31/12/2015

9 Fakta Mengenai Pernafasan[dalam nyanyian]

Discussion in 'Sembang Umum' started by ZaRul, Nov 9, 2009.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. ZaRul

    ZaRul
    Expand Collapse
    Active

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    1.Pernafasan?Kenapa ianya penting?Ini adalah kerana tanpa pernafasan tidak akan ada udara dan bila tiada udara kita tidak akan boleh mengeluarkan suara dan bunyi takkan keluar dan tidak akan adalah nyanyian

    2.Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal

    3.Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

    4.Penyanyi perlu belajar bagaimana hendak mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama. Mempelajari teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya.

    5.Pernafasan yang betul dilakukan daripada diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas - ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.

    6.Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma

    7.Diafragma adalah otot berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka , untuk menggunakannya anda perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya..

    8.Untuk makluman anda,kita tak boleh nak mengawal otot diafragma kita apabila kita bernafas.Ianya bergerak secara semulajadi dan anda tidak boleh nak kawal pergerakannya supaya ianya menguncup atau mengembang seperti yanang boleh kita lakukan keatas otot yg lain seperti trisep dan bisep.Apa yang boleh anda buat hanyalah menarik dan menghembuskan nafas dan ini menyebabkan ianya menguncup dan mengembang secara otomatik..

    9.Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda
    __________________
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.