6 Tip Asas Nyanyian

Discussion in 'Sembang Umum' started by ZaRul, Jul 9, 2009.

Share This Page

  1. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips untuk menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara profesional,ke audition atau di karaoke dan juga menyanyi di bilik air.

    1.Kawalan Pernafasan

    Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi.Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa,jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda..senang cakap terkehel bila nak tarik..
    Untuk itu anda harus beajar satu cara pernafasan yang dipanggil diaphragmatic breathing.Teknik pernafasan ini adalah dengan menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah sekali.ooo ada yang garu kepala dah...Ok senang cerita macam ni jer,cuba baring melentang atas katil kaki lunjur,kemudian letakkan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda diatas dada sebelah bawah(ddekat tulang rusuk).Bila bernafas pastikan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas tidak bergerak,manakala tangan kiri diatas dada sebelah bawah bergerak keatas dan kebawah

    2.Perkembangkan Suara Asli Anda

    Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut2 ni cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu serta penyanyinya.Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda,mat saleh cakap original!

    p/s Tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa sedikit

    3.Latih Diri Anda Beremosi

    Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.
    Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda!
    Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu?ini semua harus dikaji.Biasa orang cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap.
    Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.

    4.Menyanyi Depan Cermin

    Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi ini lah hakikatnya.Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba berxperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

    5.Berhenti....

    Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-pandailah yer..

    6.Latihan Latihan Latihan

    Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda kemana-mana.Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara anda,cuba cabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja,rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen dari mereka,jikalau komen-komen yang diterima membanggakan maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. chibobski84

    Senior

    Joined:
    Apr 2, 2009
    Messages:
    4,482
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    wah 6 tips menyanyi yang bagus...

    hehe, ke pusat karaoke ler nanti nih hehe
     
  5. johnjimat

    Senior

    Joined:
    Mar 16, 2009
    Messages:
    2,882
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
  6. saramsak

    Newbie

    Joined:
    Nov 4, 2008
    Messages:
    384
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    16
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Ya betol...
    hehehhe...
    :D
     
  7. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    ko boleh nyanyi,basic da ada tu..cuma nak kena jaga pitching ..ada sikit lari ..tak berapa tepat pitching yg ko nyanyikan,nampak ketara kat verse...lagi satu feel pun tak berapa nak sampai,suara kalo baloeh kau kasi lembut sikit biar org dengar shahdu je bunyi nyer..overall ok..prektis selalu sure bole lepas odisyen kat mana2

    p/s apasal gelap sgt video ko tu
     
  8. mCrew

    Senior

    Joined:
    Mar 13, 2007
    Messages:
    1,133
    Likes Received:
    4
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    Zach,

    boleh buat coaching menyanyi online nie.
    mesti ramai nak join. lagi2 yang gile nak
    masuk realiti tv tu. hehe.

    :p
     
  9. johnjimat

    Senior

    Joined:
    Mar 16, 2009
    Messages:
    2,882
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    malu la aku klu terang2 haha....bole wt coaching ni.. leh wt ebook psl nyanyian haha. wt online course :p
     
  10. RajaKamil

    RajaKamil Kawan WC Premium
    Active

    Joined:
    Jul 10, 2007
    Messages:
    6,752
    Likes Received:
    32
    Trophy Points:
    48
    Ratings:
    +32 / 0 / -0
    hurm,dulu ada sorang mamat ni tanya macam mana nak buat duit dengan niche music ni.

    So saya dah bagitahu dia. Tak tahu dia dah mula ambil tindakan atau belum.Huhu,

    saya nyanyi tak pandai, ngaji bolehlah. Tapi nak mintak komen tentang pitching semua tu...
    boleh try donlod kat http://rajakamil.com/quran.htm

    Terima kasih in advance
     
  11. mfahmi

    Newbie

    Joined:
    Dec 22, 2006
    Messages:
    1,387
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    36
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
  12. wanabdhafidz

    Senior

    Joined:
    Nov 7, 2008
    Messages:
    2,231
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    Bro, ko buat je ebook tentang nyayian nie..hehe
     
  13. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0

    saya tgh kumpul material ni,ada sesapa boleh bg cadangan

    bagaimana nak bg ebook sebegini menjadi lebih menarik
     
  14. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    saya mendapat basic nyanyi sbb kecik2 dulu selalu dok azan

    kat surau...kpd otai kita raja kamil tahniah pasal bnyak

    merakamkan suara beliau dalam pembacaan al quran,ni

    komen saya mengenai suara sahaja la,pasal tajwid saya tak

    mahir sgt,keseluruhannnya ok,cuma agak mendatar alunan

    lenggok pembacaan,suara kena pakai dari dada bila part

    rendah agar lebih merdu,ini pendapat saya sahaja,mungkin

    org yg lebih pakar lain pulak komennya
     
  15. pheyz

    Senior

    Joined:
    Dec 12, 2007
    Messages:
    955
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +2 / 0 / -0
    haa..tu dia tips yg berkesan dari bekas vokalis 'Umbrella' ;)

    p/s: dulu2 aku minat jgk layan Umbrella ni..syahdu jer :D
     
  16. RajaKamil

    RajaKamil Kawan WC Premium
    Active

    Joined:
    Jul 10, 2007
    Messages:
    6,752
    Likes Received:
    32
    Trophy Points:
    48
    Ratings:
    +32 / 0 / -0
    Terima kasih bro....hurm,
    nak kena baiki lagi ni.

    Bukan apa, saya pernah solat dibelakang IMAM yang suara nyer tak sedap di dengar campur bacaan tajwid huru hara.

    Saya takut satu hari nanti, saya kena jadi imam,makmum saya rasa macam tu pulak.

    Akibat dia, saya punya solat terganggu, dan rasa nak lekas abis. (hurm,mungkin iman saya pun teruk kot masa tuu. Wal ya'uzubillah)
     
  17. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    bagus tu rk semoga anda lebih khusyuk mengaji,nnt jadi imam sedap je telinga makmum dengar..amin
     
  18. cyberiz

    Newbie

    Joined:
    Nov 26, 2007
    Messages:
    39
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    6
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    alo bro zack,

    ko ni guru muzik ker? ada pernah dpt mana2 cert dlm music or vocal? ada pengalaman tak dlm nyanyian koir?
    huhuhu...byk nyer aku tanya....

    camni bro, aku suggest ko buat ebook berkenaan cara2 teknik menyanyi yg betul khas utk bakal2 penyanyi realiti tv yg nak masuk audition. Sambil2 tu, selit la ckit2 video presentation tentang teknik2 vocal... aku rasa bleh masyuk woo pasal aku tgk ramai giler yg dtg kalu ada audition utk program realiti tv nih...

    pastu dptkan review paul moss ka, syafinaz ka, hattan ka pasal ebook ko nih.... sure gempak baii....
     
    #16 cyberiz, Jul 9, 2009
    Last edited: Jul 9, 2009
  19. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    aku bukan lah guru muzik bro,tp aku adalah masuk kelas

    vokal dan pengalaman menyanyi dengan sebuah band dalam

    era 90an kami ada merakamkan album dan dr situ aku kutip

    bnyk pengalaman menyanyi dari beberapa tokoh seniman

    malaysia seperti saari amri,ajai dan beberapa org lagi,aku

    pernah juga menjadi juri beberapa pertandingan nyanyian

    bersama Hattan dalam tahun 90an
     
  20. zakeri

    Senior

    Joined:
    Oct 20, 2008
    Messages:
    4,811
    Likes Received:
    7
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +7 / 0 / -0
    Tak ku sangka...seniman anda ini...
    Kat wc ni memang majmuk siot...ader lawyer, ader cikgu, ader budak darjah 6 dll...


    p/s: nyanyi kat dalam toilet jugak best...tapi kalau sabun masuk mata, mesti pitching lari...adoiyaiii...
     
  21. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    saya bukanlah seniman tp sekadar berkongsi pengalaman dgn kenkawan kat wc ni
     
  22. johnjimat

    Senior

    Joined:
    Mar 16, 2009
    Messages:
    2,882
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +3 / 0 / -0
    adeh segan la bro.. nyanyi pun byk lari tu huhu... tggu bro zach wt ebook ke online course, baru try ahaha :D
     

ibeli4u

Share This Page