5 tips promosi produk di facebook

Discussion in 'Tips & Panduan' started by miqdad, Oct 20, 2011.

By miqdad on Oct 20, 2011 at 3:32 PM
  1. miqdad

    Senior

    Joined:
    Jul 29, 2011
    Messages:
    286
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Salam bahagia warga WC...

    Hari ni saya nak kongsi teknik rahsia mudah untuk promosi
    produk di Facebook.

    Ramai juga yang tidak tahu cara-cara yang betul untuk
    mempromosikan produk.

    Antara tipsnya ialah:

    1. Pastikan gambar profile facebook kita meyakinkan bakal
    prospek yang kita wujud seperti menggunakan gambar
    sendiri, meletakkan no telepon ataupun laman web.

    2. Kita perlu membalas komen-komen rakan-rakan facebook
    dengan cara tag rakan tersebut. Ini membolehkan
    Kita dikenali dikalangan rakan kepada rakan.

    3. Perlu sentiasa kongsi tips-tips serta pengalaman
    sendiri dari masa ke semasa.

    4. Kita perlu kurangkan post link produk di wall
    sebaliknya post mengenai kelebihan dan pengalaman
    menggunakan produk tersebut dan pastikan post tersebut
    boleh menimbulkan pertanyaan. Sekiranya ada yang komen,
    Kita boleh inbox mereka.

    5. Kalau boleh remove post-post yang tidak berkaitan
    dengan kita kerana ini boleh menganggu rakan-rakan
    untuk membaca post yang berkaitan.

    Facebook profile merupakan pengganti diri kita di
    internet. Oleh itu penulisan kita melambangkan
    keperibadian diri kita sendiri.


    moga moga tips ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.....

    -credit to tokey EDYMART


    salam sukses dari saya :D
     
    • Like Like x 3
  2. Loading...


Tags: this article has not been tagged

Share This Page

Comments

Discussion in 'Tips & Panduan' started by miqdad, Oct 20, 2011.

    1. abutalib
      abutalib
      Terima kasih bro miqdad :)
    2. miqdad
      miqdad
      up skit sebagai tips hujung minggu..............;)
    3. Zairi Zaidi
      Zairi Zaidi
      thanks for the tips...
    4. naida35
      naida35
      tq 4 da tips..amat berguna:)
    5. whyseee
      whyseee
      Hi,

      Terima kasih atas tips tips yang berguna ni. Boleh tolong kongsikan bagaimana boleh dapat ramai fans/friends untuk facebook promotion?
    6. khairulmkn
      khairulmkn
      ok tips tu menarik..ada tips yang lain dari itu tak..like:)
    7. MoSya Berjaya
      MoSya Berjaya
      thank u for sharing the tips.. salam sukses utk semua..
    8. miqdad
      miqdad
      TIPS BAGAIMANA NAK TAMBAH FANS DI FB



      Bagaimana nak tambah FANS di fanpage? Ramai antara kita yang ingin me"ramai"kan fan di fanpage kita, tapi tak tahu caranya. Sebab tak tahu tu la ada yang promot fanpage mereka cara SPAM. Anda ingin tahu bagaimana untuk menambah fan di fanpage anda? Klik LIKE. Ianya juga bergantung kepada kerajinan anda.

      TEKNIK 1: Anda anjurkan CONTEST. Contest photo terbaik ke, posing terbaik ke, contest komen terbaik ke, atau sebagainya. Apabila anda anjurkan contest seperti ini, perlu guna PhoTO ALBUM di mana semua penyertaan dimasukkan dalam photo album. Dan anda boleh menyuruh fans sedia anda klik LIKE pada photo yang mereka sukai. Dan anda juga boleh menyuruh pserta yang mengambil bahagian menarik fan/frens mereka untuk klik LIKE pada photo mereka. Dan ini secara tidak langsung akan mempromosikan fanpage anda. Si peserta akan cuba mempromosikan photo mereka kepada kenalan mereka. Ini mampu meningkatkan fans anda kerana mereka perlu menjadi fans dahulu sebelum klik LIKE. Dan jika anda ada sediakan landing tab, ini peluang baik untuk anda kumpul list. Bagaimana? Anda sudah tahu kan...


      TEKNIK 2: KOMEN DI FANPAGE ORANG. Anda klik pada "Use Facebook as your fanpage username" . Lihat kanan fanpage anda, klik Use Facebook as - fanpage anda. Sudah klik, anda cari fanpage-fanpage yang memiliki fans yang ramai yang dimiliki oleh pemilik fanpage yang sama NICHE/Sama BIDANG dengan fanpage anda. Dan anda perlu rajin memberikan komen/reply dengan gaya yang hebat..hehehe. Taklah, anda perlu rajin komen dengan pandangan/cara yang bijak yang mampu menarik perhatian fans di fanpage itu. Anda komen dengan menunjukkan anda ni mahir/berpengalaman dalam bidang/topik yang dibincangkan. Fans yang melihat anda akan tertarik, dan akan klik pada nama anda dan seterusnya akan dibawa ke fanpage anda dan mereka insyallah akan menjadi fans anda. Teknik ni memerlukan kerajinan...

      PS: Teknik saya gunakan ketika ke fanpage Dr Irfan Khairi. Tapi saya taklah rajin mana. Tapi setiap kali saya buat, mesti dapat tarik fans IK masuk ke saya punya fanpage. Fanpage Lisa Surihani pun saya pernah saja-saja try..hehehehe


      TEKNIK 3: SWAP. BErtukar-tukar fans! Ni memang mudah. Anda cari rakan anda yang sama niche, jumlah fans lebih kurang sama, kemudian anda ajak mereka saling suggest fanpage masing-masing kepada fans mereka. Si A suggest fanpage B kepada fans nya, si B suggest fanpage A kepada fans nya. Yang penting bincang dahulu. Promot pada masa yang sama supaya lebih adil. Boleh suggest melalui fanpage itu sendiri, atau cara paling pantas juga jika ada mailing list. Promosikan fanpage rakan tadi di mailing list. Ini antara salah satu cara pantas untuk tingkatkan fans. Cubalah....


      TEKNIK 4: TEKNIK LIVE CHAT. Anda anjur live chat di fanpage anda. Dan anda jemput mereka yang pakar dalam topik yang dibincangkan sebagai panel. Sebaiknya lebih dari seorang panel. Umumkan sessi live chat ni beberapa hari awal kepada list/fans anda supaya mereka bersedia. Dan semasa invitation, anda tag kepada panel-panel yang terlibat. Dan ini secara tidak langsung menarik fans mereka untuk STANDBY! Semasa sessi live chat berlangsung, anda perlu menguruskan soalan-soalan yang ditanyakan, dan menggalakkan fans untuk menanyakan soalan. Panel akan menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan pantas. Masa yang diberikan untuk sessi LIVE Chat ni - 1 -2 jam. Cukup! Gero Azrul sering gunakan teknik ini! Anda juga boleh lakukannya. Tapi pastikan niche/bidang anda dahulu, dan jemput mereka yang bersesuaian sahaja. Sebaiknya anda membina relationship dengan panel yang bakal dijemput dahulu. Jika terus jemput, jangan harap...hehehehe


      TEKNIK 5: Gunakan MAILING LIST. Anda ada memiliki mailing list? Apa lagi? Invite mereka jadi fans. Offer sesuatu yang hebat untuk mereka jadi fans anda. Anda broadcast ke mailing list anda dan selepas itu berikan kata perghargaan kepada mereka kerana telah menjadi fans. Mereka bertanya, cepat-cepat jawab. Insyallah mereka suka jadi fans anda. Ketika hantar emel di waktu biasa juga, anda boleh letakkan url fanpage di signature emel. Ini akan menambahkan lagi fans anda. Cecube...cecube..


      TEKNIK 6: Letakkan plugin LIKE FANPAGE/FIND US ON FB di setiap laman web jualan anda, di blog anda, di forum. Jika blog anda sememangnya ramai follower, atau memiliki pelawat ramai dari search engine, ini akan menambahkan fans anda. Anda juga boleh promosikan fanpage anda di post artikel di blog. Teknik ini sememangnya sangat berkesan. Soft technique! Tak perlu paksa orang jadi fans, orang akan datang sendiri. Tahukah anda ada IM yang hanya dengan gunakan blog, berjaya kumpul fans lebih 100k dalam masa kurang 1 tahun! Dan selain itu sambil menyelam beliau minum air! Dari 100k fans, 40k jadi mailing listnya...Buat duit memamng mudah selepas itu!




      ps Tips ni saya copy dari post yang dibuat Tuan Jamal (Otai dan Pakar Pemasaran Email)
      pss Boleh dapatkan banyak lagi tips yang dikongsi Tuan Jamal di thread ni
      >> http://www.wangcyber.com/forum/tekn...nik-internet-marketing-simple-dari-jamal.html


      semoga bermanfaat :D
    9. sherrina
      sherrina
      Terima kasih. Akan cuba lakukannya.
    10. m13jump
      m13jump
      antara info yang bagus
    11. Alexandria90
      Alexandria90
      terima kasih bro miqdad.menarik info ni.
    12. miqdad
      miqdad
      sama sama.....;)


      credit to tuan tokey EDYMART hehe....
    13. shafiq
      shafiq
      tips yang bagus,,thanxss..:).
    14. azeri
      azeri
      Yang penting ia perlu di war2 kan dengan cara
      Soft Selling.

      Terima kasih kerana info ini.
    15. awie_fie
      awie_fie
      Tips-tips yang menarik. Terima kasih.
    16. miqdad
      miqdad

    Share This Page

Share This Page