31/12/2015

44 Gambar Lucah Laman Web 2008

Discussion in 'Sembang Umum' started by johari, Mar 10, 2009.

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Share This Page

  1. johari

    johari
    Expand Collapse
    Super Senior

    Joined:
    Jan 13, 2008
    Messages:
    901
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    44 laporan gambar lucah laman web pada 2008

    BERDASARKAN statistik Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, polis menerima enam laporan penyebaran gambar lucah menerusi laman web serta telefon bimbit pada 2007 dan jumlah itu meningkat secara mendadak pada 2008 kepada 44 kes.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula mencatatkan 91 kes laman web dalam negara dengan 37 kes mengandungi unsur lucah serta 54 lagi mengandungi unsur jelik sejak Januari hingga 18 Februari 2009.

    Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu 23 kes penyebaran gambar atau video lucah melalui laman web sepanjang 2008, 12 kes pada 2007 manakala hanya lima kes pada 2006.

    Menurut SKMM, satu usaha sedang dijalankan bagi menjalinkan kerjasama serta persefahaman lebih erat dengan pihak berkuasa negara luar untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai suspek atau kes yang mem****tkan sumber berpangkalan di luar negara.

    Selain itu, hasil siasatan mereka, kebanyakan gambar lucah berpunca daripada individu (mangsa) sendiri yang membuat rakaman bertujuan untuk berseronok selain dikongsi bersama pasangan tetapi disebabkan kecuaian menjaga rakaman itu akhirnya memberi padah kepada diri sendiri.

    Masalah trend semasa di kalangan golongan muda juga menjadi satu punca utama mengapa penyebaran gambar lucah di kalangan rakyat negara ini menjadi lebih kritikal. Golongan itu langsung tidak was-was bertukar-tukar gambar atau menampilkan maklumat peribadi secara dalam talian (online) di ruangan sembang (chat room) atau laman web sosial.

    Meskipun tujuan asal ialah untuk berkongsi maklumat dan berseronok sesama rakan tetapi mereka tidak sedar gambar itu mungkin disebarkan kepada pihak lain.

    Bagaimanapun, SKMM mempertahankan elemen positif yang boleh diperoleh daripada laman web kerana menurut mereka banyak sumber pembelajaran dan pengajaran boleh dikongsi melalui carian Google.

    Misalnya, ada 31.7 juta hasil carian mengenai pendidikan jarak jauh, 1.14 bilion keputusan mengenai kesihatan serta 1.08 bilion maklumat mengenai hasil kajian baru.
     
  2. Loading...


Share This Page

Thread Status:
Sila login terlebih dahulu jika ingin melihat maklumbalas post sepenuhnya.

Users found this page by searching for:

  1. laman sembang lucah