5 Perkara Asas dalam Nyanyian

Discussion in 'Sembang Umum' started by ZaRul, Nov 2, 2009.

Share This Page

  1. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahap kemampuan suara anda.

    Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-
    1. Pitch/Nada
    2.Rhythm/Irama
    3.Pernafasan
    4.Suara
    5.Sebutan

    Mari saya jelaskan satu persatu :-

    1. PITCH/NADA
    Ok saya kira ramai yg tahu mengenai pitch ni sejak AF disiarkan sejak 2002 yang lepas kan?Kalau kita dengar si penyanyi tu sumbang dalam penyampaian lantas kita akan kata pitching tak kena la ni.Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan sedap didengar

    Jadi disini kita nampak kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian nyanyian. Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalam sesebuah lagu itu tadi..

    Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note2yang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting

    2. RHYTHM/IRAMA
    Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ‘groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau mengangguk2kan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju cthnya lagu2 rock!

    Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza2, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

    3. PERNAFASAN

    Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena pernafasan dengan menyanyi ni??.

    Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

    4. SUARA
    Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen2 nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita.

    Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’

    5. SEBUTAN

    Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita.

    Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita.

    Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. DilaWriter

    DilaWriter Guest

    Joined:
    Aug 20, 2009
    Messages:
    982
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    walaupun saya tak reti menyanyi.. tp thumbs up utk bro sbb kasi tips berguna ni. lepas ni bley try praktik kat karoke session dgn kengkawan saya ;)
     
  5. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    thanx dilla13...ini serba sedikit petikan dari ebook yg bakal dilancarkan
     
  6. amirez

    Newbie

    Joined:
    Jul 23, 2008
    Messages:
    50
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    6
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    tips ni sgt2 berguna.
    sy suka nyanyi tp selalu suara x brapa keluar bila dekat mic.
    tak pandai nak lontarkan suara kot
     
  7. julius

    Newbie

    Joined:
    Feb 13, 2009
    Messages:
    729
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Saya sangat sukakan muzik, termasuk nyanyian...tp karaoke kat rumah je lah :)...

    p/s: bro, adakah suara penyanyi rock tu mmg semula jadi atau ianya dilatih utk jadi begitu..cthnya suara yg tinggi dan power mcm Aim Crossfire, Amy Search, Ali Tera Rosa, Mus May dan yg seangkatan dgnnya..he..he..
     
  8. ilhamputra

    Newbie

    Joined:
    Nov 29, 2007
    Messages:
    1,757
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    36
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    bro.aku tak pandai nyanyi.tapi aku suke dengar muzik.layan-layan agu faveret.kalau kena jiwa.

    camne pun thanks bro share tips-tips yang membantu.
     
  9. DilaWriter

    DilaWriter Guest

    Joined:
    Aug 20, 2009
    Messages:
    982
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    aha.. eBook!! berguna utk yg kepingin nak tryout kat AF, OIAM, Mentor, Bintang RTM... dapat tips2 ni, and test kat karoke & mintak pendapat kwn2.. pastu baru g audition. terbaikk!!!
     
  10. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    ebook percuma je dulu ....insyaallah dalam masa terdekat akan saya launch kan
     
  11. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    tu semua ada tekniknya
     
  12. ZaRul

    Senior

    Joined:
    Jan 22, 2009
    Messages:
    1,765
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    0
    Ratings:
    +5 / 0 / -0
    kalau ada minat maknanya anda boleh menyanyi kalau tahu teknik teknik yang betul
     

ibeli4u

Share This Page