkah keluar dari forum ini pada awalnya kerana perubahan seorang forumer WC. Nasib baik dapat dorongan dari seorang otai tu untuk teruskan perjuangan ni.
    11. Labanon
      Labanon
      Jadi salah satu adab bertanya ialah jangan tanya soalan terlampau basic

      1. search dulu
      2. kalau tak jumpa baru tanya.

      yang hendak bertanya tu perlulah bersungguh bukan tanya acuh tak acuh... acuh tak acuh kan kene maki hamun pulak :D
    12. Farizal Hassim
      Farizal Hassim
      Bertanya dengan selengkapnya...
    13. carllys
      carllys
      mungkin moderator/admin bleh buat mcm nie :

      lepas je sesorang register sebagai ahli, terus fwdkan user tuh ke page polisi berforum WC. Kat page tuh mungkin boleh diletakkan beberapa perkara yang harus diikuti oleh org baru di WC..

      just my 2cent
    14. onealienz
      onealienz
      sy cdgkn bukak satu sub forum utk newbie, create category utk soalan2 newbie atau soalan2 asas.. kalau terpost kt tempat lain mod boleh pindahkan masuk thread tuu.. so dlm tu just soalan2 yg asas.. kalau jenis yg kepala hangin atau mmg jenis suka bhs kasar jgn layan thread tersebut.. biar yg penyabar jer handle kt situ..
    15. alang
      alang
      saya agak tak suka sesuatu yg menambahkan beban mod / admin. Harus diingat yg mod / admin menguruskan forum ini secara sukarela dan kami juga mempunyai website / perniagaan utk diuruskan.

      Kalau semua forumers bertindak lebih matang, tak perlu campur tangan mod / admin sebaliknya forum ini akan menjadi self manage.
    16. Labanon
      Labanon
      Yup hanya satu perkataaan iaitu "Kematangan"
    17. lynn
      lynn

      Wah ada perkara berbangkit rupanya. Maaf kebelakangan ini saya memang jarang aktif di sini dan hanya datang bertandang seketika. Maklumlah banyak projek baru :D.

      Baiklah ini pandangan dari seorang wanita ;). Sebab belum ada pun wakil wanita pun yang menyuarakan pendapat.. mungkin mereka sibuk atau mungkin mereka segan. Sebelum saya senaraikan adab-adab berforum ada baiknya saya utarakan tiga perkara utama ini.

      i) Tujuan Berforum :
      Ini perkara asas yang perlu kita faham. Apa itu forum dan apakah tujuan kita berforum. Ada dua jawapan yang saya boleh bagi di sini iaitu, selain menambahkan kenalan kita juga dapat menimba ilmu dan pengalaman. Banyak yang kita perolehi dengan berforum. Tidka kiralah samada anda aktif atau tidak, terpulang pada masing-masing. Jika anda aktif, ada satu kelebihan yang anda dapat kemudian hari. Justeru, sila faham dan jelas dahulu apakah tujuan anda berforum ?

      ii) Tak kenal maka tak cinta :
      Bagi saya mudah saja, apabila kita telah mendaftar di sesebuah forum bermakna kita telah bersetuju untuk menjadi sebagai salah seorang ahli keluarga forum itu dan patuh dengan peraturan dan etika yang di tetapkan. Tidak kiralah forum itu jenis apa, ada banyak jenis forum di internet..khususnya forum-forum di Malaysia. Tak perlulah saya sebutkan, semuanya sudah maklum. Jadi seperti Forum WC, saya fikir semuanya sudah jelas dan faham apa tujuan dan misi utama WC. Oleh itu, jika anda seorang newbie anda perlu faham ciri-ciri seorang newbie. Salah satunya ialah membaca dan memahami thread2 tertentu yang mungkin boleh anda rujuk untuk memahami misi/matlamat dan selok-belok Forum WC. 'Tak kenal maka tak cinta'?. Kita di ajar untuk memperkenalkan diri, menegur atau menyapa sesama ahli dengan berhemah, merasa rendah diri untuk bertanya dan sebagainya. Bukankah ini adat budaya bangsa Melayu yang telah di ajar sejak kecil ?. Jadi sekiranya semua ahli WC mengamalkan sikap rasa cinta dan kekeluargaan itu.. masalah adab tidak akan timbul. Yang lama menegur yang baru atau yang baru bertegur sapa dengan yang lama.

      iii) Rasa Hormat, berbudi-bahasa dan ramah-mesra :
      Apabila kita berada di dalam sesebuah keluarga atau komuniti, ianya memerlukan ahli itu mempunyai sikap bekerjasama, bertolak-ansur, beradab-sopan dan beretika di dalam berforum. Termasuklah cara-cara menghormati orang yang lebih tua, sebaya atau yg muda. Pihak Moderator juga telah berusaha mewujudkan suasana ukhuwah dengan menwujudkan satu thread 'Siapakah Anda'. Namun, berapa ramai yang berani tampil ke hadapan ? Berapa ramai yang jujur dalam berforum ? Berapa ramai pula yang serius dalam hal ini ? Lihatlah dan anda sendiri boleh menilainya. Apa tujuan thread itu di wujudkan ? Bukankah dengan adanya sesi suaikenal sebegitu kita sebagai ahli keluarga/forum dapat mengenali sesama kita, dapat menjalin hubungan baik samada sebagai rakan niaga atau kenalan cyber dan yang paling penting kita tahu samada ahli itu lebih muda atau tua dari kita.

      Sekadar satu cadangan utk Admin dan Moderator : mungkin thread Suaikenal dan Siapakah Anda boleh di sticky atau di asingkan pada satu ruangan khas, menandangkan thread suaikenal kini di letakkan di bahagian Cadangan dan Komen, mungkin newbie tidak perasan.

      **p/s: topik 2 dan 3 tu agak berkaitan, x reti pulak nak saya asingkan.. idea menulis yg sepontan **


      Baiklah saya senaraikan antara adab-adab yang perlu untuk berforum :

      i) Gunakan bahasa yang mudah, sopan dan sederhana. Sentiasa merasa rendah diri.. inilah satu ciri-ciri yang ada pada Rasullulah s.a.w. Ajukan soalan atau komen dengan bahasa yang sopan.

      ii) Sentiasa ingat kita berbicara dengan orang yang tidak kita kenal, jadi utamakan rasa hormat tidak kiralah pada yang muda atau tua. Tidak kiralah ahli itu budak hingusan lagi atau yang sudah lanjut usia. Tidak kiralah ahli itu anak dara atau isteri orang... belajarlah menghormati perasan orang. (tapi cth saya, saya tak kisah pun di panggil 'Kak Lynn', 'Cik Lynn' atau 'Puan Lin'. Bagi saya siapa sahaja yang sudi nak berkawan dengan saya, kecik tapak tangan bumi Jepun saya tadahkan.. buktinya ramai juga kenalan saya dari WC!)

      iii) Sentiasa menjaga emosi semasa menulis catatan anda. Kawal perasan marah jika anda sedang marah atau jika anda terlalu gembira pun berpada-padalah.. hehe.

      iv) Berfikir sebelum menulis soalan atau komen atau jawapan anda. Sabda Nabi, berfikir seminit adalah lebih baik dari sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Jadi berfikir sebelum bertindak.

      v) Pandai menjaga hati atau memelihara hubungan sesama ahli.

      vi) Ikhlas dan jujur dalam berforum, dengan erti kata lain ikhlas untuk memberi komen, jawapan atau menyuarakan soalan.

      Itu sahaja yang terlintas buat masa ini, mohon maaf jika ada pihak yang tidak berpuashati. Wassalam.
    18. yusli
      yusli
      Antara netika (etika internet) yang perlu diikuti semasa berforum atau chatting:

      Bersikap ramah mesra dan bertimbang rasa
      Berkelakuanlah seperti anda berada dalam dunia sebenar. Tunjukkan sikap peramah dan bertimbang rasa kepada rakan-rakan forum walaupun anda tidak pernah bertemu.

      Hormati forumer lain
      Anda hendaklah melayan forumer lain dengan rasa penuh hormat. Ini kerana kemungkinan ada orang baru (newbie) yang bertanya soalan-soalan yang bagi anda terlalu asas. Tidak semua orang pakar dalam semua perkara. Elakkan daripada melukakan hati seseorang atau menyebabkan seseorang itu menjadi marah disebabkan tulisan anda.

      Sentiasa bersedia untuk membantu
      Ingatlah, kita semua pernah menjadi newbie. Bantulah sesiapa yang memerlukan nasihat dan panduan. Jadikanlah ia sebagai amal jariah anda iaitu dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

      Jangan bertanya hal peribadi
      Bertanyakan soalan peribadi seperti umur, jantina, status perkahwinan dan sebagainya kepada seseorang yang baru anda kenali adalah tidak sesuai.

      Berhati-hati semasa menggunakan kata-kata gurauan
      Kata-kata jenaka dan sindiran terutama secara online,mudah disalahtafsirkan. Apa yang anda sangkakan sebagai gurauan mungkin tidak dapat diterima oleh orang lain. Sekiranya anda ingin bergurau, cubalah menambah emotikon yang sesuai.

      Jangan tulis dalam semua huruf besar
      Hurf besar sukar dibaca dan biasanya digunakan untuk penegasan atau mesej penting.

      Jangan keluar topik
      Jangan pos mesej yang tidak berkaitan dengan sesuatu topik atau bukan ditempatnya. Jika anda ingin mengiklankan produk anda, poskan ke ruangan iklan.

      Jangan mengkhususkan siapa yang perlu menjawab
      Jangan arahkan soalan kepada forumer tertentu sahaja. Orang lain tidak akan menjawab kerana disangkakan bukan untuk mereka.
    19. nekizar
      nekizar
      Cara yang sesuai dan berhemah seperti dibincangkan di atas. Rasanya banyak point dah di ketengahkan...

      Antaranya, budi bahasa ketika berforum. Jangan ingat semua orang faham apa yg kita nak sampaikan, ataupun jangan harap orang faham apa yang nak disampaikan. Niat tu di hati kita, tapi cara penyampaian yg menghasilkan kesannya. Kalau cara penyampaian elok, orang takkan keberatan nak terima teguran atau kesalahan sendiri.....

      Cara yang muax amalkan selama ni sesuai utk kawan yg dah kenal lama, samada di alam nyata atau alam siber. Untuk situasi kita di forum ni, kita tak kenal kawan2 yg lain secara mendalam. Seeloknya jaga setiap baris kata yg dikeluarkan. Sebaris perkataan boleh menambahkan seribu kawan, dan dengan sebaris perkataan juga boleh menambahkan beribu-ribu lawan. Mana yang anda mahu?


      Setiap newbie yg datang bertanyakan soalan yg kita anggap mudah dan remeh, ada hikmah disebaliknya. Ingat, forum satu tempat untuk kita membina kredibiliti. Masalah orang boleh ditukarkan menjadi DUIT. Setiap masalah yg dibawa atau dialami newbie atau siap saja, merupakan peluang untuk ahli forum yang lain mendapat keuntungan daripadanya, secara tak langsung. Jadi, bila ada antara kita mempunyai kepakaran tentang masalah yang di utarakan, disitulah mereka boleh menawarkan kepakarannya serta membina kredibiliti... Situasi sekarang ramai newbie yang tak berani lagi nak tanya soalan dan ada yg memendam rasa. Ada ramai lg saya percaya (berdasarkan pengakuan kawan2 forumer lain) telah fedup dengan WC ni dan tak mahu lagi join. Ini satu kerugian besar!

      Bertindaklah mengikut masa dan keadaan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka celaka....

      Saya sendiri mempunyai pelbagai karakter. Pendiam, kelakar, garang, suka menyakat, terlampau byk cakap dan byk lagi. Di kalangan ahli keluarga (sendiri dan mertua), saya seorang pendiam dan serius. Di kalangan kawan2, saya seorang kelakar dan suka menyakat. Dengan org baru di kenali, saya peramah. Di alam siber, saya friendly :) . Dengan anak, saya seorang yg lemah lembut tapi dgn isteri saya garang :)......

      Kesimpulannya, di alam siber ni, niat di hati kita tak ada sapa yang boleh nampak. Tapi hasil penulisan kitalah yang banyak mempamerkan siapa diri kita sebenarnya. Sabar tu juga sebahagian tuntutan agama kita. Kalau rasa tak berkenan dengan soalan tertentu yang diajukan, sebaiknya diam diri aje. Di WC ni, pasti ada yg baik hati dan cukup penyabar nak tolong setelkan masalah tu :). Mudah bukan?

    Share This Page

    Thread Status:
    Not open for further replies.

Share This Page